Robot Yang Bernyawa

0 comments

ROBOT YANG BERNYAWA!

Bismillahirrahmanirahim.

      Kehidupan kita sebagai pelajar menjadikan kehidupan kita tak ubah macam robot. Ya,robot yang bernyawa. Bangun pagi pergi kelas, balik makan, belajar dan tidur. Kitaran yang sama berulang-ulang. Tanpa penat lelah. Tak salah pun untuk belajar. Islam sendiri pun mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Tapi, kalau kita hanya menumpukan proses pembelajaran 24 jam sahaja, lambat laun badan kita akan menjadi lemau juga. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal!

Yeahh! [Kredit]
               
Rasulullah SAW bersabda : “ Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang yang lemah. “ (Hadis riwayat Muslim)

       Tengok, Rasulullah sendiri mengingatkan umatnya untuk menjaga kesihatan dan "maintain" kuat. Dengan mengekalkan kecergasan tubuh badan, kita akan dapat menunaikan amal ibadah dengan lebih sempurna dan khusyuk. Kita juga mampu menyerap ilmu dengan mudah. Bayangkan, kalau badan kita mula sakit-sakit ataupun sentiasa keletihan, sudah tentu kita bermalas-malasan untuk beribadah, selalu tinggal kelas, dan susah untuk menghadam apa yang dipelajari. Kan?

       Melihatkan cuaca yang sekarang yang makin hari makin cantik, musim pun dah bertukar, tiada alasan lagi untuk kita malas untuk beriadah. Dengan berjalan-jalan di sekitar taman pada waktu petang juga dikira sebagai riadah. Tak perlulah bersusah payah menghabiskan duit membeli bermacam alatan semata-mata untuk beriadah. Semua nanti nak dibeli. Raket badmintonlah, raket tenislah, basikallah, bolalah. Macam-macam. Kalau boleh, satu kedai nak borong. Boleh je nak beli, tapi jangan sampai membazir.Besederhanalah dalam beriadah. Mungkin duit tu boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting.Senyum. 

        Dalam keghairahan kita untuk beriadah, jangan sampai kita mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan lalai dalam menunaikan kewajipan solat. Riadah riadah juga, janganlah sampai menambahkan dosa. J

       Firman Allah : “ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan,dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatnya kepada hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” ( Surah al-A’raaf : 26)

Huhu. [Kredit]

    Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan beriadah. Jangan rasa beriadah itu membuang masa. Jangan rasa malas. Itu semua hasutan syaitan yang inginkan anak-anak Adam menjadi lemau dan xbertenaga. Kalaupun malas untuk keluar menghirup udara yang segar diluar, boleh juga beriadah dalam bilik. Mungkin dengan bersenamrobik bersama-sama teman sebilik, atau apa-apa sahaja yang aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Jadilah kita umat Islam yang kuat dan cerdas tapi jangan menjadi robot yang bernyawa!  Assalamualaikum.

Wallahu'alam. 




Post a Comment