NIZHNY NOVGOROD | FOOD FESTIVAL & ANOTHER HALF OF BLINN

0 comments



Assalamualaikum wbt



 

Food Festival

Pada hari Sabtu yang lalu, AZAM Nizhny telah menganjurkan "Food Festival" dengan hadaf untuk menjana ekonomi AZAM. Antara makanan yang dijual adalah nasi kerabu dan KFC. Kerja kerja memasak bermula seawal jam 7 pagi dan delivery dilakukan pada jam 12.30 tengah hari. Food festival ini secara tidak langsung juga mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

Allah berfirman :
"Maka, apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan,tetaplah bekerja keras untuk urusan yg lain" [94:7]

 



Another Half of Blinni

Hari Ahad, 30 November 2014, Dewan Hostel 3 dipenuhi warga Nizhny seawal jam 10 pagi Another Half of Blinni bermula dengan ucapan emcee beserta penerangan mengenai nama program. Mesti ramai yang tertanya tanya, apa kaitan blinni dengan program ini? Blinni atau pancake adalah makanan kebiasaan masyarakat Russia. Disebalik blinni ini, ada separuh bahagian mengenainya yang selalu dipandang remeh oleh masyarakat. Apakah dia? Asas membuat blinni iaitu tepung dan ia adalah suatu komponen yang sangat penting. Begitu juga ibadah kita, disebalik kebiasaan kita beribadah, ada beberapa perkara - perkara kecil yang kita tak ambil peduli.


 

 

AZAM Nizhny membawa peserta berfikir tentang soal fiqh praktikaliti dan mempelajari fiqh-fiqh yang dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian kita sebagai pelajar di Russia. Program terbahagi kepada dua slot iaitu slot Praktikaliti Fiqh dan slot Pengenalan AZAM Nizhny. Slot pertama bermula dengan lakonan mengenai solat jemaah, solat dalam kapal terbang, taharah dan diikuti dengan slot kedua iaitu taaruf antara ahli kumpulan. Kemudian program diteruskan lagi dengan game 'si pekak, si bisu dan si buta' dengan hadaf untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain untuk merealisasikan sesuatu perkara.

"Case Solving" menjadi aktiviti penutup untuk slot pertama ini. Setiap fasilitator kumpulan menerangkan tentang khuf dan menunjukkan cara mengambil wudhu' dengan kadar air yang minima (satu penutup botol untuk setiap anggota wudhu'). Ini bertujuan untuk menunjukkan realiti kita sebagai pelajar di bumi Soviet ini kepada adik adik tahun pertama khususnya.

 

Seterusnya, slot kedua membawa peserta program mengenali AZAM dan ia dimulakan dengan ucapan Presiden AZAM Nizhny, Saudara Nasir Zainal Abidin. Seterusnya, barisan Majlis Tertinggi diperkenalkan dan video aktiviti AZAM Nizhny menutup slot kedua dan program diakhiri dengan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari beramai ramai.

Sekian sahaja.
Wallahualam.


Post a Comment