RESEPI FRITTATA

1 comments

Assalamualaikum.

Hi! Kalau kita perasan, sekarang semakin ramai dari kita mula menitik beratkan soal pemakanan. Jadi kali ni, pihak Azam ingin bawakan resipi sihat yang mudah dan cepat.

Resipi Frittata

Bahan-bahan
1. 3 biji telur
2. Satu gengam 'spinach'
3. 3 biji cendawan
4. 1 batang 'crab stick'
5. Dua sudu besar 'cereal'
6. Garam dan pepper
7. Sedikit 'olive oil'

Cara-cara
1. Di dalam bekas, pukul 3 biji telur sehingga sebati.
2. Masukkan spinach, cendawan dan crab stick yang telah dipotong halus ke dalam telur.
3. Masukkan cereal yang telah dihancurkan, garam dan pepper secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
5. Tuang adunan ke dalam kuali. Ketebalan frittata bergantung kepada cita rasa masing-masing.
6. Goreng sehingga masak.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili dan mayonis jika mahu


Jadi lepas ni kalau kelaparan dan kesejukan lepas balik dari kelas, apa kata cuba resipi ini. Katakan tidak pada mee segera!

Selamat mencuba








1 comment:

  1. Salam kenal..bw here..
    Senang je resepi tu..bole buat breakfast kan!

    ReplyDelete