RESEPI AYAM TANDOORI & KUAH YOGURT PUDINA

1 comments

Salam wrt.
Apa khabar pembaca sekalian? Maklumlah musim sejuk sudah tiba, dengan suhu di bawah tahap beku sudah semestinya ada di antara kita yang mula menampakkan simptom-simptom hibernasi. Hehe


Minggu ini saya ingin kongsikan bersama anda resepi Ayam Tandoori & Kuan Yogurt Pudina. insyaAllah. Sebelum itu, mari saya ceritakan serba sedikit mengenai Ayam Tandoori.


Ayam Tandoori ini adalah masakan Punjabi dan popular setelah dihidangkan kepada Perdana Menteri India yang pertama dalam sebuah restoran dan selepas itu beliau menjadikan hidangan ini sebagai hidangan tetap dalam jamuan rasmi.


Kenapa pula namanya Tandoori ya? Pada asalnya, masakan ini dimasak menggunakan ketuhar tanah liat yang mempunyai suhu setinggi 900 darjah Fahrenheit! Dan ketuhar tanah liat tersebut dipanggil TANDOOR.


Okay, tanpa berlengah jom kita teruskan dengan bahan-bahan Ayam Tandoori dan Kuah Yogurt Pudina!




RESEPI AYAM TANDOORI
1 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inchi halia - kisar
100 ml plain yogurt
sedikit pewarna merah (optional)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2  sudu makan serbuk cili (ikut threshold kepedasan masing-masing)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
garam, gula


Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan bersama-sama ayam. Perap selama 1 jam minimum. (lebih lama, lebih sedap)
  2. Sediakan pan pembakar. Alas dengan aluminium foil.
  3. Bakar ayam dalam suhu 160-180 darjah celcius selama 20-25 minit. Balikkan ayam dan bakar semula dalam 10 minit atau sehingga ayam masak.


Tips :
  1. Adjust sukatan mengikut cita rasa anda -- contoh : lebih/kurangkan sukatan serbuk cili atau gula.
  2. Untuk mengelakkan ayam terlalu kering, tutup pan pembakar dengan aluminium foil semasa membakar.
  3. Sapu ayam dengan lebihan kuah sebelum bakar dan selepas balikkan ayam.


RESEPI KUAH YOGURT PUDINA
Yogurt plain (size sederhana)
Timun 1 biji
Separuh genggam daun pudina
Garam, gula secukupnya


Cara-cara :
  1. Blend semua bahan dan siap!


  • Ayam Tandoori ini boleh dimakan bersama-sama nasi putih atau roti! Cubalah! :)

Wallahua’lam.



1 comment: