ENGKAU YANG AKU PILIH

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang .

Wahai orang-orang yang beriman ! Rukuklah , sujudlah dan sembahlah Tuhanmu , dan berbuatlah kebaikan , agar kamu beruntung . Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya . DIA TELAH MEMILIH KAMU, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.
[ Surah Al-Hajj : 77-78 ]

Kadang-kadang kita tertanya-tanya , apa tujuan hidup kita selain daripada struggle untuk terus hidup atas muka bumi Allah swt . Kepada yang sudah menemui cahaya ilahi pastinya sudah tahu tujuan hidup mereka iaitu menjalankan ketaatan dalam ibadah sepanjang hidup dan menjadi khalifah ( pemimpin ) dalam masyarakat .
Aku lepas ni kerja jadi doktor , duduk hospital .. mana sempat nak bersosial dengan masyarakat .. entah-entah kerja 24 jam tak dapat balik rumah pun ..”

Aku kerja jurutera , silap-silap haribulan hari-hari kena pergi site , balik dah masuk magrib , rehat-rehat tengok berita lepas tu tidur ..esok sambung kerja ..”

Aku kerja berpinar mata mengadap komputer duduk semak akaun keluar masuk dan hutang-hutang orang tak bayar ni ..”
Inilah antara kata-kata yang akan keluar setiap kali muncul hujung tahun . Semua orang “struggling” untuk berbuat sesuatu sehabis baik dengan segala capabilities individu .
Pernah tak terfikir , dengan kelayakan segulung ijazah yang kita miliki menyentak benak fikiran kita seperti ,

Kenapa Allah swt pilih aku jadi doktor ?”

Kenapa Allah swt pilih aku jadi jurutera ?”

Kenapa Allah swt pilih aku jadi pensyarah?”

Kenapa Allah swt pilih aku jadi peguam?”

Ada 1 analogi :

 
 
Kita hendak menghadiri satu sesi temuduga . Perasan kita pada masa itu sudah semestinya berdebar-debar . Bak kata orang putih , “ butterflies in my stomach” . Kadang-kadang sampai berpeluh-peluh , rasa nak ke tandas sampai empat kali . Kita mula memikirkan jawatan yang hendak kita mohon tak setara dengan kelayakan yang kita ada .
Kemudian apabila tiba giliran kita , majikan pun menerangkan kerja-kerja berdasarkan jawatan yang dipohon sehinggakan kita terasa kecil dan tak layak pun hendak berada ditempat tersebut .
Tiba-tiba majikan kita berkata , “Baiklah , awak diterima bekerja di sini”.
Dengan resume kelayakan yang tidak seberapa kita diterima memegang jawatan terbabit .
Jom kita kembali kepada Surah Al-Hajj : 78 .
Allah swt berfirman , Huwajtabaakum ( Dia telah memilih kamu ) .
Asal perkataan daripada “Ijtiba” yang bermaksud “pilih dengan berdasarkan kelayakan” .
Allah swt memilih kamu semua sebagai seorang muslim yang berkerjaya antara sejuta insan-insan yang menagih simpati Allah untuk ada ditempat kamu tapi Allah pilih kamu !
Allah swt pilih kamu kerana Allah swt melihat ada kelayakan pada diri kamu sebagai seorang mahasiswa untuk membantu agamaNya .
Tanya pada diri kita ,
Adakah Allah swt pilih aku menjadi seorang doktor hanya sekadar merawat penyakit di hospital ? Bagaimana pula penyakit rohani yang ada dalam jiwa pesakit ?
Adakah Allah swt pilih aku menjadi seorang akauntan hanya sekadar membuat susunan debit dan kredit ? Bagaimana pula sistem perbankan yang tidak mengikut syariah Allah swt?
Adakah Allah swt pilih aku menjadi seorang jurutera yang hanya tahu mengukur keperluan sesebuah bangunan ? Bagaimana pula dengan kejujuran dalam meneliti menyiapkannya?
Adakah Allah swt pilih aku menjadi seorang guru di sekolah hanya mengajar untuk menghabiskan silibus ? Bagaimana pula tanggungjawab pendidik sebenar?
Atau pernahkah kita tertanya , kerja-kerja yang membangunkan masyarakat yang lebih baik daripada hari ini hanya milik para ustaz , ustazah , alim dan ulama?
Apa-apa kelayakan dan kelebihan yang Allah swt beri pada kita sudah pasti ada hikmah dan kegunaannya . Sudah pasti Allah swt akan mempersoalkannya di hari akhirat .Marilah sama-sama kita menghargai kelebihan yang Allah swt beri pada kita hari ini dengan menjadikan kelayakan ini sesuatu yang lebih bermakna untuk agama , bangsa dan negara .
Marilah sama-sama kita sebagai mahasiswa melakar masa depan dunia yang lebih bererti dengan menyumbang sesuatu kepada masyarakat berdasarkan apa sahaja keupayaan yang dianugerahi Allah swt kepada kita . Mulalah dengan mengukuhkan iman di dada dan sedaya upaya menjadi individu muslim yang mengamalkan islam secara khaffah (keseluruhan) .
Seperti mana Allah swt berfirman dalam [Surah Ibrahim : 24-25]
Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah swt telah membuat perumpamaan kalimah yang baik (segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan) seperti pohon yang baik , akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit , (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah swt membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat .
Tujuan kita sebagai mahasiswa untuk memahami penciptaan kita di atas muka bumi ini tidak lain hanyalah untuk membantu memakmurkan muka bumi Allah swt sediakan dengan haq (benar) .
Tidak gembirakah kita apabila dunia ini penuh dengan kegembiraan?
Tidak gembirakah kita apabila dunia ini berjalan atas syariat Allah swt ?
Jadi , untuk membina satu dunia baru berdasarkan syariat Allah swt yang kita sedia maklum “SYAMIL (menyeluruh) , KAMIL ( sempurna ) dan MUTAKAMMIL (saling melengkapi) , kita sebagai mahasiswa yang Allah swt beri kelayakan dan keupayaan untuk membantunya .
Antara ciri-ciri mahasiwa yang diperlukan untuk bantu dunia ke arah lebih baik adalah :
  1. IMAN – hati yang suci
  2. IKHLAS – jiwa yang bersih
  3. HAMASSAH – perasaan yang kuat
  4. AMAL – berazam untuk melakukannya .
Di sinilah kita tahu bahawasanya …. engkau yang Aku pilih bukan sekadar mainan tanpa tujuan .
Wallahu ‘alam . Ayuh sama-sama usahakan .
 


Post a Comment