FRIDAY WRAP 28/11/2014 - 04/12/2014

0 comments

Assalamualaikum wrt, insyaAllah, Friday wrap minggu ini membawakan berita-berita terkini kepada anda untuk anda lebih peduli tentang isu ummah.

Ribuan Warga Jerman Beri Penghormatan Kepada Seorang Gadis Muslim yang Berani
Ahad, 01/12/2014

Offenbach, - Ribuan warga Jerman telah mengambil bahagian dalam memberikan penghormatan terakhir kepada Tugce Albayrak, seorang gadis muda Muslim keturunan Turki, yang kehilangan nyawanya setelah bergegas  membantu dua wanita yang didera di sebuah restoran di bandar Offenbach.
















Tugce, 23 tahun, mengalami koma pada November 15 setelah dia bergegas untuk membantu dua wanita di sebuah restoran di mana mereka sedang didera oleh tiga orang keturunan Serbia. Gadis muda itu secara brutal dipukul oleh salah satu penyerang berusia 18 tahun yang dikenal pasti sebagai Sanel, di tempat letak kereta satu jam selepas dia melangkah untuk membantu 2 wanita terbabit .

Selama dua minggu terakhir, keluarga dan rakan-rakan telah menunggu khabar baik apabila dia berada dalam keadaan koma. Namun, doktor mengatakan otak kirinya mengalami kerosakan teruk akibat serangan, sehingga Tugce kemudiannya  meninggal pada 26 November.

Memuji keberanian gadis muda itu, ribuan orang Jerman telah melakukan protes secara aman di depan restoran di mana penganiayaan terhadap Tugce terjadi. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada gadis yang berani itu.

Mereka mengenakan t-shirt dengan foto Tugce bertuliskan "Seni seviyoruz" (Kami mencintaimu) dan serta sepanduk yang bertulis "Danke Tugce (Trimakasih Tugce)."

Lebih dari seratus ribu orang juga telah menandatangani petisyen yang meminta dia dianugerahkan gelaran Order of Merit


Mesir isytihar IS pengganas
Selasa, 02/12/2014


KAHERAH - MESIR.  Mahkamah Mesir, kelmarin mengisytiharkan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebagai organisasi pengganas.

Agensi berita MENA melaporkan kumpulan militan negara itu, Ansar Beit al-Maqdis yang berikrar untuk taat setia dengan IS turut diisytiharkan sebagai pengganas.

Dalam perkembangan lain, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 25 lagi anggota gerakan itu masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Hakim Shaaban al-Shamy menjatuhkan hukuman itu selepas defendan membuat bising dan menjerit dalam kandang tertuduh.
















Isteri, anak al- Baghdadi ditahan
Rabu, 03/12/2014


BEIRUT - LEBANON. Pihak berkuasa Lubnan didakwa telah memberkas isteri kepada pemimpin 'khalifah' kumpulan militan Negara Islam (IS) di sempadan negara itu.

Akhbar As-Safir melaporkan penahanan isteri Abu Bakr al-Baghdadi itu dilakukan Perisikan Tentera Lubnan dengan kerjasama agensi risikan barat.

"Wanita warga Syria tersebut ditahan bersama anak lelakinya berumur sembilan tahun ketika cuba merentasi sempadan dengan menggunakan pasport palsu. Dia turut disoal siasat oleh Kementerian Pertahanan Lubnan," menurut laporan itu lagi.






















Sementara itu, Daily Mirror melaporkan bahawa IS telah menghasilkan bom kotor daripada 40 kilogram uranium yang dicuri dari sebuah universiti di Iraq.

Julai lalu, Duta Iraq ke PBB, Mohamed Ali Alhakim pernah menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk membuat aduan berhubung insiden kecurian bahan radioaktif tersebut.

Menurut laporan Al-Jazeera, sebelum ini, IS didakwa pernah menggunakan senjata kimia untuk melancarkan serangan di Kobani.




Mahu Hosni Mubarak dituduh membunuh
Khamis, 04/12/2014



KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir merayu keputusan mahkamah untuk menjatuhkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden Hosni Mubarak berhubung kematian penunjuk perasaan semasa pemberontakan di negara itu tiga tahun lalu.

Rayuan dibuat selepas Mahkamah Mesir menggugurkan tuduhan membunuh dan rasuah terhadap Mubarak pada Sabtu lalu, selepas beliau memerintah negara selama 30 tahun.

Menurut pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan, rayuan telah diputuskan dan keputusan mahkamah telah dicemari dengan kelemahan undang-undang.

"Keputusan rayuan tidak dipengaruhi pertikaian di antara kumpulan politik,"menurut kenyataan itu kepada AP.

Tujuh daripada komander keselamatan Mubarak termasuk menteri dalam negeri Habib al-Adly telah dibebaskan dan terlepas tuduhan membunuh kira-kira 800 penunjuk perasaan pada 2011. Susulan rayuan tersebut, mahkamah tertinggi Mesir kini boleh mempertimbangkan untuk mengesahkan keputusan berkenaan atau membatalkannya.



Perancis iktiraf Palestin
Khamis, 04/12/2014


PARIS - PERANCIS. Ahli Parlimen Perancis kelmarin mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, dan keputusan itu dilihat mencetuskan rasa marah dari Israel yang menganggap ia seperti langkah sehala dan menjejaskan usaha ke arah keamanan Timur Tengah.





















Resolusi yang menyeru kerajaan Perancis mengiktiraf negara Palestin mendapat sokongan 339 undi dan dibangkang 151 daripada parti Sosialis.

Difahamkan menurut CNA, undian itu tidak terikat dengan kerajaan dan ia terhasil selepas negara Eropah mencari jalan alternatif untuk memulakan semula proses  Timur Tengah yang terhenti.

Sebelum ini, beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) seperti Sweden, Sepanyol dan Britain terlebih dahulu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.




Israel Menolak Tawaran Turki Untuk Membekalkan Tenaga Elektrik kepada Penduduk Gaza
Khamis, 04/12/2014
Israel telah menolak tawaran Turki untuk menghantar kapal penjana kuasa ke pantai Gaza untuk membekalkan Gaza dengan elektrik.

Berikutan perang Israel baru-baru ini ke atas Semenanjung Gaza, Israel mensasarkan loji elektrik tunggal di Semenanjung Gaza dan merosakkan infrastruktur elektrik secara besar-besaran .Turki telah menawarkan untuk menampung kekurangan elektrik.

Menurut laporan Israel, Turki telah secara rasmi meminta Israel untuk mengeluarkan permit untuk sebuah kapal Turki yang membawa penjana elektrik besar yang boleh ditempatkan di luar pantai Gaza.


















Sumber dari keselamatan Israel mengatakan bahawa, pakar telah mendapati bahawa infrastruktur di Semenanjung Gaza tidak sesuai untuk sambungan sedemikian dan kerana itulah tawaran Turki telah ditolak.

Sumber yang sama berkata bahawa idea-idea lain untuk menyelesaikan krisis elektrik di Gaza telah dicadangkan, termasuk penjana mudah alih yang dibawa oleh trak, tetapi semuanya  telah ditolak.

Sekian sahaja Friday wrap untuk minggu ini. Semoga bermanfaat.


Firman ALLAH SWT :

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) -" (Al-Mulk, 67:2)


Post a Comment