KULIAH MINGGUAN SETEMPAT

0 comments


Bimillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

-NIZHNY NOVGORAD-




Speaker Day - satu program yang memberi peluang kepada speaker mengupas sesuatu topik / isu atas pilihan mereka. Program ini adalah anjuran AZAM Nizhny di bawah Biro Surau. Pada kali ini, Ukhti Fatimah Ez Zahra dari Morocco telah membawa penonton menyelami cinta Allah terhadap kita, hambaNya. Pelbagai bukti dan dalil yang dipaparkan kepada pendengar. Sebagai contoh :-
Allah Ta’ala berfirman : 

"Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil".





Antara tips yang dikongsikan juga bersama penonton ialah :
4 easy steps to purify our heart
-taubah
-istighfar
-good deeds (hasanah)
-patience (sabr)

 



Setelah itu, penonton dihidangkan dengan makanan tradisional masyarakat Arab Morocco bermula dengan salad, roti bersama ayam dan diakhiri dengan pie sebagai desserts. Program sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah yang terjalin. InsyaAllah.
Wallahualam.

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan “Aku cinta si dia!” Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya. Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

“Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!”Maka Jibril pun membuat pengumuman. “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini. 




-MOSCOW-


KULIAH UMUM AZAM SIRI KE-4

Tajuk: Erti Bahagia Dalam Alam Pandang Falsafah



Alhamdulillah pada hari Jumaat, 12 Disember 2014 telah diadakan satu kuliah umum bertempat di Surau al-Mai. Majlis bermula sebaik sahaja selesai mengerjakan solat isyak secara berjemaah pada jam 8.30 malam.


Surau al-Mai sememangnya dijadikan tempat berkumpulnya pelajar-pelajar lelaki untuk solat secara berjemaah dan akan ada sedikit pengisian selepas selesainya solat. Namun, malam itu mereka menerima satu kunjungan istimewa daripada beberapa orang wakil Azam Moscow dan sekaligus menyampaikan kuliah dan berkongsi pandangan mereka berkenaan bahagia.

 


Penceramah membentangkan tentang makna bahagia, mengusulkan pandangan-pandangan ahli falsafah purba seperti Socrates, Plato , Aristotle dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, nama-nama besar seperti Imam Ghazali turut dikemukakan pandangan-pandangan berkenaan bahagia. Selepas itu, penceramah membentangkan pandangan bahagia mengikut cara Islam dan akhir sekali, penceramah meninggalkan satu persoalan kepada semua hadirin yang berbunyi;

“Apa pula erti bahagia bagi anda seorang mahasiswa?”

Kami daripada AZAM Moscow ngucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Surau Al-Mai atas kerjasama dan layanan yang diberikan dan berharap semoga budaya cintakan ilmu dalam kalangan kita akan dapat terus disemai sehingga sebati dalam diri.Kami mohon maaf atas segala kekurangan.

Majlis selesai lebih kurang jam 11 malam.

  Sekian.Wallahu'alam.


Post a Comment