Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Kita kena muhasabah semula diri, lihat di cermin kekalutan dan kekacauan ini berpunca dari apa? Dari ketidak sediaan, ketidak kuasaan ilmu yang sepatutnya. Mengambil, mencedok terus segala informasi tanpa menapis dan berfikir , menimbang-nimbang baik buruknya mengikut akal kurniaan Ilahi.
Jika sedikit bahan bacaan kita, jika kurang bual bicara pertukaran idea dan pendapat, jadilah kita mahasiswa yang stagnant dan kaku. Individu yang go with the flow, stagnant, statik, kaku akan menghadapi kesukaran untuk membentuk sesuatu, melahirkan idea, melontarkan wacana-wacana serta memberi respon balas.
Sesungguhnya pada kisah-kisah terdahulu ada banyak ibrah untuk mereka yang faham dan berfikir. Kajian-kajian sejarah silam terutama kisah-kisah sirah para nabi dan sahabat sangat membantu dalam meniupkan motivasi dan menitipkan inspirasi.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw itu ada uswah yang baik untuk diteladani dan dicontohi. Jadi bagaimana untuk mencari kekuatan apabila krisis, mehnah serta tribulasi melanda?
Perlu patuh dengan disiplin ilmu mahasiswa iaitu sabar dengan perkara yang tidak disukai namun akhirnya akan dapat juga perkara ataupun dapatan yang memihak pada kita. Selain itu, mahasiswa perlu bijak membuat keputusan, membuat penilaian dalam mengorak langkah.
Buat apa yang patut dan apa yang perlu pada satu-satu masa dan pada masanya.
Cari peranan terbaik yang boleh dimainkan termasuk peranan-peranan besar. Ibarat menongkah arus yang menggila begitulah ibaratnya perjuangan dan perlawanan harus diteruskan bukan halangan atau dugaan yang biasa-biasa sahaja.
Teruskan membaca, membaca dan membaca apa-apa yang boleh dibaca.
Mahasiswa yang mantap budaya ilmunya dan intelektualismanya akan berperanan sebagai pengembang ilmu dengan syarat bersungguh-sungguh menekuni ilmu, sentiasa membuat perubahan, cuba pandang, nilai, lihat dari sudut-sudut berbeza, bersikap positif dan kreatif.
Manifestasikan peranan kita sebagai hamba Allah dengan berkelakuan baik, menjadi individu yang baik , individu yang akrab dengan Allah, perlu bina kekuatan dari dalam serta sebagai khalifah yang mampu uruskan dunia dan tegakkan agama.
Mahasiswa yang benar harus pandai belajar keluar dari sesuatu bangunan.
Mahasiswa yang benar harus mampu belajar dalam universiti kehidupan, tidak tertakluk pada satu lingkungan waktu dan masa sahaja.
Kita tidak mahu menjadi mahasiswa recorder yang hanya mampu atau hebat sekali memindahkan ilmu, maklumat, data dan dose-dose ubat yang diperoleh daripada buku ke dalam dewan peperiksaan sahaja.
Kita mahu menjadi mahasiswa yang proaktif, cintakan ilmu, dahagakan pembaharuan dan perubahan ke arah kebaikan, sentiasa berfikir dalam membuat keputusan dan memberikan pendapat. Mahasiswa yang setia dengan kebenaran.
Wallahua'lam.
Assalamualaikum wrt.
"Pinn,
pinn!!," deras bunyi hon kedengaran dari masyrut kuning 7k
menghantar isyarat agar memberi laluan untuknya menurunkan penumpang
di stesen bus.
Masyrut
bernombor 7k antara masyrut yang paling dinanti oleh penumpang2
pilihan destinasi lebih-lebih lagi kadar pusingan perjalanannya yang
kurang kerap berbanding masyrut lain.Walaupun begitu
penggguna-penggunanya masih tetap teguh dan setia menunggu masyrut 7k
kerana yakin masyrut itu pasti akan tiba jua untuk membawa mereka ke
destinasi pilihan. Kesetiaan yang berpaksikan kebenaran berdasarkan
testimoni mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan masyrut 7k
sendiri dan respon dari pengguna yang lain juga.
Benarlah
kebenaran itu benar sekali.Namun nilai kebenaran sekarang bukan pada
hujah atau ilmu yang diselidiki, dipelajari dan dicari bahan bukti.
Nilai kebenaran yang ingin ditegakkan kini lebih kepada perasaan
emosi mengikut rasa dan acuan sendiri. Perkara ini menimbulkan
perasaan gelisah serta kecelaruan dalam membuat pendirian.Terjadilah
fenomena keyboard
warrior, pertelingkahan
yang tidak kunjung padam di media-media sosial, penghujahan fakta2
berdasarkan analisis sendiri, lahirlah penyiasat dan penghukum segera
memberi dalil dan segala data.
Kita kena muhasabah semula diri, lihat di cermin kekalutan dan kekacauan ini berpunca dari apa? Dari ketidak sediaan, ketidak kuasaan ilmu yang sepatutnya. Mengambil, mencedok terus segala informasi tanpa menapis dan berfikir , menimbang-nimbang baik buruknya mengikut akal kurniaan Ilahi.
Fenomena
ini juga tidak terlepas dari membelenggu kehidupan mahasiswa kini.
Segala nota dan skema telah diwariskan oleh senior-senior, nota
lecture
kemas
tersimpan di dalam folder.
Hadir ke kelas dengan tiada rasa semangat atau keinginan yang lebih
untuk mendalami dan mempelajari ilmu.
Manusia
menggunakan perkataan untuk berfikir : kita berbicara , kita
mengeluarkan suara, kita memberikan idea semua ini berdasarkan apa
yang kita fikirkan bertitik tolak dari input apa yang kita
perolehi.Pemilihan bahasa dan kata melambangkan cara fikir kita
sebenarnya.
Jika sedikit bahan bacaan kita, jika kurang bual bicara pertukaran idea dan pendapat, jadilah kita mahasiswa yang stagnant dan kaku. Individu yang go with the flow, stagnant, statik, kaku akan menghadapi kesukaran untuk membentuk sesuatu, melahirkan idea, melontarkan wacana-wacana serta memberi respon balas.
Sesungguhnya pada kisah-kisah terdahulu ada banyak ibrah untuk mereka yang faham dan berfikir. Kajian-kajian sejarah silam terutama kisah-kisah sirah para nabi dan sahabat sangat membantu dalam meniupkan motivasi dan menitipkan inspirasi.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw itu ada uswah yang baik untuk diteladani dan dicontohi. Jadi bagaimana untuk mencari kekuatan apabila krisis, mehnah serta tribulasi melanda?
Perlu patuh dengan disiplin ilmu mahasiswa iaitu sabar dengan perkara yang tidak disukai namun akhirnya akan dapat juga perkara ataupun dapatan yang memihak pada kita. Selain itu, mahasiswa perlu bijak membuat keputusan, membuat penilaian dalam mengorak langkah.
Buat apa yang patut dan apa yang perlu pada satu-satu masa dan pada masanya.
Cari peranan terbaik yang boleh dimainkan termasuk peranan-peranan besar. Ibarat menongkah arus yang menggila begitulah ibaratnya perjuangan dan perlawanan harus diteruskan bukan halangan atau dugaan yang biasa-biasa sahaja.
Teruskan membaca, membaca dan membaca apa-apa yang boleh dibaca.
Mahasiswa yang mantap budaya ilmunya dan intelektualismanya akan berperanan sebagai pengembang ilmu dengan syarat bersungguh-sungguh menekuni ilmu, sentiasa membuat perubahan, cuba pandang, nilai, lihat dari sudut-sudut berbeza, bersikap positif dan kreatif.
Syed Naquib al-Attas mengatakan umat islam seperti cermin. Cermin yang memantulkan cahaya suci islam.Kita perlu pastikan kita ada cermin yang baik supaya kita tidak pantulkan cahaya yang salah dan memberikan gambaran yang salah tentang agama kita.
Manifestasikan peranan kita sebagai hamba Allah dengan berkelakuan baik, menjadi individu yang baik , individu yang akrab dengan Allah, perlu bina kekuatan dari dalam serta sebagai khalifah yang mampu uruskan dunia dan tegakkan agama.
Mahasiswa yang benar harus pandai belajar keluar dari sesuatu bangunan.
Mahasiswa yang benar harus mampu belajar dalam universiti kehidupan, tidak tertakluk pada satu lingkungan waktu dan masa sahaja.
Kita tidak mahu menjadi mahasiswa recorder yang hanya mampu atau hebat sekali memindahkan ilmu, maklumat, data dan dose-dose ubat yang diperoleh daripada buku ke dalam dewan peperiksaan sahaja.
Kita mahu menjadi mahasiswa yang proaktif, cintakan ilmu, dahagakan pembaharuan dan perubahan ke arah kebaikan, sentiasa berfikir dalam membuat keputusan dan memberikan pendapat. Mahasiswa yang setia dengan kebenaran.
Sheikh Yusof al Qardawi berkata ilmu yang utama itu ialah penguawasaan atau mempelajari ilmu itu dari segala cabang atau bidang ilmu yang ada.
Wallahua'lam.
Post a Comment