IKHLAS…
Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah,yang padanya sahaja tempat kita mengatur syukur.
Dia yang sentiasa memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan. Berbeza dengan kita sebagai manusia tatkala memberi,pasti saja mahu meminta balasannya.
[kredit]
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”
Ikhlas itu apa sebenarnya??
[Kredit] |
Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau lain-lain yang bukan kerana Pencipta.
Orang yang ikhlas melakukan kerja-kerja semata-mata untuk taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala).
Landasan amal ikhlas ialah memurnikan niat kerana Allah semata. Maksud niat di sini adalah pendorong kehendak manusia untuk mewujudkan suatu tujuan yang dituntutnya. Maksud pendorong adalah penggerak kehendak (force drive) manusia yang mengarah kepada amal. Sedangkan tujuan pendorongnya amat banyak dan bermacam ragam. Ada yang bersifat kebendaan, kerohanian, bersifat individu atau sosial.
Kenapa ikhlas itu penting??? Amalan tanpa niat adalah kebodohan. Niat tanpa ikhlas adalah riya’ dan sia-sia.
[Kredit] |
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan” (Al-Furqan:23)
Ada pendapat mengatakan bahawa ilmu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas. Kerja yang tidak disertai ikhlas, ibarat gambar yang mati dan tubuh tanpa jiwa. Allah SWT melihat hakikat amal yang ikhlas, bukan rupa dan bentuknya semata-mata. Dia menolak pelakunya yang tertipu dengan amalnya.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa ikhlas sangat penting kerana ianya adalah:
Asas iman dan Islam.Garis pemisah sama ada amalan atau kera-kerja diterima atau ditolak oleh Allah.
Kerja yang diterima oleh Allah mempunyai dua rukun iaitu:
a. Ikhlas atau niat yang betul.
b. Cara-cara beramal yang bertepatan dengan sunnah atau syara’.
Ikhlas itu indah.. Mereka yang memberi dan melaksanakan amalan tanpa mengharapkan apa-apa melainkan syurga pasti akan bahagia.
kenapa????
Kerana saat dia memberi dengan sepenuh hati dia terbayang dan terkenang janji Allah iaitu syurga.
Dia tidak akan merungut melaksanakan setiap perkara yang disuruh Allah...
Dia tidak kecewa andai jasanya tidak dibalas...
Dia tidak akan hampa kalau terpaksa bersusah payah untuk orang lain...
Dia takkan membenci mereka yang tidak mengenang budi....
Dia tidak pernah tersinggung andai namanya tidak popular sebagai orang yang pemurah..
Kerana dia yakin ada SYURGA yang menantinya
Sungguh ikhlas itu INDAH dan memBAHAGIAkan...andai kita benar-benar merasai hakikat sebuah keIKHLASan..
Wallahualam..
Post a Comment