AZAM Open Day,A Gift Of Snowflakes,ECG Workshop

0 comments
~VOLGOGRAD~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Pada 21 Disember yang lalu, persatuan AZAM lokaliti Volgograd telah menganjurkan sebuah program ‘AZAM Open Day’ yang bertujuan untuk meraikan dan memperkenalkan AZAM dan juga persatuan yang lain di Volgograd seperti Malaysian Students Association (MSA), Kelab Umno Volgograd (KUV), Persatuan Pelajar Perubatan Islam (IMAM), Malaysian-Chinese Student Committee (MCSC) & Volgograd Malaysian Indian Association (VMIA).
Majlis bermula pada pukul 10 pagi bertempat di Citalni Zal, hostel Hiroshima. Di bilik yang pertama, berlangsungnya bengkel kilat fotografi yang menerangkan tentang basic-basic untuk menggunakan DSLR oleh saudara Hafidz dan bengkel cupcake yang menerangkan cara-cara menghias kek oleh saudari Sulastini yang julung-julung kali diadakan. Di bilik yang kedua, majlis dimulakan dengan sebuah perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Anger and Stress Management’ yang disampaikan oleh Muhammad Yusri, pelajar Tahun ke-5. Selepas itu, majlis diserikan dengan pembukaan booth-booth setiap persatuan. Setiap booth memberi penjelasan tentang persatuan masing-masing. Pelbagai aktiviti juga dijalankan. Booth AZAM menawarkan khidmat “See how you look in hijab” dan juga jualan makanan. Booth MSA menjual pocket booklet Quick Normal Values Reference. Di booth VMIA pula, para pelajar boleh mencuba pelbagai jenis baju tradisional India, inai dan belajar frasa-frasa pendek dalam Bahasa Tamil. Pelajar juga boleh mencuba pelbagai games menguji minda di booth KUV. Booth MCSC menyediakan pelbagai baju trasional Cina yang boleh dicuba dan mengajar cara menulis nama di dalam Bahasa Cina. Khidmat dedications disediakan oleh booth IMAM.
Alhamdulillah, A day well spent indeed. Kita bersatu dalam kepelbagaian kaum, bahasa dan budaya.Terima kasih buat mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga kepada mereka yang hadir untuk memeriahkan event.







~NIZHNY NOVGOROD~

A Gift of Snowflakes
Pada hari Ahad (21/12/2014), AZAM Nizhny dengn kerjasama Kelab UMNO Nizhny Novgorod (KuNizh) telah berjaya menganjurkan sebuah program "A Gift of Snowflakes" dengan hadaf untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat di samping menerapkan sifat empati dan syukur dalam kalangan pelajar.
Seramai 23 orang peserta telah menyertai program ini dan peserta berkumpul di masjid tepat jam 11 pagi, Antara barang-barang yang disumbangkan adalah, beras, tepung, gula, makaroni, teh, pakaian winter, baju dan kasut. barang - barang telah diserahkan kepada wakil masjid Sabornaya. Alhamdulillah, program ini telah berjalan lancar dan tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ?
Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ).
Wallahualam.




~MOSCOW~
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai PPIM kerana telah berjaya mengadakan ECG Workshop pada 21 Disember 2014 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.Alhamdulilah program yang dianjurkan telah berlangsung dengan begitu meriah dan lancar.
Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara mentafsir dan mendiagnosis berdasarkan ECG (Electrcardiogram) kepada pelajar di Moscow untuk dipraktikan di Malaysia nanti.
Program ini mempunyai empat slot.Slot yang pertama dan kedua yang disampaikan oleh Omar Shukri membincangkan mengenai "ECG for Beginners" dan "How to differentiate".
Setelah selesai solat dan makan tengahari,program diteruskan dengan slot ketiga iaitu group discussion.Dalam slot ini,para peserta dibahagikan ke dalam group di mana setiap group akan mempunyai satu atau dua fasilitator.Slot ini bertujuan untuk memberi pendekatan dan pemahaman yang lebih kepada peserta mengenai ECG.Slot yang terakhir adalah Quiz di mana melalui slot ini para peserta diuji kefahaman mereka tenteng ECG yg dipelajari.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati pada pukul 5 petang.

Semoga usaha yang dilakukan oleh penganjur diredai ALLAH dan semoga para peserta menjadi doktor untuk ummah.
Wallhu'alam






Post a Comment