FRIDAY WRAP (22-28 NOVEMBER 2013)

0 comments
Assalamualaikum wrt.

Insyaallah Friday Wrap minggu ini membawakan berita terkini dan hangat dari dalam dan luar negara.

Senjata Kimia Syria Hapus di Laut
Jumaat, 22/11/2013 



DAMSYIK - SYRIA. Lebih 1,000 tan senjata kimia Syria mungkin dihapuskan di laut jika tiada negara yang menawarkan diri untuk melakukan pemusnahan itu, menurut pemerhati kimia antarabangsa.

Jurucakap pegawai Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) Kristian Chartier berkata, bagaimanapun langkah itu belum diperincikan kerana sehingga kini pihaknya masih belum menemui kaedah pelupusan sisa toksik itu secara teknikal.

“Ada perbincangan mengenai kemungkinan memusnahkan senjata terbabit di atas kapal sama seperti dilakukan Jepun,” katanya kepada Press TV.

Taufan Haiyan: Angka korban meningkat kepada 5,200
Sabtu, 23/11/2013


MANILA- Angka kematian akibat Taufan Haiyan meningkat kepada lebih 5,200, menjadikannya antara bencana paling dahsyat yang pernah melanda Filipina.

Selepas dua minggu taufan terkuat di dunia itu membadai sebahagian besar wilayah di Filipina, kerajaan mengesahkan bilangan yang terkorban meningkat daripada 1,200 kepada 5,209, dengan 1,611 lagi dikhuatiri masih hilang. 


Krisis Kemanusiaan Meruncing di Gaza
Sabtu, 23/11/2013
 


GAZA, PALESTIN- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza akibat sekatan Israel.

Penyelaras bagi bantuan Kemanusiaan PBB, James Rawley memaklumkan tidak banyak perubahan dapat dilihat selepas insiden serangan ganas Israel kira-kira 12 bulan lalu.

"Situasi di Gaza semakin buruk selepas wilayah itu mengalami krisis bekalan kuasa elektrik yang berpunca daripada kekurangan bekalan bahan api," katanya pada laporan Press TV.


Iran Batas Program Nuklear
Isnin, 25/11/2013



Usaha sedekad halang rancangan bom atom

GEVEVA- Iran bersetuju untuk membatasi program nuklearnya dalam satu perjanjian awal penting yang dicapai semalam dan disifatkan kuasa dunia sebagai langkah paling besar dalam usaha sedekad untuk menghalang program bom atom Tehran.

Tehran dengan bangga menyifatkan perjanjian yang melepaskan sekatan terhadap Iran dan mengiktiraf haknya untuk program pengayaan uranium. 


Operasi Kerajaan Lumpuh
Rabu, 27/11/2013
 


BANGKOK- Operasi beberapa kementerian di Thailand lumpuh, apabila penunjuk perasaan anti kerajaan Thailand menawan lebih banyak bangunan kerajaan di Bangkok dalam usaha untuk menumbangkan pemerintah, ketika Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen dan kuasa kumpulan perusuh.

Berpuluh ribu penunjuk perasaan berhimpun menentang Yingluck dan abangnya, Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dalam bantahan jalanan terbesar sejak 2010, apabila lebih 90 orang awam terbunuh berikutan tindakan keras tentera. 


Mesir Tutup Rangkaian Stesen TV Al-Jazeera
Rabu, 27/11/2013

KAHERAH- Kerajaan Mesir yang terdesak untuk menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin, melancarkan serangan diplomatik terhadap penyokong gerakan di luar negara yang dikatakan menghulurkan bantuan senjata dan dana kepada pergerakan itu. 

Dalam tindakan terbaru mereka selepas Morsi digulingkan, mereka menyasarkan Qatar, satu-satunya negara Teluk yang secara terbuka menyokong Ikhwanul Muslimin dengan menutup rangkaian televisyen Al-Jazeera. 



Rejim Asad Ikrar Tidak Akan Menyerahkan Kuasa
Rabu, 27/11/2013

Kerajaan Syria berkata ia akan menghadiri rundingan damai tetapi membangkang dakwaan untuk presiden meletak jawatan sebagai  "khayalan ".  Pemberontak (baca: Tentera Pembebasan Syria) mengatakan mereka tidak akan mengadakan perbincangan jika Assad kekal berkuasa.

Kerajaan Syria berkata kedudukan Bashar al -Assad sebagai presiden bukan untuk rundingan damai, memanggil tuntutan tersebut oleh pembangkang "khayalan dan impian ".

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar melalui agensi berita SANA pada Rabu, berkata delegasi yang akan pergi ke Rundingan Geneva II pada bulan Januari, tetapi Assad tidak akan menyerahkan kuasa.

"Zaman penjajahan, dengan pemasangan dan menggulingkan kerajaan akan berakhir. Mereka mesti bangun dari mimpi mereka, " kata penyokong Bashar. "Jika mereka berkeras khayalan ini, tidak ada keperluan bagi mereka untuk menghadiri Geneva II. "

Wanita Mesir Dipenjara Selama Beberapa Tahun Disebabkan Demonstrasi Aman
Rabu, 27/11/2013


KAHERAH - Sekumpulan wanita dihukum penjara 11 tahun bagi bantahan secara aman di Alexandria, setelah Perdana Menteri kudeta Mesir telah memberikan sekatan ketat melalui undang-undang untuk menyekat lagi demonstrasi awam. 

Wanita tersebut yang merupakan penyokong presiden yang telah digulingkan Mohamed Morsi , menerima hukuman penjara 11 tahun pada hari Rabu ini. Tujuh orang lagi remaja bawah umur direman untuk tahanan juvana termasuk yang paling muda dalam kumpulan itu ialah remaja berusia  15 tahun .

Enam lelaki , digambarkan oleh pendakwa raya sebagai pemimpin Ikhwan Muslimin, telah dihukum 15 tahun penjara dengan tuduhan" organisasi pengganas ".

Dalam sidang akhbar juga pada Rabu, Hazem el- Beblawi , Perdana Menteri interim , mempertahankan undang-undang baru memerlukan  rakyat memohon kebenaran sebelum berarak dalam demonstrasi aman sebagai " langkah yang perlu ".

Rwanda Lancar Program Khatan, Cegah AIDS
Khamis, 28/11/2013

KIGALI , RWANDA-Rwanda kelmarin menjadi negara pertama di dunia melancarkan program khatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara itu.

Menteri Kesihatan Agnes Binagwaho berkata, prosedur tanpa pembedahan itu telah disahkan secara klinikal dan ia juga boleh dilakukan tanpa ubat bius.

"Program ini akan dilakukan ke atas 700,000 lelaki berumur 15 hingga 49 menjelang akhir 2016," katanya.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP, jurucakap kerajaan memberitahu berkhatan adalah salah satu daripada strategi utama untuk mewujudkan generasi bebas Aids di Rwanda, di mana kira-kira 210,000 di negara tersebut dilaporkan dijangkiti penyakit pembawa maut itu.



Sekian sahaja ringkasan berita untuk Friday Wrap minggu ini.

“Dan katakanlah (Muhammad) ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong(ku)”
Surah Al-Isra’ (17:80)

Bersama mendalami erti hijrah. Wallahualam. 




Post a Comment

Tangguh Kerja???

0 comments

Bismillahirahmanirahim

Tanya sama pokok, apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok, angin yang goncang…

Tanya sama hati, kenapa bersedih diri?
Nanti jawab hati, kerja tak siap lagi…


Mari kita pinjamkan sedetik dua dari masa kita untuk berfikir. Berfikir, berapa banyak kerja kita yang masih tertangguh… Satu? Dua? Tiga? Atau menggunung banyaknya?

Bertangguh kerja?

Bertangguh maksudnya SENGAJA melambatkan atau berlengah-lengah dalam menyelesaikan sesuatu urusan dengan menggunakan alasan yang tidak penting. Sekiranya sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan atas urusan yang lebih tinggi prioritinya, maka itu bukanlah suatu yang kita panggil bertangguh kerja.

Jadi kitakah orang yang bertangguh kerja itu? Tepuk dada tanya diri.

Tapi adakah kita sekadar ingin bertanya diri tanpa melakukan sesuatu? Jadi mari kita lakukan sesuatu untuk ubah sisi diri kita yang suka bertangguh ini.

5 langkah mudah bagi mengelakkan kerja bertangguh

a) Mari kita buat senarai.

Pasti semua sudah biasa mendengar perkataan “To-Do-List”. Oh, ini bukan senarai kerja untuk suri rumah sahaja. Malah kita sebagai seorang pelajar patut ada senarai perkara yang perlu dilakukan. Kita boleh menyenaraikan perkara yang perlu kita lakukan dalam sekeping kertas comel dan tampal di tempat yang mudah kita lihat. Jika punyai telefon pintar, itu lebih mudah.

Lambakan aplikasi di telefon pintar boleh kita muat turun dan jadikan aplikasi itu sebagai peringatan.

b) Bahagikan kerja dalam kategori mudah

Contohnya : Penting dan harus siap segera (assignment atau kerja rumah yang perlu siap segera)
Penting tapi boleh ditangguhkan ( up date blog peribadi)
Kurang penting tapi perlu lakukan sekarang ( Membasuh baju)
Kurang penting dan boleh ditangguhkan ( membeli belah)

c) Selesaikan kerja terdahulu

First thing first. Laksanakan kerja mengikut kategori yang kita rangkakan dan ikut keutamaan kerja tersebut. Dalam setiap kategori, lebih mudah jika kita selesaikan kerja yang mudah terlebih dahulu dan teruskan dengan kerja yang panjang. Apabila kita selesai dalam melaksanakan kerja yang mudah, kita boleh dapat momentum dalam menyempurnakan sesuatu kerja seterusnya. Dalam perihal kerja yang panjang pula, kita boleh pecahkan kerja tersebut kepada beberapa bahagian. Kita ambil analogi dalam proses makan daging ayam turki yang besar. Sebelum makan kita pasti akan potong daging tersebut kepada beberapa bahagian kecil. Sama juga dalam melaksanakan suatu kerja yang besar atau panjang.

d) Deadline

Dalam setiap tugasan, kita perlu peka tentang tarikh akhirnya. Maka seharusnya kita selesaikan sesuatu sebelum deadlinenya tiba. Disiplin yang tinggi amat penting dalam aspek ini. Insyallah jika ada keazaman, kita tidak akan terlepas deadline yang ditetapkan.

e) Mindset

Sila ubah mindset atau cara fikir kita sebelum melakukan sesuatu kerja. Buang dan campak jauh-jauh semua anasir keraguan di dalam diri kita. Kita harus yakin kepada diri kita bahawa kita mampu menyelesaikan setiap tugasan tepat pada waktunya. Seseorang itu tidak akan memberi sesuatu tugasan jika dia tahu kita tidak mampu melaksanakannya. Just Do It!

Jadi.. apa tunggu lagi?? 5 tips mudah dah tersedia ada. Bak kata pepatah cina “Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama”. Kalau kita tidak berani dalam ambil langkah pertama, tiada kerja yang mampu kita selesaikan. Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum,sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”

(Surah Ar-Ra’du 13:11)

Selamat mengelakkan kerja bertangguh. Tenangkan hati, senyum, ceria dan mulakan!

Wallahua'lam


Post a Comment

MASJID DI RUSIA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt.
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, yang mana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Tempat yang paling dicintai Allah di permukaan bumi ini adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.”
(Riwayat Muslim)

Berhubung hadis ini, Imam Nawawi telah menyatakan, “Maksud sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam ‘tempat yang paling dicintai Allah di permukaan bumi ini adalah masjid’, adalah disebabkan masjid merupakan tempat untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah dan dibina berlandaskan takwa, sedangkan maksud sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam ‘tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar’, adalah disebabkan pasar merupakan tempat orang membuat kecoh dan menipu, tempat terjadinya riba, sumpah palsu dan pengkhianatan janji, dan merupakan tempat orang lalai dari zikrullah dan lain-lain.”
 
JOM KITA KENAL MASJID DI LOKALITI ANDA! ^_^

~ MOSCOW ~


Masjid Bersejarah (Историческая Мечеть)









 Lokasi:Metro Novokuznetskaya

 Panduan ke masjid:keluar melalui laluan keluar metro Novokuznetskaya dan pusing   
                               kiri.selepas itu,akan nampak laluan tramvai,berjalan mengikut laluan 
                               tramvai sehingga jumpa дом мёд (rumah madu).selepas itu,belok ke kiri 
                               dan terus berjalan hingga jumpa pagar hitam dan belok kanan.

Alamat: 115184, г. Москва, ул. Большая Татарская, д. 28, стр. 1,2

Fasiliti:   Dalam kawasan masjid terdapat kedai muslim yang menjual pelbagai produk halal 
             (ayam halal, sosej, kalbasa) dan juga kedai menjual barangan seperti tasbih, sejadah, 
             kopiah dan pakaian muslimah.Selain itu juga,terdapat kafe halal yang menjual 
             pelbagai juadah makanan seperti Plov, Lagman dan teh.



 Masjid Peringatan (Мечеть Мемориальная) 




Alamat : Minskaya street, 2B. Metro station Park Pabedey 

Phone : (495) 449-8113

Penerangan:   Masjid ini terletak di puncak sebuah bukit dimana banyak orang disana 
                      bersujud seraya berdoa sambil menghadap ke kota Moskow. Masjid ini 
                      dibangun untuk menghormati tentara muslim yang gugur di medan perang 
                      untuk kemenangan saat Great Patriotic War, selang tahun 1941-1945. Arsitek 
                      masjid adalah seorang arsitek Moskow, Elias Tazhiev. Penampilan masjid ini 
                      merupakan gabungan gaya arsitek dari Islam Timur seperti Tatar, Uzbekistan 
                      dan Kaukasia. Masjid ini telah menjadi salah satu elemen arsitektur yang paling 
                      asli di ibukota.


~ VOLGOGRAD ~
Masjid Lingoranskaya




 Penerangan:Masjid yang terdekat bagi para pelajar muslim di Volgograd.
                       Masjid ini merupakan hasil usaha pelajar palestin yang belajar di sini dahulu.
Panduan untuk ke masjid:
Dari vokzal, anda boleh menaiki masyrut 88 dan bas 88 dan 2 (last stop bagi ketiga-tiganya). Bas juga boleh diambil dari astanovka lain (chekistov, zharpizza, depan universiti etc). Semuanya akan lalu depan masjid (скажите у мечети пожалуйста). Tambang bas=12 rub. Perjalanan mengambil masa selama 20-30 minit

Panduan pulang ke rumah:
Dari masjid, anda perlu berjalan 10-15 minit ke jalan besar, lintas jalan untuk sampai ke astanovka yang merupakan last stop bagi masyrut 52 (masyrut ini akan pergi ke centre, bagi pelajar yang menginap di hostel Hiroshima boleh stop di Komsomolskaya dan tukar masyrut lain)
Terdapat beberapa masyrut dan bas lain yang juga pergi ke centre.

Fasiliti:
- pada hari Jumaat, akan ada pelbagai jualan (daging, madu, samsa, kitab-kitab etc) di masjid
- dalam perjalanan ke masjid, akan lalu Kitai Gorod (menjual baju, kasut dan lain-lain)
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat Thabrani)
 
 
~ NIZHNY NOVGOROD ~  
Nizhegarodskaya Sabornaya Mechet 


Lokasi : Ploshad Sennaya, Nizhny Novgorod (masjid terletak berdekatan dengan stesen   
               kereta kabel ke Bor)

Panduan untuk ke masjid :
Dari hostel, anda hanya perlu menaiki bas no.2 (direct) atau bas no. 72,85 transit di Kazanskoye Shasse dan meneruskan perjalanan menaiki bas no. 45,40,90. Stesen yang terdekat adalah Ploshad Sennaya. Perjalanan memakan masa 30 - 45minit.

Penerangan tentang masjid :
Masjid ini merupakan masjid yang sering menjadi tumpuan pelajar Nizhny Novgorod untuk menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidiladha.  

Fasiliti :
Dalam kawasan masjid terdapat kedai muslim yang menjual pelbagai produk halal (ayam halal, sosej, kalbasa). Selain itu, kedai ini turut menjual barangan seperti tasbih, sejadah, kopiah dan pakaian muslimah.
 
~ ST PETERSBURG ~
Sobornaya mechet (Соборная Мечеть)


Lokasi : Kronverkskiy prospekt 7, 197046, St Petersburg, Russia.

Panduan : Masjid ini terletak berdekatan dengan Metro Gorkovskaya. Dari Metro Gorkovskaya, jalan terus ke arah utara melalui Kronverskiy Prospekt. Masjid akan berada di sebelah kiri anda.

Penerangan : Di sebelah kiri masjid ini terdapat kedai muslim yang menjual daging dan ayam mentah halal. Berdekatan dengan masjid ini juga terdapat Restoran Kebab (Shaurma) Halal menjual makanan yang enak dengan harga yang berpatutan!
 
~ KURSK ~

Penerangan:Kursk tidak mempunyai masjid kerana ikon lokaliti yang dianggap sebagai salah satu tempat suci untuk penganut agama Kristian Ortodoks.Pihak universiti telah mengambil inisiatif untuk menyediakan sebuah surau yang terletak di Hostel No. 5 dan juga sebuah lagi di Hostel No. 4. Kebiasaannya, surau yang menjadi tumpuan utama pelajar-pelajar Muslim untuk menunaikan solat Jumaat atau solat sunat Aidiladha ialah surau yang terletak di Hostel No. 5
Lokasi:
Surau Hostel No.4- terletak di Ulitsa Karla Marksa 69г. Surau ini terletak di tingkat enam di asrama ini.
Surau Hostel No. 5-terletak di Ulitsa Akhtirskaya 2 dan terletak sangat berdekatan dengan Kursk State Medical University (KSMU). 
Panduan ke surau:
Surau Hostel No.4-Pelajar boleh menggunakan mana-mana bas (terutamanya bas tertulis CXA) untuk ke stesen bas Shkolnaya untuk ke asrama ini. Seterusnya, pelajar haruslah berjalan kaki ke asrama ini dan jarak stesen bas Shkolnaya ke asrama ini adalah kira-kira 10 minit
Surau Hostel No.5-pelajar hanya boleh berjalan kaki ke surau ini melalui pintu belakang kampus ke Hostel No.5 yang terletak di kawasan belakang university sahaja. Surau ini terletak di tingkat pertama di asrama ini
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS At-Taubah: 18)

Wallahu’alam.
 p/s:Di Rusia kini, sebanyak 4,750 buah masjid telah terdaftar secara rasmi.


Post a Comment