MOSCOW | ICE SKATING FUSION 2014

0 comments
[ICE SKATING FUSION 2014]

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah pada 25 Disember 2014, Azam Moscow telah mengadakan ICE SKATING FUSION bertempat di Gorky Park.

Sejumlah 21 orang peserta telah menyertai event ini dan kebanyakan peserta adalah terdiri daripada pelajar Tahun 6 kerana mereka ingin mencipta memori indah sebelum pulang ke Malaysia.
Para peserta berkumpul pada pukul 5 petang di Metro Park Kulturi. Kemudian, acara Explorace telah diadakan untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar perempuan di Moscow di samping untuk berqawiyyul jismi(sihat tubuh badan)!
Meskipun suhu cuaca yang agak sejuk dan salji turun dengan lebatnya , tetapi perkara ini tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan event ini.
Syabas dan Tahniah!
"Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah" -Riwayat Muslim

TEMPAT PERTAMA







Post a Comment

SETIA DENGAN KEBENARAN

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.


"Pinn, pinn!!," deras bunyi hon kedengaran dari masyrut kuning 7k menghantar isyarat agar memberi laluan untuknya menurunkan penumpang di stesen bus.

Masyrut bernombor 7k antara masyrut yang paling dinanti oleh penumpang2 pilihan destinasi lebih-lebih lagi kadar pusingan perjalanannya yang kurang kerap berbanding masyrut lain.Walaupun begitu penggguna-penggunanya masih tetap teguh dan setia menunggu masyrut 7k kerana yakin masyrut itu pasti akan tiba jua untuk membawa mereka ke destinasi pilihan. Kesetiaan yang berpaksikan kebenaran berdasarkan testimoni mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan masyrut 7k sendiri dan respon dari pengguna yang lain juga.

Benarlah kebenaran itu benar sekali.Namun nilai kebenaran sekarang bukan pada hujah atau ilmu yang diselidiki, dipelajari dan dicari bahan bukti. Nilai kebenaran yang ingin ditegakkan kini lebih kepada perasaan emosi mengikut rasa dan acuan sendiri. Perkara ini menimbulkan perasaan gelisah serta kecelaruan dalam membuat pendirian.Terjadilah fenomena keyboard warrior, pertelingkahan yang tidak kunjung padam di media-media sosial, penghujahan fakta2 berdasarkan analisis sendiri, lahirlah penyiasat dan penghukum segera memberi dalil dan segala data.

Kita kena muhasabah semula diri, lihat di cermin kekalutan dan kekacauan ini berpunca dari apa? Dari ketidak sediaan, ketidak kuasaan ilmu yang sepatutnya. Mengambil, mencedok terus segala informasi tanpa menapis dan berfikir , menimbang-nimbang baik buruknya mengikut akal kurniaan Ilahi.

 
Fenomena ini juga tidak terlepas dari membelenggu kehidupan mahasiswa kini. Segala nota dan skema telah diwariskan oleh senior-senior, nota lecture kemas tersimpan di dalam folder. Hadir ke kelas dengan tiada rasa semangat atau keinginan yang lebih untuk mendalami dan mempelajari ilmu.



 
Manusia menggunakan perkataan untuk berfikir : kita berbicara , kita mengeluarkan suara, kita memberikan idea semua ini berdasarkan apa yang kita fikirkan bertitik tolak dari input apa yang kita perolehi.Pemilihan bahasa dan kata melambangkan cara fikir kita sebenarnya.
 

Jika sedikit bahan bacaan kita, jika kurang bual bicara pertukaran idea dan pendapat, jadilah kita mahasiswa yang stagnant dan kaku. Individu yang go with the flow, stagnant, statik, kaku akan menghadapi kesukaran untuk membentuk sesuatu, melahirkan idea, melontarkan wacana-wacana serta memberi respon balas.

Sesungguhnya pada kisah-kisah terdahulu ada banyak ibrah untuk mereka yang faham dan berfikir. Kajian-kajian sejarah silam terutama kisah-kisah sirah para nabi dan sahabat sangat membantu dalam meniupkan motivasi dan menitipkan inspirasi.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw itu ada uswah yang baik untuk diteladani dan dicontohi. Jadi bagaimana untuk mencari kekuatan apabila krisis, mehnah serta tribulasi melanda?

Perlu patuh dengan disiplin ilmu mahasiswa iaitu sabar dengan perkara yang tidak disukai namun akhirnya akan dapat juga perkara ataupun dapatan yang memihak pada kita. Selain itu, mahasiswa perlu bijak membuat keputusan, membuat penilaian dalam mengorak langkah.

Buat apa yang patut dan apa yang perlu pada satu-satu masa dan pada masanya.

Cari peranan terbaik yang boleh dimainkan termasuk peranan-peranan besar. Ibarat menongkah arus yang menggila begitulah ibaratnya perjuangan dan perlawanan harus diteruskan bukan halangan atau dugaan yang biasa-biasa sahaja.

Teruskan membaca, membaca dan membaca apa-apa yang boleh dibaca.

Mahasiswa yang mantap budaya ilmunya dan intelektualismanya akan berperanan sebagai pengembang ilmu dengan syarat bersungguh-sungguh menekuni ilmu, sentiasa membuat perubahan, cuba pandang, nilai, lihat dari sudut-sudut berbeza, bersikap positif dan kreatif.


Syed Naquib al-Attas mengatakan umat islam seperti cermin. Cermin yang memantulkan cahaya suci islam.Kita perlu pastikan kita ada cermin yang baik supaya kita tidak pantulkan cahaya yang salah dan memberikan gambaran yang salah tentang agama kita.


Manifestasikan peranan kita sebagai hamba Allah dengan berkelakuan baik, menjadi individu yang baik , individu yang akrab dengan Allah, perlu bina kekuatan dari dalam serta sebagai khalifah yang mampu uruskan dunia dan tegakkan agama.


Mahasiswa yang benar harus pandai belajar keluar dari sesuatu bangunan.
 

Mahasiswa yang benar harus mampu belajar dalam universiti kehidupan, tidak tertakluk pada satu lingkungan waktu dan masa sahaja.

Kita tidak mahu menjadi mahasiswa recorder yang hanya mampu atau hebat sekali memindahkan ilmu, maklumat, data dan dose-dose ubat yang diperoleh daripada buku ke dalam dewan peperiksaan sahaja.

Kita mahu menjadi mahasiswa yang proaktif, cintakan ilmu, dahagakan pembaharuan dan perubahan ke arah kebaikan, sentiasa berfikir dalam membuat keputusan dan memberikan pendapat. Mahasiswa yang setia dengan kebenaran.


Sheikh Yusof al Qardawi berkata ilmu yang utama itu ialah penguawasaan atau mempelajari ilmu itu dari segala cabang atau bidang ilmu yang ada.

 

Wallahua'lam.




Post a Comment

AZAM Open Day,A Gift Of Snowflakes,ECG Workshop

0 comments
~VOLGOGRAD~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Pada 21 Disember yang lalu, persatuan AZAM lokaliti Volgograd telah menganjurkan sebuah program ‘AZAM Open Day’ yang bertujuan untuk meraikan dan memperkenalkan AZAM dan juga persatuan yang lain di Volgograd seperti Malaysian Students Association (MSA), Kelab Umno Volgograd (KUV), Persatuan Pelajar Perubatan Islam (IMAM), Malaysian-Chinese Student Committee (MCSC) & Volgograd Malaysian Indian Association (VMIA).
Majlis bermula pada pukul 10 pagi bertempat di Citalni Zal, hostel Hiroshima. Di bilik yang pertama, berlangsungnya bengkel kilat fotografi yang menerangkan tentang basic-basic untuk menggunakan DSLR oleh saudara Hafidz dan bengkel cupcake yang menerangkan cara-cara menghias kek oleh saudari Sulastini yang julung-julung kali diadakan. Di bilik yang kedua, majlis dimulakan dengan sebuah perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Anger and Stress Management’ yang disampaikan oleh Muhammad Yusri, pelajar Tahun ke-5. Selepas itu, majlis diserikan dengan pembukaan booth-booth setiap persatuan. Setiap booth memberi penjelasan tentang persatuan masing-masing. Pelbagai aktiviti juga dijalankan. Booth AZAM menawarkan khidmat “See how you look in hijab” dan juga jualan makanan. Booth MSA menjual pocket booklet Quick Normal Values Reference. Di booth VMIA pula, para pelajar boleh mencuba pelbagai jenis baju tradisional India, inai dan belajar frasa-frasa pendek dalam Bahasa Tamil. Pelajar juga boleh mencuba pelbagai games menguji minda di booth KUV. Booth MCSC menyediakan pelbagai baju trasional Cina yang boleh dicuba dan mengajar cara menulis nama di dalam Bahasa Cina. Khidmat dedications disediakan oleh booth IMAM.
Alhamdulillah, A day well spent indeed. Kita bersatu dalam kepelbagaian kaum, bahasa dan budaya.Terima kasih buat mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga kepada mereka yang hadir untuk memeriahkan event.







~NIZHNY NOVGOROD~

A Gift of Snowflakes
Pada hari Ahad (21/12/2014), AZAM Nizhny dengn kerjasama Kelab UMNO Nizhny Novgorod (KuNizh) telah berjaya menganjurkan sebuah program "A Gift of Snowflakes" dengan hadaf untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat di samping menerapkan sifat empati dan syukur dalam kalangan pelajar.
Seramai 23 orang peserta telah menyertai program ini dan peserta berkumpul di masjid tepat jam 11 pagi, Antara barang-barang yang disumbangkan adalah, beras, tepung, gula, makaroni, teh, pakaian winter, baju dan kasut. barang - barang telah diserahkan kepada wakil masjid Sabornaya. Alhamdulillah, program ini telah berjalan lancar dan tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ?
Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ).
Wallahualam.




~MOSCOW~
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai PPIM kerana telah berjaya mengadakan ECG Workshop pada 21 Disember 2014 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.Alhamdulilah program yang dianjurkan telah berlangsung dengan begitu meriah dan lancar.
Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara mentafsir dan mendiagnosis berdasarkan ECG (Electrcardiogram) kepada pelajar di Moscow untuk dipraktikan di Malaysia nanti.
Program ini mempunyai empat slot.Slot yang pertama dan kedua yang disampaikan oleh Omar Shukri membincangkan mengenai "ECG for Beginners" dan "How to differentiate".
Setelah selesai solat dan makan tengahari,program diteruskan dengan slot ketiga iaitu group discussion.Dalam slot ini,para peserta dibahagikan ke dalam group di mana setiap group akan mempunyai satu atau dua fasilitator.Slot ini bertujuan untuk memberi pendekatan dan pemahaman yang lebih kepada peserta mengenai ECG.Slot yang terakhir adalah Quiz di mana melalui slot ini para peserta diuji kefahaman mereka tenteng ECG yg dipelajari.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati pada pukul 5 petang.

Semoga usaha yang dilakukan oleh penganjur diredai ALLAH dan semoga para peserta menjadi doktor untuk ummah.
Wallhu'alam






Post a Comment

[ROAD TO KOMSIS]: MARKING A CHANGE, BREAKING THE CHAIN

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.

"First i was dying to finish high school and start college,
And then i was dying to finish college and start working,
And then i was dying to marry and have children.
And then i was dying for my children to grow old enough for school so I could return to work.
And then I was dying to retire.
And now, I am dying.. And suddenly I realized I forgot to live"
Submitted by Nicole Zablocki
I remembered the first day i set my foot on this piece of land of Russia, that adrenaline rush, of starting a new life in a foreign land. The first few weeks of discovery; cold weather, tongue-twisting language, fast underground trains, new people, and of course the ever fascinating big books of anatomy and histology from the Russian authors. I've always been a person of adventures, and so new things do have big effects on me. Adapting to the metropolitan life of Moscow took me quite a period of time, until i found my momentum, walking according to the rhythm beat.

But as the days progressed to months, and months progressed to years, i realized that the routine got predictable. Classes were the same, the grocery shopping stayed as it was, that urge of looking forward to weekends rather than weekdays somewhat became more unbearable as the schedule of classes grew tighter.

I remembered my days of first years where we studied to get that '5' or
'отлично!' from our teachers, but learning how the system works and that language barrier that grew harder by time, i merely lost that interest to compete anymore. What is the use of it anyway? My seniors survived just fine by doing it this way, just surviving, and they became doctors after all. The easy and breezy medical life in Russia, when you choose to have it that way. 
Besides that, the cold weather do have those turn-off effects, it gives that feeling of pure laziness and the reluctance to get out of the room and to just spend the time snuggling under that thick duvet with that heater turned on. I started to find a group of friends to make movie-night marathons in the weekends, something that i looked forward for every week. Searching for new movies, shopping places and food  became the favorites in my google engine.

"Home is where the heart belongs"

Summer break is that 2 months holiday during summer in which we are given the choice to spend in Malaysia or just stay in Russia. During this period, we also have to fulfill our university's requirement of hospital practical. Oчевидно, we chose to do the practical in Malaysia, and of course, at the nearest hospital in our area. As we were not under any supervision of doctors or nurses, we always ended up lingering around the hospital floor, the canteen, or the better ones amongst us, they could be found in the hospital library. 
We fulfilled the requirements as minimum as we could most of the time, we were not allowed to ask too much as the doctors are busy with their work, and the nurses are caught up with the amount of patients, and as inexperienced undergraduates, we could only help but little. I became more frustrated and decided to finish the practical as fast as i could, get that doctor's signature and ciou!
As summer holidays finally finished, we got that 'rejuvenation' of spirit in finishing our studies as medical students. That was all in our heads, to just survive and finally graduate.
Years passed and here i am, facing my final year in Moscow. I've heard news of my seniors who are now fully licensed doctors, how they had a hard time adapting to the system, how they were always 'marked' whenever they mention that they graduated from Russia. Many of our seniors get these funny and hurtful remarks whenever they did not perform the procedure correctly.  I went through the internet to find some resources about the current cases of Russian graduates, only to find some of these articles.
"At present, hundreds of medical graduates from Russian and Ukrainian universities especially CSMU are out without a leash in our government hospitals.
Most of them don’t know pharmacology or physiology.
Most can’t perform simple clinical procedures like urinary catheterization and intravenous cannulation.
Most can’t deliver acute care to a patient in distress.
They are not well-versed with common medical terms and classifications.
In short, they are a different breed altogether"
I searched for more, and all I found are the same as these. I always knew about Russian graduates being less skillful compared to the local medical graduates as the lack of exposure here, but never to my horror, this alarming extent.
Questions started to arise in my head,
Why are these doctors so angry at us? They write these articles full of emotion and anger.
Do we need to stop studying medicine now?
How do we stop the government from sending us here anyway?
Are we doomed to this curse, forever ‘инвалидов’ as a proper doctor?
I searched for what is wrong in this picture and I think I found it. We lost that spirit, enthusiasm, passion, interest, or whatever you call it, to our dream and ambition. We forgot the purpose and intention coming to this piece of land. We got tired with the system and language and decided to just follow the flow and choose not to respond rightly to these challenges.
When we were kids we dreamt of being that perfect doctor/engineer/teacher, imagining that we will be that hero who will save lives just like in the movies, helping with full of responsibility and sincerity.
Somehow, that dreams just remained as dreams. Clouded and maybe bit by bit, became impossible in our minds.
I do not deny that external factors here in Russia do poll on this account.
Maybe it’s just the system here that we can’t change.
Or maybe it’s due to our reluctance to get out of our comfort zones we’ve created, avoiding the reality that we’re actually going to face. Miles away from Malaysia, breezy and enjoyable life here in Russia, it’s not so hard to avoid the reality.
How could i be so ignorant? Here I am in my final year of medical school and finally realizing this reality. But the reality has always been in front of me the whole time. I just never took the time to acknowledge it till now.
What is the purpose of my existence here anyway?
I can’t be here just to ‘survive’, what kind of doctor will I be? How can I be of a good use to my society? I can’t stay in this same state if I want to be a contributor, just like every object created in this world, all of them have their own purposes. My purpose is of course to be the best doctor that I can, to be able to contribute and make improvements in health care of my people and maybe if I try harder, I can do researches and find cures for taboo diseases that people thought to be incurable.
I can’t change the reality but I do know a change in my actions now can improve the reality.

That red self-help suddenly gleamed in front of me, that book that I bought for 25% off in a jumble sale during my holidays in Malaysia. The book is entitled “How to Get from Where" You Are to Where You Want To Be”, 
these first few words caught my eyes


Waking up and progressing.
That willingness to progress will of course, involve risks. Risks to get out of my comfort box, my circle, habits and the daily norms.
We are always scared of going outside of our circle because it feels comfortable inside the comfort box we created, we are scared to progress because we tricked ourselves that we are doing fine, when the fact is, the world outside is revolving and we’re actually at the back of the line. 
We are scared to take risks because we are afraid of exposing our weaknesses, but if we do not try to expose and expand ourselves, we would not be able to maximize our capabilities and be the best that we can be. Each of us are individual, and a group of individuals make up a society. As we progress to become maxed-out individuals (in terms of highly capable professionals), we form great societies. Great societies form a remarkable country and vice versa.
Product of the system”
Practically, here in Moscow, we say we are the product of the system, that the government who were responsible to send us here, that the agents did not blurt the truth about the real study life here,  but are we going to continuously blame the system for what we have become? Where do we head then, after blaming?
To blame is much easier than to take full action or to respond correctly to the situation.
The definition of responsibility is the state or fact of being responsible, answerable, or accountable for something within one's power, control, or management.

You weren’t an accident. You weren’t mass produced. You aren’t an assembly-line product. You were deliberately planned, specifically gifted, and lovingly positioned on Earth by the Master-Craftsman”-Max Lucado

In Islam, we believe that all beings are specifically created for a purpose, not an act of accident. Muslims believe that we are created to be Caliphs on earth and a servant to the Master-Craftsman. Caliphs in terms of giving the best conduct to other people (building trust, enlarging network, harmonize the earth) and also as a servant to the Almighty; Allah subhana wa ta'ala.

As far as i remember during my summer practical in Malaysia, I notice that housemanship is a period of crucial torture where these young doctors are always pressured as being the ‘losers’ of the hospital. 
At these period of time, these doctors are expected to know every single procedures in that particular department, despite the fact that they are new and maybe lack of some skills as they are not fairly exposed during their student years. When these doctors are done with their first 2 year period of work and have progressed to be medical officer, they forget the fact that they were once housemen too, and they treat these new housemen with the same treatment that they were once treated or more likely to be called as the period of true vengeance. 
The vicious cycle starts again and again, hospitals which were supposed to be the place of saving lives, become just like a prison, only learning to survive the housemanship, and continue their journey to become ‘great’ doctors. Especially for the graduates of Russia, where we become especially wounded with this journey of hardship, we tend to be more frightful medical officers to the junior doctors, misusing the wise concept of ‘learning the hard way up’.

There is some corrections of value that need to be buffered back here. We can change this reality of sorrow in Malaysia into a new realm of hope if we try hard enough from now, how? Let’s start with some exposures.

During medical student life, your source of stress is your studies, as you have to memorize the whole bookshelf to merely pass. Being a doctor, the stress comes from having the enormous responsibility, as your mistake can cost someone his/her life, your carelessness may cause someone pain, your ignorance may delay someone from getting the right treatment.”

Learning the fact that we have an enormous responsibility, we as undergraduate students here in Russia, have to make a resolution to fill our chest with adequate knowledge and skills. Potentials are within us, we just need to direct them to the right way.
Being a doctor does not mean that we are only involved with the medical problems of our patients, but also their social science and social economy problems as we are saving human lives, not gadgets.

In the event of cardiac arrest, in the midst of panicking and crying family members outside the door, we must be able to recall the steps that we learn in the Advance Cardiac Life Support course that we attended last month/year, and act accordingly. Practice makes perfect. Experience is of course, the best teacher.
On another occasion, a frail looking 25 year old man with a newly diagnosed leukemia asked, “Doctor, what’s wrong with me? Will I die?”. Think.. think.. Choose your words wisely before answering, doctors!”

Do you know that right now, the statistics of drug addicts among our youth in Malaysia has recently increased. On 19th of February 2014, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on families to unite to propel the fight against drug addiction among youths. He said the Government was concerned that drug abuse problems had commonly resulted from a breakdown in the family unit. In this case, let’s say we encounter a drug addict patient, we can’t merely mark that this is his problem, an individual problem, assuming all the typical thoughts that we busy doctors are stereotyped with, but can’t we see that this is actually a social problem. 
Prophylactic steps outside the range of medicine need to be taken in order to cure this problem of our society and it starts with the doctor to detect the root of the crisis. Treat the disease, not the symptom, if we doctors really heal the roots of the problem, it will not be a surprise if we can not only cure diseases but also the social problems that our society is facing.
Having said this, we as the future doctors/engineers who are going to be a part of the society, have to master social skills, and that could not be achieved if we choose to just linger with the same group of people who are only interested in catching movies, who are only interested to ‘chill out’ or just stay in the room under that duvet sleeping comfortably avoiding the big pang of reality in which we know, will surely take place once we end our studies here and start with our working career, the development and cultivation of care in our society will not fruit in just one day, nor will it make a sudden appearance once we touch down in Malaysia. I know we do care for the society deep inside us, but we must not layer it with atherosclerotic plaques of ignorance with our state of being here.

People call me a perfectionist, but I’m not. I’m a “rightist”. I do something until its right, then i move to the next thing.
James Cameron-Oscar winning director of Terminator series
           
We have to stop having the ‘victim mentality’ as our past seniors have experienced. Its just not right! Let us make some changes starting now and when we do start our career, we are ready to be contributors, not just feebly taking that grand account of being a doctor/engineer, when we are not actually making improvements but repeating the same mistakes. Let us become the subject of history of the past, we have a changed mentality and a new vision for a better environment and we  are involved in this change.

       Last but not least, let’s rekindle the spirit of nationalism. Do remember that all of us are the future Malaysians, the new generation who will shape our beloved country into the country that we dream to see. The power that is within us must be molded from now, not when we’ve reached our father’s age or when we have ‘settled down’, but the plan of becoming a real contributing human being starts now. We have to rebuild that big ambition of ours in our mind, putting actions into it.  
The young and the creative, the fast and comprehensive, the skillful and competitive, all of these capabilities or characteristics lie within the youth, especially youth who are currently on a higher education like us, or as Russians call it, люди с высшим образованием. Youth who are ready to take  challenges and reclaim our dignity as  future graduates and professionals from our very own study place, Russia, we not only big on words but also big on actions. Let’s turn those hospitals (for doctors) into somewhere that we wish to be in, let’s make Malaysia the best country that we are always proud of.  
Yeah, i’m talking about us because it starts with us. We are all here for a bigger purpose. So what are waiting for? 
Despite the different backgrounds, different religions and different culture of origins, we are all citizens of Malaysia. We are all going to be part of the society in Malaysia. The future is us!  Hand in hand, we can aspire the nation for the betterment of the society, country and the world. 
Together we are stronger and unbreakable.

The secret of getting ahead is getting started. The secret of getting started is breaking your complex, overwhelming tasks into small manageable tasks, and then starting on the first one.Mark Twain
Wallahua'lam.


Post a Comment

[ROAD TO KOMSIS]:YOUTH

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.

Youth is a phase of life where men are courageous and bright; dreams the impossible; breakthrough the future unseen.

They are living the world seeing the dreams as reality, striking up on hard works where they can sway the people mind with the ideas they could generate, building the future, inspiring the leaders and preparing to become the leaders of tomorrow.
[ credited ]

Today? The youth is fading.

The sad but truth reality is younger generations of today only fill their mind and souls with entertainment. They are easily being reactive just because their WiFi network was offline. The state of mind filled of what to wear today? (#ootd) Has my Facebook updated? How many likes do I get on my Instagram? Have I become the best to win the sport competition? Have I sang out loud for all to know what I’m eating today?

Yes, it is not wrong but it is a WASTE of time and a waste of talents.
In the book of God, Al-Quran mentions that we are created for certain purposes:


And I have not created the ginn and mankind save that they may worship me. I do not desire any provision from them, and I do not wish them to feed me. Verily, God, He is the provider,”
51:56
Samuel Ullman once said ‘

Youth is not a time of life; it is a state of mind; it is not a matter of rosy cheeks, red lips and supple knees; it is a matter of the will, quality of the imagination, a vigor of the emotions; it is the freshness of the deep springs of life.’


Through the past ages and decades, the scenery was a bit different.
Mehmet Al-Fatih conquered Constantinople at the age of 21. Sallehuddin Al-Ayyubi save the Palestinians and defeated The Crusaders in the Battle of Hittin during the age of 20’s.
How were those even possible? Answer: Youth.

Development of a strong nation demands on the youth’s resoluteness of will power, mighty determination, qualities of imaginations and tremendous grit. The quality of its youth determines the key future of a nation.
Intelligence once said:

The foundation of every state is the education of its youth”.

The best way to empower the younger generations is by providing them with educations. But not just any kind of education but the kind of which makes them scientific, logical, open-minded, self-respecting, honouring the differences and encouraging the similarities, responsible, honest and the most important; patriotic.
Good habits formed at youth make all the difference.
-Aristotle-

My dear friends, there is nothing ever become too late and there’s always room for improvement. As the youth is not count as what age we are, but it is count by the determination and desired to make changes for the world to implore chances for better future.

“Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls).
Ar-Ra’d 13:11
As the first step you are encouraged to read a lot! Reading will seriously damage your ignorance. Once you read, you will realize what you ought to be and thoughtlessly it would shape your mind and soul to think more and do more. Start with something simple but never give up and never stop.

Keep in mind that we are today’s younger generations and the future leaders. The future is in our hands. The future is us.
Never let the fear striking up keep you from reaching the impossible.

Good luck!


Post a Comment

FRIDAY WRAP 13-18 DISEMBER 2014

0 comments
Assalamualaikum wrt dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. 
Friday Wrap kini kembali membawakan anda berita-berita semasa dari serata dunia.
Semoga bermanfaat dan selamat membaca.. 


BEKAS TAHANAN AGENSI PERISIKAN PUSAT TUNTUT PENJELASAN


13 Disember 2014





Mohammed Bashmilah, kiri pada tahun 2008 - FOTO Bryan Denton NY TIMES


















NEW YORK, AS - Sejak dibebaskan oleh Agensi Perisikan Pusat 8 tahun lalu, sehingga kini, seorang rakyat Yaman iaitu Mohammed Bashmilah, 46 tahun dan bekas tahanan yang lain secara berterusan meminta penjelasan dari pihak kerajaan AS atas penahanan mereka tanpa sebab.

Dihubungi oleh seorang peguam hak kemanusiaan, Meg Satterthwaite, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan AS kini menerusi laporan Senat telah mengakui kesilapan Agensi Perisikan Pusat menahan beliau serta  25 bekas banduan yang lain pada 8 tahun yang lalu.

Mengimbau kembali peristiwa tersebut, Encik Bashmilah menceritakan kisah penahanan beliau selama 19 bulan di Afghanistan. Beliau diculik dan diseksa terlebih dahulu di Jordan sebelum diserahkan kepada pegawai perisikan Agensi dan seterusnya dikurung di 2 buah penjara rahsia di Afghanistan, ditemani dengan bunyi kuat muzik 24 jam sehari.

"Tatkala dapat melihat seekor lalat terbang di sel penjara saya, saya sangat gembira, dengan harapan lalat tersebut dapat melepaskan diri melalui celah pintu penjara supaya tidak terperangkap seperti saya," kata Encik Bashmilah ketika menggambarkan saat tersebut.

Beliau cuba membunuh diri sebanyak 3 kali. Cubaan pertama dengan menelan sebilangan besar pil sekaligus, kedua dengan mengelar pergelangan tangan dan cubaan terakhir adalah dengan menggantung diri. Beliau juga pernah melukakan diri dan menggunakan darah beliau untuk menulis "this is unjust" di dinding penjara.

Penahanan beliau disifatkan sebagai kesilapan identiti oleh Agensi Perisikan Pusat. Beliau disalah anggap sebagai anggota sebuah kumpulan pengganas disebabkan nama beliau yang seakan-akan sama dengan nama seorang ahli kumpulan tersebut.

Selepas mendapat makluman daripada peguam tersebut, Encik Bashmilah tertanya-tanya akan sebarang kemungkinan untuk ganti rugi dan permohonan maaf secara rasmi oleh kerajaan AS. - NY Times



LELAKI BERSENJATA MENAHAN TEBUSAN DI KAFE SYDNEY

15 Disember 2014


Seorang tebusan melarikan diri ke arah polis  di luar kafe Lindt - FOTO REUTERS


(Reuters) - Polis Australia yang lengkap bersenjata menyerbu sebuah kafe di Sydney pagi Selasa yang lalu dan membebaskan sebilangan tebusan yang ditahan oleh seorang lelaki bersenjata selama 16 jam diakhiri dengan kematian 3 nyawa termasuk lelaki bersenjata tersebut. 

Lelaki bersenjata itu dikenali sebagai Man Haron Monis, seorang pelarian Iran yang sebelum ini didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan bekas isterinya. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mendedahkan bahawa Man Haron mempunyai beberapa rekod jenayah dan mempunyai latar belakang ekstremism dan ketidakstabilan mental.

Semasa penahanan di kafe Lindt tersebut, tebusan dipaksa untuk mengibarkan bendera Islam lalu mencetuskan suasana cemas atas kemungkinan sebarang serangan jihad dilancarkan ke atas pusat bandar Sydney.

Pada pukul 2 pagi waktu tempatan, 6 tebusan berjaya melarikan diri selepas kedengaran beberapa das tembakan dari kafe tersebut. Pihak polis kemudiannya terus menyerbu masuk kafe tersebut.

Polis turut mengesahkan, mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun.


Empat tebusan yang cedera terus dibawa ke pusat kesihatan berdekatan.


Selain itu, Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andre Scipione dalam sidang akhbarnya mengesahkan jumlah tebusan dalam insiden di  adalah 17 orang.


Mereka yang diselamatkan katanya mengalami trauma dan sebahagian lagi sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan.





SERANGAN TALIBAN KE ATAS SEKOLAH PAKISTAN - 141 MAUT

16 Disember 2014


Mohammad Baqair, tengah, kehilangan ibu dan gurunya dalam serangan - FOTO AP
Lokasi serangan




PESHAWAR, PAKISTAN - Lebih 100 orang termasuk sekurang-kurangnya 82 kanak-kanak dibunuh di dalam satu serangan oleh kumpulan militan Taliban di sebuah sekolah yang dikelola oleh pihak tentera di Pakistan pada Selasa, kata pihak berkuasa.


Menteri kanan wilayah Inayatullah memberitahu AFP sekurang-kurangnya 104 mayat telah dibawa ke dua buat hospital di Peshawar, di mana insiden tembak-menembak itu berlaku.

Sekurang-kurangnya lima pemberontak memakai pakaian seragam tentera telah memasuki Sekolah Awam Tentera di bandar Peshawar, menurut satu sumber di sekolah itu yang memberitahu AFP.

Ibu pejabat tentera Pakistan berkata "operasi menyelamat" sedang dijalankan dan sebahagian besar kakitangan dan pelajar telah dipindahkan.

Seorang pegawai kanan tentera berkata pihak tentera telah mengepung sekolah dan rakaman televisyen menunjukkan mereka mengambil posisi masing-masing.

Seorang pegawai kanan polis berkata "letupan besar" telah berlaku di dalam bangunan.

Pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dan berkata ia adalah tindakan balas untuk operasi berterusan tentera terhadap militan di kawasan utara Waziristan Utara berhampiran Peshawar.

Hospital Lady Reading, Penshawar menerima 26 mayat, kata jurucakap Jamil Shah. Laporan dari Hospital Gabungan Tentera berkata mereka mempunyai 69 mayat.

Menteri Penerangan Wilayah Mushtaq Ghani berkata, ramai yang mati terbunuh dalam letupan bunuh diri.

Mudassar Abbas, seorang pembantu makmal fizik di sekolah itu, kata beberapa pelajar sedang meraikan satu pesta ketika serangan bermula.

"Saya melihat enam atau tujuh orang berjalan dari satu kelas ke satu kelas dan menembak ke arah kanak-kanak," katanya.

Pelajar yang terselamat dalam serangan itu berkata askar datang untuk menyelamatkan pelajar semasa serangan kurang aktif.

"Apabila kita telah keluar dari kelas kita melihat mayat-mayat rakan-rakan kami yang terletak di koridor. Ada yang ditembak tiga kali, ada yang empat kali," kata pelajar itu.

"Orang-orang itu masuk ke dalam bilik satu persatu dan mula menembak kakitangan sekolah dan pelajar."


Sasaran TTP


Sekolah di Jalan Warsak, Peshawar adalah sebahagian daripada sistem sekolah dan kolej awam dikelola pihak tentera. Ia mempunyai 146 sekolah di seluruh negara untuk anak-anak anggota tentera dan orang awam. Pelajar mereka berusia dari 10 hingga 18 tahun.

Sekolah-sekolah itu mendidik anak-anak pegawai dan juga anggota tentera. Isteri kepada askar-askar menjadi guru di dalam sekolah berkenaan.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu AFP bahawa ratusan pelajar dan kakitangan berada di dalam sekolah ketika serangan bermula, namun masih tidak jelas berapa ramai masih ditahan di dalam.

Jurucakap TTP Muhammad Khurasani memberitahu AFP terdapat enam penyerang.

"Ia termasuk pembunuh sasaran dan  penyerang berani mati. Mereka telah diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih tua tetapi bukan kanak-kanak," katanya.

"Serangan ini adalah tindak balas kepada Zarb-e-Azab dan pembunuhan pejuang Taliban dan gangguan terhadap mereka."

Zarb-e-Azb adalah nama rasmi bagi serangan tentera terhadap kubu kuat Taliban dan militan lain di Utara Waziristan.

Tentera telah memuji operasi itu sebagai satu kejayaan besar dalam mengganggu pemberontakan TTP, yang telah membunuh ribuan rakyat Pakistan sejak ia meletus pada tahun 2007.

Lebih daripada 1,600 militan terbunuh sejak pelancaran Zarb-e-Azb pada bulan Jun, menurut data yang dikumpul oleh AFP daripada kenyataan tentera biasa.

Talat Masood, seorang jeneral bersara dan penganalisis keselamatan, berkata serangan itu bertujuan untuk melemahkan kuasa tentera.

"Ia merupakan usaha taktikal dan strategi. Pihak militan tahu bahawa mereka tidak akan dapat menghapuskan tentera, mereka tidak mempunyai keupayaan tentera sudah sudah bersedia," Masood memberitahu AFP.

"Jadi mereka akan sasar mereka yang lemah. Serangan ini mempunyai kesan psikologi yang besar."

Kawasan-kawasan separa autonomi di sempadan Afghanistan telah menjadi tempat sembunyi bagi kumpulan militan Islam – termasuk Al-Qaeda dan TTP dan juga pejuang asing Uzbeks dan Uighurs.

Washington telah mendesak Islamabad selama beberapa tahun untuk menghapuskan kawasan perlindungan kumpulan militan di utara Waziristan, tempat dimana pihak militan melancarkan serangan ke atas kuasa-kuasa NATO di Afghanistan.





KESATUAN EROPAH MENYINGKIRKAN HAMAS DARI SENARAI HITAM PENGGANAS

17 Disember 2014




Seorang kanak-kanak Palestin bersama bapanya dalam perarakan bersempena ulangtahun penubuhan Hamas yang ke-27 - FOTO REUTERS



BANDAR GAZA - Hamas mengalu-alukan keputusan Kesatuan Eropah untuk mengeluarkan Hamas dari senarai hitam kumpulan pengganas. " Ini adalah satu kemenangan buat warga Palestin hak rakyat kami," jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberitahu AFP.

" Kami berterima kasih kepada EU atas keputusan positif ini yang patut dicontohi oleh pihak antarabangsa dalam mengangani isu penindasan terhadap rakyat Palestin."

Kesatuan Eropah pada hari Rabu membuat keputusan ini atas sebab prosedur, tetapi pembekuan aset terhadap ahli-ahli Hamas masih dikekalkan selama 3 bulan. 


Hamas telah disenarai hitam oleh EU sebagai langkah berjaga-jaga ekoran tragedi 11 September, 2001. Pada tahun 2006, part ini  telah memenangi pilihan raya dan mentadbir Gaza


EU berpendapat bahawa senarai hitam sebelum ini adalah berdasarkan laporan media dan internet semata-mata tanpa sebarang siasatan dan pengesahan yang kukuh dari mana-mana pihak berkuasa yang kompeten.

Salah Bardawi, pegawai Hamas di Gaza menyifatkan keputusan itu sebagai " anjakan yang baik dan kuat " yang pada akhirnya akan meletakkan posisi Eropah bertentangan dengan Israel.

Dalam masa yang sama, Benjamin Netanyahu memanggil Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas dan patut disenarai hitam kembali secepat yang mungkin. Netanyahu mendakwa bahawa orang Eropah tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa holocaust. - Arab News



INSIDEN BELON PANAS CAPPADOCIA-RAKYAT MALAYSIA TERCEDERA

17 Disember 2014


Belon udara panas merupakan tarikan utama di Cappadocia



ISTANBUL , TURKI - Seorang pelancong China terbunuh manakala 9 yang lain termasuk pelancong Malaysia mengalami kecederaan yang serius dalam insiden belon udara panas di Cappadocia.

Belon udara panas yang membawa pelancong-pelancong dari China dan Malaysia itu jatuh di lembah Guvercinlik, Cappadocia pada pukul 8.15 pagi ( 06.15 GMT ) hari Rabu.

Punca nahas masih dalam siasatan.

Pelancong China yang dikenal pasti sebagai Tang Yi mati di tempat kejadian.

Belon udara panas itu berlepas dari Gerome di Nevsehir yang terletak di Anatolia Tengah pada pagi hari Rabu.


Map


Paramedik dan anggota keselamatan telah dikerahkan ke tempat kejadian berikutan insiden itu.

Pada tahun 2009, insiden yang sama mengorbankan seorang pelancong Britain dan mencederakan 9 yang lain. Pada tahun 2013 pula, 3 pelancong Brazil terbunuh dan 20 tercedera apabila 2 belon udara panas bertembung di udara.

Cappadocia terkenal dengan struktur batu-batuan yang unik, bandar bawah tanah dan gereja usang.








ROKET TERBESAR INDIA BERJAYA DILANCARKAN

18 Disember 2014



MK-III dilancarkan di Sriharikota - FOTO AFP


SRIHARIKOTA, INDIA - India berjaya melancarkan roket terbesar mereka, termasuk sebuah kapsul tanpa pemandu yang dijangka akan menghantar angkasawan mereka suatu hari nanti.


Roket tersebut direka untuk membawa alatan komunikasi yang lebih berat dan satelit ke ruang angkasa.


Dilepaskan dari Sriharikota, Andhra Pradesh pada hari Khamis, roket ini merupakan suatu anjakan baru buat program angkasa lepas India.


Roket baharu seberat 630 tan ini mampu membawa muatan seberat 4 tan dan secara rasminya dinamakan sebagai Geostationary Satellite Launch Vehicle MK-III. Ia membawa sebuah kapsul tanpa pemandu yang direka untuk membawa semaksima 3 orang angkasawan pada masa hadapan.


Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam Twitternya menyatakan bahawa pelancaran roket tersebut sebagai satu lagi pencapaian yang hebat hasil kerja keras saintis mereka. - AFP



Sekian sahaja Friday Wrap untuk minggu ini. Selamat berhujung minggu.

"…Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Talaq:3)




















Post a Comment