MOSCOW | KULIAH UMUM AZAM SIRI 1

0 comments

KULIAH UMUM AZAM.jpg

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Pada 28 Mac 2014,bertempat di Surau Al-MAI telah diadakan satu sesi kuliah umum bersama Presiden AZAM Russia, saudara Ilham bin Muntari sebaik sahaja selesai solat isyak secara berjemaah.

20140328_221414.jpg
20140328_233300.jpg

Kuliah ini membincangkan tentang maksud ilmu dan kepentingan  ilmu dalam kehidupan umat Islam pada masa kini,dengan mengambil kira peranan yang telah dimainkan oleh ilmu di masa lampau seperti pada zaman kegemilangan tamadun Islam dan juga pada zaman gelap dan renaissance tamadun Barat suatu ketika dahulu.Saudara Ilham juga sempat mengaitkan hubungan antara ilmu dan agama dan bagaimana kedua-duanya saling memerlukan.Akhir sekali,aspek amali tentang ilmu juga ditekankan dengan mengemukakan tanggungjawab seseorang muslim itu terhadap ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.

Kuliah yang dihadiri kebanyakan dari pelajar MAI ini telah berlangsung selama satu jam setengah dan Alhamdulillah para peserta sangat responsif dan mendengar dengan sangat baik. Semoga hasil positif dari kuliah ini,para pendengar dapat mengambil pengajaran dan motivasi dalam menuntut ilmu dengan lebih gigih lagi.


20140328_221233.jpg


Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Jadikanlah dirimu orang yang alim atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar).

‘Bersunguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan
– (Imam al-Ghazali Rohimahullah)

Akhir sekali,diharapkan agar kuliah seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai lagi para peserta dari semasa ke semasa.InshaAllah.


Wallhua'lam




Post a Comment

BARISAN KEPIMPINAN AZAM RUSSIA LOKALITI NIZHNY NOVGOROD 2014/2015

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

[Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani]



Assalamualaikum wrt.

Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA Azam Russia masih lagi diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada masyarakat muslim di bumi soviet ini.

Setelah kita berkenalan dengan barisan kepimpinan Azam Russia Pusat, kini tibalah masanya untuk berkenalan dengan barisan hadapan Azam Russia di lokaliti anda.



KETUA AZAM NIZHNY NOVGOROD
NAMA: MOHAMMAD NASIR BIN ZAINAL ABIDIN 
FB: NASIR ZAINAL ABIDIN 
TAHUN: 5 
NO: 89200624340

TIMBALAN KETUA I AZAM NIZHNY NOVGOROD
NAMA: NOOR FAKHIRAH BINTI MOHD LAZIM 
FB:NOOR FAKHIRAH 
TAHUN:5 
NO: 79030544149

TIMBALAN KETUA II AZAM NIZHNY NOVGOROD
NAMA: NOR ARINIE BINTI ZAINUDIN 
FB: NOR ARINIE ZAINUDIN 
TAHUN:5 
NO:89290434076

SETIAUSAHA
NAMA: NUR HAZWANI ISHAK
FB: HAZWANI ISHAK 
TAHUN: 2
NO: 89307172438

BIRO EKONOMI (L)
NAMA: MUHAMMAD FAAEZ BIN HAMID 
FB: MUHAMMAD FAAEZ BIN HAMID 
TAHUN: 5 
NO:89307153549

BIRO EKONOMI (P)
NAMA: NADIAH BINTI NASHARRUDDIN 
FB: NADIAH NASHARRUDDIN 
TAHUN: 4 
NO: 79307081023

BIRO SURAU DAN KEBAJIKAN
NAMA: MUINN BIN ZAHARI
FB: MUIINCHIK GOGOTONGGO
TAHUN: 2
NO: 89307166836


Semoga saf kepimpinan AZAM Russia bagi sesi ini, dapat memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan AZAM Russia buat masa akan datang, Insya-Allah.


Faiza Azamta, fatawakkal Allallah
"Dengan Keazaman Kita Bermula"



Post a Comment

BARISAN KEPIMPINAN AZAM RUSSIA LOKALITI VOLGOGRAD 2014/2015

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

[Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani]



Assalamualaikum wrt.

Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA Azam Russia masih lagi diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada masyarakat muslim di bumi soviet ini.

Setelah kita berkenalan dengan barisan kepimpinan Azam Russia Pusat, kini tibalah masanya untuk berkenalan dengan barisan hadapan Azam Russia di lokaliti anda.



klik sini untuk memuat turun resolusi sebenar
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.mediafire.com%2Fdownload%2F9z79ra44m5m7n35%2Fazamvolgo.jpg&h=PAQHGyzkl



KETUA AZAM VOLGOGRAD
NAMA: ABDUL MUHAIMIN BIN MAT SULAIMAN
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7 9199822448
WHATSAPP NO: +60145090972


TIMBALAN KETUA I AZAM VOLGOGRAD
NAMA: NURUL FARAHIN BINTI ABD HALIM
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7 9880213441
WHATSAPP NO: +6011-12266136


TIMBALAN KETUA II AZAM VOLGOGRAD
NAMA: MOAHAMD YUSRI BIN SHAMSUDDIN
TAHUN PENGAJIAN: 4
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7 9883900974
WHATSAPP NO: +6017 5367546


SETIAUSAHA
NAMA: NURUL HANIS ASYIQIN BINTI ABDUL LATIB
TAHUN PENGAJIAN: 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7 9876510128
WHATSAPP NO: +7 9876510128


BENDAHARI
NAMA: ASMA FARWANI BT AHMAD KEFLEE
TAHUN PENGAJIAN : 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7 9173317163
WHATSAPP NO : +7 9173317163


BIRO EKONOMI (L)
NAMA : HELMI BIN PORNOMO
TAHUN PENGAJIAN: 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +7 9370835703
WHATSAPP NO : +60163501530



BIRO EKONOMI (P)
NAMA :  WARDAH HANIM BINTI ANDARI
TAHUN PENGAJIAN: 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +7 9876504518
WHATSAPP NO : +7 9876504518



BIRO MEDIA (L)
NAMA: MOHAMMAD UBADAH BIN ZABIDI
TAHUN PENGAJIAN: 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79178395711
WHATSAPP NO: +79178395711


BIRO KEBAJIKAN (L)
NAMA : MUHAMMAD AUNY FAKHRULLAH BIN IMRAN
TAHUN PENGAJIAN: 3
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +79375397069
WHATSAPP NO : +79375397069


BIRO KEBAJIKAN (P)
NAMA : SITI HAJAR BINTI MOHD YATIM
TAHUN PENGAJIAN: 2
UNIVERSITI: VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +79297803519
WHATSAPP NO : +79297803519


Semoga saf kepimpinan AZAM Russia bagi sesi ini, dapat memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan AZAM Russia buat masa akan datang, Insya-Allah.


Faiza Azamta, fatawakkal Allallah
"Dengan Keazaman Kita Bermula"


Post a Comment

BARISAN KEPIMPINAN AZAM RUSSIA LOKALITI MOSCOW 2014/2015

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

[Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani]



Assalamualaikum wrt.

Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA Azam Russia masih lagi diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada masyarakat muslim di bumi soviet ini.

Setelah kita berkenalan dengan barisan kepimpinan Azam Russia Pusat, kini tibalah masanya untuk berkenalan dengan barisan hadapan Azam Russia di lokaliti anda.


klik sini untuk memuat turun resolusi sebenar
https://www.mediafire.com/?xpgjt3j7yc76jj9

KETUA AZAM MOSCOW
NAMA: MUHAMMAD ILHAM BIN MUNTARI
TAHUN PENGAJIAN: 4
UNIVERSITI: I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79264690862
WHATSAPP NO: +60143373637


TIMBALAN KETUA AZAM MOSCOW
NAMA: ZYRITH NATASYA BINTI ZAINUDIN
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI: RUSSIAN NATIONAL RESEARCH MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79652277075
WHATSAPP NO: AS ABOVE


SETIAUSAHA
NAMA: SITTI AYSHA BINTI MOHAMAD RAMAKRISHNAN
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI: I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79654414782
WHATSAPP NO: +60169124283


BENDAHARI
NAMA: MUNIRAH BINTI NORZAKI
TAHUN PENGAJIAN : 5
UNIVERSITI :  I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79670448598
WHATSAPP NO : +60192406737


BIRO AKTIVITI (L)
NAMA : MOHAMAD AIDIL BIN MUSLIM
TAHUN PENGAJIAN: 3
UNIVERSITI : MOSCOW AVIATION INSTITUTE
CONTACT NO : +79672843210
WHATSAPP NO : +79687921321


BIRO AKTIVITI (P)
NAMA : NURUL AIN BINTI SULAIMAN
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI : I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +79688443823
WHATSAPP NO : +79258740582


BIRO MEDIA (L)
NAMA: MUHAMMAD ZULHELMI BIN ZAMRI
TAHUN PENGAJIAN: 3
UNIVERSITI:  I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79265802336
WHATSAPP NO: +79266525669


KETUA FOTOGRAFI
NAMA: MOHAMAD FIRDAUS BIN RAMLE
TAHUN PENGAJIAN: 5
UNIVERSITI:  I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +7917548144
WHATSAPP NO: +79175481434


KETUA VIDEOGRAFI
NAMA: MUHAMMAD ANSARI BIN RAMLE
TAHUN: 5
UNIVERSITI:  I.M. SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79252267587
WHASTAPP: AS ABOVE


KETUA GRAPHICS DESIGNER
NAMA: IZZAH ZAFIRAH BINTI JUSOH
TAHUN PENGAJIAN: 3
UNIVERSITI: I.M SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO. +79258378113
WHATSAPP NO. +601119441433


BIRO EKONOMI (L)
NAMA : MOHD SHARIZAM BIN MOHD SHAARI
TAHUN : 4
UNI : MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO.: 89687019639 ( + WHATSAPPS)


BIRO EKONOMI (P)
NAMA:NUR AFIQAH BINTI MOHD ZIN
TAHUN:3
UNI:MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NUM:89031640903
WHATSAPP NUM:+601125419500


BIRO KEBAJIKAN M1,M2 (L)
NAMA: MUHAMMAD SYAZWAN BIN AZMAN
TAHUN: 4
UNI: MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO: +79269657185
WATSAPP: +60195472684


BIRO KEBAJIKAN MAI (L)
NAMA : MOHAMMAD AMIN BIN RAHMAD
TAHUN : 2
UNI : MAI
CONTACT NO : +79851731594
WHATSUP : +60136150053


BIRO KEBAJIKAN M1,M2 (P)
NAMA : NORSYAFIKA BINTI ABIZAID
TAHUN PENGAJIAN: 3
UNIVERSITI : MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY
CONTACT NO : +79250736933
WHATSAPP NO : +79670282357


BIRO KEBAJIKAN MAI (P)
NAMA: ASMA’ AMIRAH BINTI NAZARUDIN
TAHUN: 3
UNIVERSITI: MAI
CONTACT NO: +79688137226
WHATSAPP: +60133199454



Semoga saf kepimpinan AZAM Russia bagi sesi ini, dapat memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan AZAM Russia buat masa akan datang, Insya-Allah.


Faiza Azamta, fatawakkal Allallah
"Dengan Keazaman Kita Bermula"



Post a Comment

FRIDAY WRAP (21 MAC 2014 - 28 MAC 2014)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt para pembaca sekalian!

Minggu ini AZAM Russia membawakan berita terkini dari dalam dan luar negara untuk anda semua. Semoga perkongsian ini menambah pengetahuan dan membuatkan kita lebih cakna isu ummah. Selamat membaca!


Satelit China Kesan Objek Terapung di Koridor Selatan - Hishammuddin
Sabtu - 22/3/2014 


SEPANG- Satelit China kesan objek terapung sebesar 22.5x13 meter di koridor selatan Lautan Hindi, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

"Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China (Huang Huikang) bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu pada sidang media, sebentar tadi. 

Sambil membacakan nota kecil di tangannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.


17 Pelajar Al-Azhar dihukum Penjara 
Sabtu - 22/3/2014 


KAHERAH , MESIR- Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada 17 pelajar Universiti al-Azhar atas tuduhan menyerang ibu pejabat universiti semasa mengadakan protes tahun lalu.

Kesemua defendan yang juga penyokong presiden digulingkan Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin didakwa merusuh, merosakkan harta benda awam, membakar sembilan kenderaan dan menyerang pihak keselamatan serta kakitangan akademik al-Azhar. 

Mahkamah turut mengarahkan setiap pelajar membayar denda sebanyak AS$13,000 (RM43,000). 

Hukuman dijatuhkan sehari selepas tiga pelajar terbunuh apabila pengawal keselamatan Mesir diserang penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa bandar utama di seluruh negara Afrika Utara, laporan dipetik dari Press TV.


Pilihan Raya Thailand Tidak Sah 
Sabtu - 22/3/2014 

BANGKOK- Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam mengisytiharkan pilihan raya umum yang diadakan bulan lalu tidak sah, keputusan yang semakin memburukkan kebuntuan politik berikutan bantahan pembangkang selama berbulan-bulan.

Pilihan raya 2 Februari lalu, yang diumumkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra masih tidak berjaya menenangkan krisis politik, dan belum lagi sempurna sepenuhnya kerana gangguan penunjuk perasaan. 


Syria berang Turki Tembak Jatuh Pesawat
Isnin - 24/3/2014 

DAMSYIK-Syria menuduh Ankara melakukan pencerobohan terang-terangan selepas tentera Turki menembak jatuh sebuah pesawat perangnya di sempadan kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika tentera kerajaan bertempur dengan pemisah di kawasan itu. 

Hubungan antara kedua-dua negara musnah ketika konflik Syria apabila Ankara menyatakan sokongan kepada pemisah yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad. 


Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi – PM
Isnin - 24/3/2014 


KUALA LUMPUR- Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.


529 Ahli Ikhwanul Muslimin dijatuhkan Hukuman Bunuh 
Isnin - 24/3/2014 


KAHERAH- Mahkamah Jenayah al-Minya mengeluarkan keputusan hari ini menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong Mohamad Mursi, termasuklah Mursyidul Am IM Muhamad Badie dan Presiden Freedom and Justice Party (FJP) Saad al-Katatni. 16 defendan yang lain pula dibebaskan.

Keputusan ini sedang menunggu pengesahan Mufti Mesir. Keputusan akhir akan diumumkan pada 28 April 2014. 

Sesi tersebut dilangsungkan dengan ketiadaan defendan dan peguam, menurut Tarek Fouda, wakil Sindiket Peguam di al-Minya. 

Seramai 545 defendan, 397 daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran mereka, telah didakwa menyerang pejabat polis di Samalot dan kejiranan Matay di governorate al-Minya ketika pertempuran ganas selepas pembunuhan beramai-ramai di medan Rabiatul Adawiyah 14 Ogos lalu.


Pangkalan tentera Crimea digempur
Isnin - 24/3/2014 


BELBEK, CRIMEA- Pangkalan tentera udara di Crimea digempur tentera Rusia dalam satu insiden rampasan dramatik selepas wilayah itu disahkan sebagai milik Moscow, Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang cedera ketika serangan di pangkalan tentera di Belbek berhampiran Sevastopol tersebut. 

"Tentera Rusia turut melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan ke udara sejurus mereka merempuh pagar utama dengan kereta kebal," menurut laporan itu lagi. 

Terdahulu, ratusan penunjuk perasaan tidak bersenjata dilaporkan berjaya menawan pangkalan tentera di Novofedorivka, barat Crimea. 


Sekatan Akses Twitter Akan ditarik Balik 
Isnin - 24/3/2014 

ANKARA, TURKI- Presiden Turki Abdullah Gul, semalam memberi jaminan kerajaan akan menarik balik sekatan akses Twitter yang telah mencetuskan kritikan masyarakat antarabangsa.

Abdullah menyatakan tindakan menutup internet dan platform seperti Twitter adalah tidak munasabah dari segi undang-undang. 

"Saya percaya masalah tersebut akan diselesaikan tidak lama lagi. Sekatan seumpama itu sememangnya memberi kesan kepada negara maju seperti Turki," jelasnya lagi. 

Kelmarin, laporan dipetik dari AFP, pejabat Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan mempertahankan tindakan mereka menyekat akses Twitter yang disifatkan sebagai 'langkah pencegahan' selepas laman blog mikro tersebut menyebarkan pautan berhubung rakaman skandal rasuah melibatkan pegawai kerajaan.


Etnik Islam Tatar cari perlindungan 
Selasa - 25/3/2014 


LVIV, UKRAINE-  Ratusan etnik Islam Tatar terpaksa mencari perlindungan di barat Ukraine selepas pencerobohan Rusia di Crimea, minggu lalu.

Mereka membuat keputusan itu kerana khuatir menjadi mangsa pengusiran etnik era pemerintahan Kesatuan Soviet pada 1940-an. 

Penduduk Tatar yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terpaksa mengharungi perjalanan selama 30 jam menaiki kereta api sejauh 1,200 kilometer dari Ukraine ke Lviv. 

Memetik laporan AFP, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kira-kira 2,000 penduduk dari Crimea dan kawasan sekitarnya kini mendapatkan perlindungan sementara di Lviv yang turut digelar sebagai 'the little Paris of Ukraine'. 

Difahamkan, seramai 300,000 masyarakat Islam Tatar turut memboikot referendum untuk menentukan sama ada Crimea akan menyertai Rusia pada 16 Mac lalu.


Indonesia Haramkan Filem Noah 
Rabu - 26/3/2014 


JAKARTA, INDONESIA - Indonesia, semalam mengharamkan filem epik Noah lakonan Russell Crowe, sekali gus menjadikannya negara Islam terbaharu mengharamkan filem tersebut kerana dikhuatiri bercanggah dengan nilai Islam.

Jurucakap Lembaga Penapisan Indonesia, Zainut Tauhid Saad berkata, keputusan mengharamkan filem dibuat selepas undang-undang negara itu melarang sebarang gambaran berkaitan Nabi, walaupun siaran tayangan telah ditetapkan Jumaat ini. 

"Kami menolak penayangan filem itu di Indonesia kerana ia berkaitan Nabi Nuh," katanya dipetik AFP


Tuntutan Israel Sebagai Negara Yahudi ditolak 
Khamis - 27/3/2014 

KUWAIT- Pemimpin Arab menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, tuntutan Israel yang dijangka mengancam menjejaskan rundingan damai. 

Kami menyuarakan penolakan penuh tuntutan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, kata pengisytiharan itu pada akhir mesyuarat dua hari di Bandaraya Kuwait. 


Penyokong Al-Sisi buat kempen haram 
Khamis - 27/3/2014 


KAHERAH , MESIR-Pasukan keselamatan Mesir mengenal pasti beberapa penyokong Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi melancarkan kempen haram untuk mengutip dana sebagai persediaan kempen pilihan raya presiden dijadualkan April atau Jun ini.

Jurucakap tentera Ahmed Ali berkata, sebanyak 1,500 individu ditahan bersabit kesalahan tersebut. 

“Kesemua mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang atas kesalahan membuat kutipan derma secara haram,” katanya dipetik dalam laporan Al Arabiya. 

Menurutnya, mengikut siasatan awal, kesemua individu itu berjanji akan memberikan pulangan ganjaran, sekiranya Al-Sisi menang dalam pilihan raya itu nanti. 

“Perbuatan ini mencemarkan imej ketenteraan kerana Al-Sisi masih belum mengemukakan secara rasmi borang untuk bertanding,” katanya. 

Difahamkan, kerajaan sementara pimpinan Adley Mansour juga masih belum memutuskan tarikh pilihan raya itu.


Bangladesh haramkan parti Jamaat-e-Islami 
Khamis - 27/3/2014 


DHAKA, BANGLADESH - Penyiasat unit jenayah perang Bangladesh mahu mengharamkan segala pergerakan parti Islam terbesar, Jamaat-e-Islami bersabit kesalahan pembunuhan beramai-ramai ketika era 71-an.

Ketua penyiasat jenayah perang Abdul Hannan Khan berkata, laporan terperinci diserahkan kepada pendakwa raya sebagai langkah pengharaman parti itu daripada bertanding pada pilihan raya yang dijadualkan Januari tahun depan


Sisi Sah Tanding Jawatan Presiden Mesir 
Khamis - 27/3/2014 


KAHERAH - Ketua tentera Mesir, Fil Marsyal Abdel Fattah Al-Sisi meng- umumkan bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada pertengahan April depan. 

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu temu bual bersama akhbar Kuwait, Al-Seyassah yang disiarkan semalam. 


Denggi: Menteri kecewa masyarakat tidak serius

sabtu - 22 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak mengambil bahagian dalam program menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes anjuran kementerian itu.

Beliau berkata usaha membasmi wabak denggi menerusi program menghapuskan tempat pembiakan Aedes tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa penglibatan aktif masyarakat di sesebuah kawasan.

Katanya cuaca hujan di beberapa kawasan ketika ini boleh meningkatkan risiko serangan wabak denggi jika puncanya tidak dibasmi oleh penduduk.

"Selepas hujan, jentik-jentik boleh membiak dan hidup selama enam bulan di dalam bekas takungan air. Oleh itu penduduk perlu membersihkan kawasan masing-masing daripada bekas tin kosong dan bekas terbiar," katanya.

Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pendidikan tinggi, 'Pathway's', di Universiti Malaya di sini hari ini.



Umat harus kembali ke jalan ALLAH

Jumaat -21 Mac 2014


SHAH ALAM - Umat Islam haruslah segera bertaubat dan kembali semula ke jalan ALLAH.

Penceramah bebas yang juga imam dari masjid terbesar di Harare, Zimbabwe, Mufti Ismail Musa Menk mengakui dunia kini amat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia.

"Kita lebih banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.  Misalnya, pada malam minggu ada sesetengah pihak lebih senang menghabiskan waktu berpeleseran di kelab malam, bukankah lebih baik jika kita meluangkan masa untuk melakukan sedikit ibadah untuk ALLAH?" katanya dalam sebuah syarahan di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Siri dakwah yang bermula di kompleks Karangkraf, Damansara, dan Kuala Lumpur ini diadakan bagi memberi kesedaran ummah masyarakat mengenai kesahihah dan kebenaran al-Quran dan sunnah di samping mendedahkan intipati al-Quran dengan lebih mendalam.

Menurutnya lagi, ada sesetengah umat Islam kini sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar.

"Islam ialah agama yang cukup mudah, tetapi kenapa kita perlu memikirkan perkara lain yang bertentangan dengan ajarannya?" tambahnya.




Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” 

(Surah Al-Hasyr 59:18) 

#Pray4MH370
#Pray4EG529



Post a Comment

Supermuslimah: Wardina Safiyyah.

0 comments
"Mak, I don't need you! Saya model, saya boleh cari duit sendiri!"

            Itulah luahan si gadis yang bergelar pelakon dan model terkenal kepada ibunya sambil pergi meninggalkan rumah. Dilihat air mata ibunya menitis di pipi, namun ketika itu hatinya sudah menjadi keras sekeras batu. Ya, itulah figura yang bernama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot. Anak kacukan Acheh dan Australia yang merupakan selebriti terkenal Malaysia. Sepanjang perjalanan hidupnya sebagai remaja, beliau seolah-olah tercari-cari identiti dirinya dan tujuan sebenar beliau berada di dunia ini.



            Wardina dibesarkan di bawah jagaan dan didikan ibu bapa yang sangat menekankan suasana Islami. Ayahnya terkenal sebagai seorang penceramah agama manakala ibunya pula dikenali sebagai seorang ustazah. Namun semakin meningkat remaja, semakin banyak persoalan dan tanda tanya yang timbul dibenaknya tentang identiti dirinya yang sebenar. Tidak dinafikan bahawa ibunya ada menyuruh beliau melaksanakan ibadah-ibadah Islam seperti solat dan berhijab namun tidak pula menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang tuntutan dan sebab musabab untuk beliau melaksanakan ibadah-ibadah tersebut. Malah, keadaan persekitaran serta bahan bacaan berkonsepkan barat yang banyak dibacanya mula mempengaruhi pemikirannya sehingga beliau menganggap tuntutan ibadah yang disuruh oleh ibu bapanya itu adalah kolot dan kurang sesuai dengan dirinya yang berjiwa barat. Lalu beliau mula mengorak langkah dalam bidang lakonan dan permodelan sehingga nama beliau diangkat dan wajah beliau banyak terpampang menghiasi dada-dada akhbar dan majalah. Beliau tetap meneruskan minat beliau sekalipun tidak mendapat redha dari kedua-dua ibu bapanya.

            Dalam diam, tiada siapa tahu bahawa sekeping hati seorang ibu yang terguris dek perbuatan anak gadisnya itu tetap sayang, sedia memaafkan dan sabar mendoakan agar anak itu kembali ke jalan yang benar. Dan tiada siapa mampu menyangka bahawa Allah mendengar dan menerima doa tersebut serta memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang sekian lama bermain di benak anak gadis yang seolah-olah kehilangan arah itu, lalu mengetuk pintu hatinya dengan ketukan hidayah.

“Dan jika Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat sahaja, tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki…” (An-Nahl: 93)

            Lalu bermulalah episod penghijrahan dalam dirinya. Saat pertama kali hatinya disentuh hidayah Allah adalah apabila beliau menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Melihat kaabah yang terpampang di hadapan mata buat pertama kalinya, mengundang rasa sayu di hati namun pada masa yang sama memberi ketenangan yang sejati. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau membawa bersama tekad di hati untuk melakukan penghijrahan sedikit demi sedikit, demi mencapai redha Allah. Beliau mulakan dengan memperbaiki mutu solatnya terlebih dahulu. Namun lama-kelamaan beliau merasakan beliau tidak cukup dipandang sebagai seorang wanita muslim seandainya beliau hanya memperbaiki mutu solatnya atau juga bacaan Al-Qur'an sahaja. Maka beliau mengambil keputusan untuk menzahirkan kecintaan beliau kepada Sang Pencipta dengan mula mengenakan hijab dan busana seorang muslimah. Subhanallah! Allah telah membuka jalan kebaikan buat beliau atas pilihan yang dilakukan oleh beliau sendiri. Benarlah Allah berfirman,

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami..." 
(Al-Ankabut: 69)

            Bermula dari detik itu, beliau sentiasa mengorak langkah ke hadapan dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. Segala jerit perih, tohmahan dan ujian yang menimpa dirinya tidak sedikit pun membantutkan usaha beliau dalam melakukan transformasi diri ke arah mencapai redha Allah. Dengan sokongan jitu daripada sahabat-sahabat dan keluarga yang sentiasa berada di sisi, beliau mampu membina kejayaan demi kejayaan sehingga beliau kini menjadi ikon muslimah sejati dikalangan wanita-wanita pelbagai peringkat usia, tidak hanya di Malaysia malah di serata dunia.



            Beliau yang merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak yang bernama Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi, sangat membudayakan Al-Qur’an sebagai penyubur kecintaan dalam keluarga beliau. Qur’an merupakan bahasa cinta antara beliau, suami dan anak-anak. Beliau bukan sahaja berjaya menjadi isteri dan ibu mithali yang berbakti kepada keluarganya sahaja, malah wanita yang kini sedang menuntut dalam jurusan psikologi ini juga merupakan seorang ikon aktivis wanita yang banyak keluar ke masyarakat dan menyentuh hati-hati di luar sana menerusi aktiviti-aktiviti sosial melalui pertubuhan-pertubuhan NGO. Kini beliau juga aktif sebagai pengacara rancangan-rancangan televisyen tempatan, menjadi ahli panel dan pengacara untuk majlis-majlis ilmu dan konvensyen-konvensyen Islami di peringkat nasional mahupun antarabangsa dan sebagainya. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman, kisah hidup dan pahit manis ujian yang dihadapinya melalui penulisan, video dan lain-lain. Wardina juga telah berjaya menghasilkan dua buah buku menerusi penulisan kreatif beliau yang bertajuk Mama Saya Lapar dan Siapa Alien, yang menjadi antara buku-buku terlaris di kedai-kedai buku MPH.

            Kisah-kisah penghijrahan dan kejayaan beliau pastinya sangat banyak membuka mata dan menyentuh hati-hati di luar sana yang memerlukan motivasi ke arah melakukan perubahan. Tidak dinafikan dalam kisah hidup Wardina sendiri, kekuatan doa seorang ibu yang tidak mengenal penat lelah dalam mendoakan kebaikan buatnya menjadi salah satu sebab terbesar kepada kejayaan beliau pada hari ini. Dan semestinya semua perubahan ini tidak akan dapat dicapai jika beliau sendiri tidak mahu memulakan langkah pertama untuk keluar daripada zon 'selesa' beliau lalu mengorak langkah ke arah menjadi Supermuslimah. Tepat sekali firman Allah swt dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 11 yang bermaksud;

“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…” 

            Akhirnya beliau sudah menemui identiti dirinya yang sebenar dan mengenal tujuan hidupnya sebagai a’bid dan khalifah Allah. Itulah kemenangan yang terbesar dalam hidupnya.



“Hidup ini satu perjuangan. Life is a struggle. Mari berjuang untuk memperbaiki diri. Berjuang untuk mencari ilmu dan menghiasi diri dengan akhlak dan adab. Supaya InsyaAllah kita beroleh Taqwa dan mendapat ketenangan hakiki di dalam jiwa. Tidak cukup dengan hanya menjadi seorang Muslim. Kita seharusnya berjuang sedaya upaya, untuk menjadi seorang Mu’min!”
-Wardina Safiyyah.

Ya, Wardina Safiyyah sudah menemui identitinya sebagai Supermuslimah. Anda pula bagaimana? Mari ikuti kisah hidup Wardina Safiyyah dalam video ini;




Post a Comment

Healthy Delicious Cookies

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Don’t have time to cook for usrah? No idea what else you can bring for your usrahmates?

Craving for food but it’s already 9pm and you afraid to put on some weight? (People say you will probably gain some weight when eat after 7pm but actually it's not the timing but the amount being eaten that can cause weight gain. Our bodies need fuel constantly, not just when we are awake. When we're sleeping, our bodies are burning calories to circulate blood, assist with lung functioning, and fuel our brains).

Are you a banana lover? Bored of eating the plain banana?

This is the solution for you. Try this simple, fast, easy to make and most important thing is it is HEALTHY for you.

All you need Is 2-3 RIPE bananas and a cup of OAT. If you are not an oat lover, you can substitute it with MUESLI.

Kredit : Google



Then just follow this 6 simple steps:-

Kredit : http://curves-inalltherightplaces.tumblr.com/post/45535368337/ahealthyveg-today-i-had-cookies-for-breakfast


Wallahua’lam.


Post a Comment

MOSCOW | PROGRAM TAYANGAN UMUM SURAU AL-MAI

0 comments

AZAM MAI.jpg

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,baru-baru ini,pada 22 Mac 2014,pihak AZAM Moscow telah berjaya mengadakan satu program tayangan umum bertempat di Hostel MAI.Tujuan program diadakan adalah untuk menyantuni masyarakat pelajar yang menetap di hostel tersebut.Program ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi jalinan ukhwah yang telah terbina antara pihak AZAM dan pelajar MAI.
Presiden AZAM Russia,saudara Ilham Muntari turut hadir dan telah memberikan sedikit kata kata aluan sebelum tayangan dimulakan.Makanan dan minuman turut disediakan sepanjang tayangan berlangsung.Pihak ekonomi AZAM juga turut berjaya mengadakan jualan kepada pelajar yang hadir.
AZAAM.jpg

Tayangan berakhir pada jam 10.30 malam,disusuli pula dengan sesi perkongsian ibrah daripada para penonton yang hadir.Masing-masing memberikan isi pengajaran yang cukup bermakna untuk dikongsi bersama daripada cerita yang telah ditonton tersebut.
REPORT AZAM.jpg
Program diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah dan jamuan makan malam.
Diharapkan agar program sebegini dapat lagi diteruskan pada masa hadapan dan di sini pihak AZAM Moscow merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Wallahua'lam.



Post a Comment

HADIAH

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wbt.

Dari Anas bahawa, “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, karena hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” (Thabrani)

“Hmmm… di mana eh nak beli hadiah?”
“Rasa-rasa si fulan suka bunga apa?”
“Kalau aku bagi hadiah ni, dia suka tak?”

Ya, persoalan inilah yang sering bermain di fikiran seseorang setiap kali mereka ingin membeli hadiah. Ada yang bingung memikirkan hadiah apa hendak dibeli, ada yang menggaru kepala mencari di mana tempat yang sesuai untuk membeli hadiah atau bunga.Sang penulis pun selalunya memang banyak persoalan yang timbul di minda setiap kali ingin membeli hadiah, terutamanya hadiah hari jadi atau hadiah untuk slot “Exchanging gifts”.
InsyaAllah, kali ini sang penulis ingin membawa kepada semua di luar sana yang ingin tercari-cari tempat yang sesuai untuk membeli hadiah. 

~MOSCOW~

Ingin mencari hadiah atau barang peribadi dengan harga yang rendah? Kami ingin mengajak anda untuk mencari dan membeli di kedai 'Fix Price'. Jangan terkejut. Kedai ini menjual semua barang dengan harga 38 Rubel sahaja! MasyaAllah, sangat murah! Bukan sahaja cenderahati yang dijual bahkan ada pelbagai barang yang bisa anda dapati seperti barang keperluan harian. 

Macam mana ya direction ke sana ? Mudah sahaja. Kedai ini terletak di Metro Yugo Zapadnaya.Mula-mula keluar melaui bahagian kepala metro dan belok ke kanan.Selepas itu jalan terus dan anda akan nampak satu shopping complex (gambar di bawah).Kedai tersebut terletak di tingkat dua.







~KURSK~

Bagi lokaliti Kursk,sang penulis sangat berminat untuk membeli hadiah di pusat beli-belah Pushkinski, terletak kira-kira tiga perhentian bas dari KSMU. Kebiasaannya,sang penulis memang suka membeli hadiah di sini, tidak kira untuk hadiah hari jadi atau hadiah untuk rakan-rakan tersayang. Contohnya, kedai-kedai yang bernama красный куб (kedai ini menjual hadiah dan juga perhiasan rumah) dan дочки сыночки (penulis biasanya membeli “plush toys” di sini).

Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat lain yang pelajar boleh pergi untuk beli hadiah, tetapi sang penulis memilih tempat ini kerana pusat beli-belah ini agak dekat dengan kawasan universiti dan kawasan asrama bagi yang tinggal di Hostel No.5 (dan senang juga mendapatkan bas untuk ke Pushkinski!), dan harganya yang agak berpatutan.

Bagi tempat pembelian bunga, pelajar selalunya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bunga sebagai hadiah. Hal ini kerana pelajar boleh membeli bunga di kawasan Rinak atau mana-mana kedai bunga yang biasanya terpampang papan tanda bertulis “цветы”. Tambahan pula, musim bunga akan datang tidak lama lagi (walaupun cuaca Russia yang tidak boleh dijangka), ramai penjual bunga akan berjual bunga di sekitar kawasan kaki lima.








~ST PETERSBURG~


Lokasi : Leninskiy Prospekt, St Petersburg
Penerangan : Kedai ini terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Karusel (Карусель). Pelbagai jenis bunga yang dijual dengan harga yang berpatutan pada setiap sambutan penting di Russia seperti Hari Wanita. Para penggemar bunga juga boleh mendapatkan bunga-bunga yang segar di sini kerana ianya terletak berdekatan dengan hostel pelajar.


~NIZHNY NOVGOROD~


Di Nizhny Novgorod, terdapat banyak kedai bunga yang terletak berdekatan dengan hostel pelajar. Tak perlu menaiki bas atau tramvai, kerana kebanyakannnya terletak di stesen Surikova. Pelbagai jenis bunga yang dijual, terutamanya, bunga ros pelbagai warna, tulip, gerbera, lily dan sebagainya. 
.
 



~VOLGOGRAD~

Lokasi: sebelah Okei, Piramida, 1st floor
Penerangan: kiosk kecil ini menjual pelbagai variasi accesories seperti beg, alat tulis, gelang, jam, earphone dan sebagainya dengan harga yang berbeza. Sesuai untuk membeli hadiah birthday, woman's day, graduation dan event-event lain





The prophet (pbuh) said, 

“Exchange gifts, as that will lead to increase your love to one another” [Bukhari]



Kesimpulannya,jom jadikan amalan memberi hadiah antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan meningkatkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain

Walllahualam.




Post a Comment

FRIDAY WRAP (14/03/2014 - 20/03/2014)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi dalam “Friday Wrap” pada minggu ini memaparkan berita-berita semasa dunia.


Ulama Malaysia Bantah Penggunaan Sihir Bagi Mengesan Pesawat Hilang
Jumaat, 14/03/2014

Kuala Lumpur – Organisasi Islam Malaysia membantah ritual sihir yang dilakukan bomoh, atau dukun bagi membongkar misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sejumlah tokoh mendakwa bahawa tindakan tersebut adalah sangat memalukan.

“Sesiapa pun yang melanggar prinsip dan fatwa syariah akan diminta untuk membubarkan dan jika menolak, mereka akan kami tangkap”, Zaifullah Jaafar Shidek, ketua Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata.

Tambahnya, hal ini bagi menghindari orang kebanyakan dari perbuatan syirik. Ahmad Fazrin Yahya, Ketua Pertubuhan Ilmuan Malaysia ( Organisasi Cendikiawan Malaysia) mengatakan bahawa sebagai seorang muslim, doa-doa yang ikhlas adalah cara yang terbaik bagi menangani masalah ini. Malaysia Airlines membawa 227 penumpang, termasuk 2 bayi dan 12 awak, hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sekitar jam satu selepas berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sabtu lalu.


Pemerintah Sekular Bangladesh Larang Aktiviti Dakwah
Jumaat, 14/03/2014

Dhaka - Melihat dakwah sebagai sebahagian daripada tugas setiap Muslim terhadap agamanya, muslim Bangladesh telah diseru untuk meneruskan dakwah di negara itu sejak tahun 2009 lagi. Selama beberapa dekad, kegiatan dakwah berkembang di Bangladesh di mana pertemuan massa ( dikenali sebagai Waj Mahfil ) dihadiri oleh ribuan Muslim yang berminat untuk mendapatkan pendidikan, nilai-nilai dan semangat Islam.

"Kerana pengharaman kerajaan, kita tidak menyelenggarakan 5 hari yang panjang ' Waj Mahfil ' di Chitagong sejak 2007," kata Nasir Uddin Ahmad Chowdhury, setiausaha Islami Samaj Kalayn Parisad Chitagong ( Dewan Kesejahteraan Sosial Islam Chitagong ).

Seiring larangan kegiatan dawah, banyak pendakwah yang telah dipenjarakan. Sejumlah besar ulama Muslim ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan Bangladesh. Maulana Abdus Sobhan, seorang mubaligh, menambah bahawa ratusan ulama dan mubaligh telah ditangkap oleh kerajaan sekular selama lima tahun terakhir.


Parlimen Jordan Kembali Minta Pengusiran Duta Israel
Jumaat, 14/03/2014

Amman - Parlimen Jordan memberi batas waktu kepada kerajaan Perdana Menteri Abdullah Ensour sehingga selasa untuk mengusir duta besar Israel dari Amman dan memanggil duta Jordan dari Israel untuk kembali.

Rabu lalu, parlimen mengatakan bahawa kepercayaan pada kerajaan Ensour bergantung pada kemampuannya untuk memenuhi tuntutan yang telah ditetapkan pada selasa lalu. Hakim Jordan Raed Ala'eddin Zeiter ditembak mati oleh tentera Israel isnin lalu dekat Jambatan Raja Hussein ( Allenby Bridge ) yang menghubungkan Jordan dengan Tebing Barat.

Parlimen memilih untuk melakukan siasatan atas pembunuhan hakim oleh tentera Israel dan membawa pelaku ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Selasa lalu, Ensour mengatakan kepada parlimen bahawa Israel telah mengucapkan permohonan maaf secara rasmi atas pembunuhan hakim tersebut.


Aktivis Pertahankan Masjid Cordova
Jumaat, 14/03/2014

Madrid - Keinginan Gereja Katolik Sepanyol untuk merampas Masjid Cordoba yang berusia berabad - abad telah dikritik keras oleh kumpulan hak yang menuntut pengakuan akan warisan sejarah Islam yang sangat kaya di Sepanyol.

Menurut juru kempen Sepanyol, Gereja Katolik telah berusaha untuk memadamkan sejarah Islam di masjid Cordoba, yang berabad-abad lalu ditubuhkan. Di tempat agama bersejarah itu, mereka mengedarkan risalah kepada pengunjung termasuk maklumat yang menyesatkan dengan mengabaikan sejarah masjid yang telah berusia lebih dari 1000 tahun itu.

Selain itu, tiket masuk ke laman bersejarah menunjukkan kenyataan yang berbunyi, "Selamat datang di Katedral Santa Iglesia". Masjid Agung Cordoba dibina antara tahun 784 hingga 786 sepanjang pemerintahan Khalifah Abdur Rahman I. Menjadi masjid untuk solat selama lima abad, masjid ini telah diubah fungsinya menjadi gereja sejak Ferdinand III, raja Sepanyol yang merebut Cordoba dari para penguasa Muslim pada tahun 1236.

Namun , tempat ini masih disebut oleh orang Sepanyol dan pelancong sebagai masjid , bukan gereja. Masjid ini menjadi pusat perdebatan baru-baru ini selepas Gereja Katolik berupaya untuk membuatnya menjadi milik gereja bukan lagi milik kerajaan.


Kanada Tamatkan Operasi Ketenteraan di Afghanistan
Jumaat, 14/03/2014

Kabul - Pasukan Kanada telah menamatkan operasi ketenteraan mereka di Afghanistan, demikian keterangan pasukan gabungan yang dipimpin NATO rabu lalu. 

Kanada mengisytiharkan pengakhiran lebih dari 12 tahun operasi ketenteraan besar di Afghanistan saewaktu upacara menurunkan bendera yang dilakukan di markas ISAF (Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa).

Lebih dari 40,000 anggota tentera Kanada dikerahkan ke Afghanistan antara tahun 2001 hingga 2014. Jumlah pasukan asing yang berada di Afghanistan kini sekitar 52,000. Puncak pasukan asing NATO-Amerika yang tergabung dalam ISAF mencapai jumlah tertinggi tahun 2010.


Ansar Beit Al Maqdis Serang Tentera Mesir
Sabtu, 15/03/2014

Kaherah - Kumpulan Ansar Beit al-Maqdis mengaku bertanggungjawab atas serangan bersenjata pada pos pemeriksaan polis tentera di Kaherah utara, yang menyebabkan kematian enam tentera. Dalam satu kenyataan Facebook, kumpulan itu berkata bahawa pihaknya telah melakukan serangan itu selepas mengintip para tentera selama beberapa jam.

Sebelumnya pada hari sabtu, seorang sumber keselamatan mengatakan kepada televisyen kerajaan bahawa dua bom ditemui di dekat pos pemeriksaan, juga telah dimatikan. Tentera menuduh serangan dilakukan kumpulan Ikhwanul Muslimin. Seorang pemimpin senior Ikhwanul Muslimin, pada hari sabtu menafikan terlibat dalam serangan mematikan di Kaherah utara, yang membunuh lima polis tentera tersebut.

"Tidak betul untuk menyalahkan Ikhwanul atas serangan itu tanpa bukti atau siasatan," Amr Darrag, ahli Parti Keadilan dan Kebebasan ( FJP ) sayap politik Ikhwanul Muskimin mengatakan kepada Anadolu Agency.

Beberapa serangan terhadap pasukan keselamatan sejak tentera mengkudeta Mursi Julai lalu dan kira-kira 300 pegawai keselamatan telah terbunuh. Ikhwanul Muslimin, yang mengatakan komited untuk perjuangan tanpa kekerasan, mengutuk serangan khamis lalu dan menuduh kerajaan yang disokong tentera cuba untuk menuduhnya kerana alasan politik.

Kumpulan perjuangan Ansar Beit al-Maqdis telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan terhadap pegawai keselamatan termasuk percubaan pembunuhan terhadap menteri dalam negeri tahun lalu.


Peguam Uighur Disiksa Hingga Meninggal Di China
Sabtu, 15/03/2014

Urumqi - Seorang peguam muda Uighur di wilayah Xinjiang, China, telah meninggal kerana kecederaan akibat penyiksaan oleh pihak berkuasa China. Gulnar Abdulahat diculik tahun lalu selepas dituduh bahawa dia telah membocorkan rakaman video dari persidangan salah satu pelanggannya yang dijatuhi hukuman mati.

Peguam 30 tahun itu mendakwa bahawa anak guamnya tidak menerima pengadilan yang adil dan dengan membocorkan rakaman ke internet, dia berjaya membuktikan perlakuan buruk terhadap anak guamnya itu.

Abdulahat kemudian dilarang tampil di persidangan, selepas video tersebut dibocorkan. Dia kemudian ditangkap kerana tuduhan seperatism. Keluarganya meminta kerajaan agar dia dibebaskan. Abdulahat dipulangkan dalam keadaan sakit dan cedera teruk. Ketika dia dibebaskan, keluarganya mengatakan bahawa dia tidak mampu berdiri, semua kukunya dicabut, wajah bengkak dan luka di seluruh tubuhnya.

Beberapa hari kemudian, Gulnar Abdulahat telah meninggal kerana kecederaan yang dialami. Menurut radio RFA, selepas kematiannya, pihak berkuasa China juga menangkap orang tuanya.


Pasukan Israel Kembali Serang Jemaah Di Masjid Al Aqsa
Isnin, 17/03/2014

Al Quds - Pasukan Israel melepaskan bom tangan dan peluru getah pada jamaah Palestin di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Al-Quds, kata seorang pegawai Palestin. "Pasukan Israel menyerbu kompleks Al-Aqsa melalui Gerbang Al-Selseleh," Sheikh Azzam Al - Khatib, Ketua Pengarah wakaf Muslim dan urusan Al-Aqsa di Al-Quds, mengatakan kepada Anadolu Agency.

Menurut Al-Khatib, sejak pagi hari, pasukan Israel menutup beberapa pintu Al Quds dan melarang lebih dari 500 pelajar Palestin untuk masuk. Langkah-langkah itu sebagai persiapan masa beberapa kumpulan ekstremis Yahudi dan para pengikutnya bagi melakukan upacara ritual pada hari cuti Yahudi, yang dirayakan pada hari ahad.

Naser Qous, penjaga Al-Aqsa, mengatakan bahawa sejumlah jemaah cedera dalam pertengkaran dengan polis Israel dan salah seorang telah cedera. Dalam beberapa bulan terakhir, kumpulan pelampau Yahudi yang sering disertai dengan pasukan keselamatan Israel, telah berulang kali memasuki kompleks Masjid Al - Aqsa. Hal ini menyebabkan konfrontasi dengan umat Islam Palestin.


Tentera Mesir Hancurkan Rumah Sepanjang Sempadan Gaza
Isnin, 17/03/2014

Kaherah - Tentera Mesir dilaporkan terus menghancurkan rumah-rumah bersempadan dengan Gaza dalam usaha untuk menubuhkan zon penampan di sepanjang sempadan. Tentera ingin membina zon penampan selebar 50 meter untuk mencegah penyeludupan dan untuk mengawal terowong di sepanjang sempadan.

Zon penampan akan menjadi kawasan yang mudah dikuasai oleh tentera Mesir, yang boleh dipantau dengan satelit dan peralatan canggih lain. 12 Mac lalu, tentera Mesir mengatakan bahawa mereka telah menghancurkan sebanyak 1,370 terowong bawah tanah antara Mesir dan Gaza yang terkepung.

Warga Palestin menggunakan terowong bawah tanah untuk menghantar bekalan penting, termasuk makanan dan bahan bakar ke Gaza, yang telah disekat oleh Israel sejak tahun 2007. Mesir mula menghancurkan terowong ke Gaza selepas penggulingan bekas Presiden Mesir Mohammed Mursi tahun lalu.


25% Korban Pembunuhan Di Rabaa Al Adawiya ditembak Dari Belakang
Selasa, 18/03/2014

Kaherah - Suruhanjaya HAM Mesir mengatakan bahawa kebanyakan korban dari serangan tentera Mesir terhadap penyokong presiden Muhammad Mursi di Padang Rabaa al-Adawiya, disebabkan oleh tembakan dan bahawa hampir satu perempat mangsa telah ditembak dari arah belakang.

Pada sidang akhbar hari Isnin, Dewan Nasional Hak Asasi Manusia ( NCHR ) mengatakan bahawa sebanyak angka 632 penunjuk perasaan telah terbunuh ketika percubaan pasukan keselamatan untuk meleraikan mereka sepanjang pertengahan ogos tahun lalu.

Hampir 88 peratus kematian daripada operasi keselamatan disebabkan oleh luka tembak, sementara 24 peratus daripada mangsa ditembak dari arah belakang, menurut NCHR. Pada sidang akhbar hari Isnin, NCHR menunjukkan gambar jenazah yang terbakar di balik khemah-khemah dan penembakan terhadap putri pemimpin Ikhwan Muslimin, Mohamed al - Beltagi.

NCHR juga menunjukkan rakaman penunjuk perasaan yang diserang oleh pasukan keselamatan dalam tahanan, bersama dengan kesaksian yang dirakam dari orang awam.


Lembaga HAM Minta Buka Lagi Kes Penyiksaan Tahanan Di Abu Ghraib
Rabu, 19/03/2014

Washington - Sebuah kumpulan hak asasi menyeru pembukaan kembali kes penyeksaan terhadap kontraktor ketenteraan swasta AS yang melakukan soal siasat berkaitan penjara Abu Ghraib di Iraq.

Pusat pengarah hukum Center for Constitutional Rights , Baher Azmy , mengatakan pada hari selasa bahawa empat bekas tahanan Iraq yang mengatakan bahawa mereka disiksa di penjara, perlu dibenarkan untuk mengemukakan tuntutan mereka terhadap CACI Premier Technology Inc.

Pekerja CACI telah dituduh mendorong tentera AS agar mempersiapkan para tahanan untuk penyiksaan dengan kejutan elektrik, kekerasan seksual dan penelanjangan paksa. Pada Julai 2013, seorang hakim AS di Mahkamah Negeri di Alexandria menolak kes yang diajukan oleh warga negara Iraq.

Hakim itu berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menerima ugatan kerana peristiwa itu berlaku di luar kawasan Amerika Syarikat. Syarikat yang berpusat di Arlington itu berdalih bahawa tidak ada bukti bahawa para tahanan pernah berhubungan dengan seorang pekerjanya atau bahawa pekerjanya mempunyai sebarang interaksi dengan tahanan.

Antara 2004 hingga 2006, 11 tentera dihukum di mahkamah kerana penyeksaan dan penderaan seksual terhadap tahanan Iraq .

Tentera Israel Bunuh Remaja 15 Tahun Di Tebing Barat
Rabu, 19/03/2014

Tebing Barat - Pasukan Israel telah melepaskan tembakan dan membunuh seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun di Tebing Barat. Sebuah sumber keselamatan Palestin mengatakan bahawa Yussef Sami Shawamreh meninggal pada hari rabu akibat tembakan pasukan Israel di dekat tembok pemisah di dekat desa Al-Ramadin, barat daya Tebing Barat, demikian laporan Press TV.

Sumber itu juga mengatakan bahawa jenazah Shawamreh masih dibawa tentera Israel.
Saksi mata mengatakan pasukan Israel menembak Shawamreh, yang berasal dari kampung Deir al-Asal al-Tahta tanpa amaran. Tentera Israel juga mengesahkan penembakan itu. Namun mengatakan bahawa insiden itu berlaku di lokasi lain di Deir al-Asal al-Tahta, sebelah barat daya dari Hebron (Al-Khalil).

Pada tarikh 11 Mac, pasukan Israel membunuh seorang Palestin, selepas mereka menembak kereta mangsa dekat bandar Tulkarem di Tebing Barat bahagian utara. Sebelumnya pada hari itu, seorang pemuda Palestin juga terbunuh di dekat bandar Ramallah, Tebing Barat. Pasukan rejim Israel melancarkan serangan ke Tebing Barat hampir setiap hari. Secara teratur menyerang rumah-rumah di wilayah Palestin yang diduduki dan menangkap aktivis dan orang awam tanpa diadili.


Rusia Kembali, Muslim Tatar Di Crimea Khuatiri Penindasan
Khamis, 20/03/2014

Crimea - Sewaktu Rusia merayakan penguasaan Crimea ke wilayahnya, Muslim Tatar di semenanjung Laut Hitam menyuarakan kebimbangan kehilangan identiti dan kebebasan mereka di bawah pemerintahan Rusia.

"Mengapa saya tidak ingin menjadi sebahagian dari Rusia?" Mustafa Asaba, pemimpin serantau dari Tatar Crimea. "Kerajaan Rusia tidak boleh diramal, kerana ketuanya adalah seorang diktator”. Muslim Tatar menyuarakan kebimbangan atas kehilangan kebebasan dan menghidupkan kembali kenangan pengasingan dan pendakwaan yang mereka hadapi pada tahun 1944.

“Kami selalu menikmati kebebasan bertindak dan saya fikir bahawa jika mereka menindas kami, kami akan menolak”. Asaba menyatakan. “Akan ada mahkamah dan penjara dan tidak ada yang baik yang akan datang,” tambah pemimpin Tatar tersebut.

Memori tahun 1944 berikutan tindakan keras Joseph Stalin kembali menghantui muslim Crimea.
Sebelumnya pada hari isnin, para pegawai pilihan raya di Crimea mengesahkan keputusan rasmi referendum semenanjung Crimea. Menurut hasil referendum tersebut, 96 peratus suara menyokong Crimea lepas dari pemerintahan Ukraine.

Pada hari Selasa, Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani perjanjian yang meletakkan Crimea di bawah kawalan Rusia. Putin mengatakan bahawa semenanjung Laut Hitam akan sentiasa menjadi sebahagian dari Rusia.


Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.


"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar"

(33:35).

*Selamat Hari Wanita Sedunia





Post a Comment