Music Review: Mr Bie

1 comments


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt.


Sedang kita asyik terbuai dan leka dgn hiburan masa kini, jangan dilupa matlamat utama kita iaitu selain berjaya di dunia, di akhirat juga kita pasti mahukan kejayaan juga. Jadi, mari kita menggunakan sumber-sumber hiburan masa kini yang hangat dan popular terutamanya di kalangan remaja-remaja untuk dijadikan bahan supaya kita mengingati Tuhan.



Contohnya muzik. Muzik jg merupakan salah satu cabang hiburan yang diminati para remaja zaman sekarang. Mungkin bukan hanya remaja tetapi semua lapisan masyarakat bermula dari yang kecil hingga ke yang tua. Pernah dengar tentang parodi muzik? Parodi muzik juga tidak kurang popularnya jika dibandingkan dengan lagu asal. 



Yang nak diceritakan sekarang sebenarnya mengenai Mr.Bie. Kenal? Alhamdulillah, masih ada lagi kelompok manusia yang masih mengingati Tuhan dan bersama-sama membawa saudara-saudaranya ingat pada Yg Maha Satu. Mr.Bie suka mengubah lirik lagu dan yang penting, lirik-lirik yg diubah tu semua mengenai agama dan Tuhan. 



Yang menariknya pasal Mr.Bie ni, dia pandai memilih lagu untuk di'parodi'kan. Semua lagu yang sedang hangat. Contohnya, Gwiyomi, Putih-putih Melati, Carta Hati, Terukir di Bintang, Sayang, Utk Dia dan banyak lagi. Memang semua orang akan timbul niat dihati untuk mendengar nasihat dalam lagu dia. Sambil-sambil dengar, sambil-sambil ambil pengajaran. Sambil menyelam minum air.



Setakat ini, saya sebagai penulis tak jumpa lagi biodata pasal Mr.Bie ini. Kalau ada orang nak share dkt komen insyaAllah boleh. Silakan. Channel Youtube Mr.Bie ni namanya vitaminbie's. Bolehlah subscribe kalau nak dapat latest update tentang lagu-lagu parodi islamik terbaru. InsyaAllah. Mungkin version lagu boleh buat otak segar sikit walaupun input tak sebanyak bila kita dengar ceramah tapi sekurang-kurangnya ada unsur islamik di situ.






Sekian.




1 comment

Post a Comment

Mari Bersukan!

0 comments

Assalamualaikum wbt.

[Kredit]

Sinarnya matahari,angin yang bertiup,awan yang bergerak,pokok yang menghijau dan banyak lagi.Dengan nikmat yang Allah bagi ini,bagaimana perlu kita manfaatkan?Patutlah kita bersyukur dengan nikmat ketenangan jika kita bandingkan dengan rasa bahaya,ancaman dan ketakutan.

Selain kita melihat alam sekeliling,yang telah Allah kurniakan pada kita,jom kita lihat pada diri sendiri.Bukankah tubuh badan ini juga merupakan amanah Allah.Kita sibuk dengan tugasan harian kita.Kadang-kala kita terlupa mengenai amanah tubuh badan ini.Padahal tubuh badan dan jasad inilah yang membantu kita menyempurnakan tugasan harian kita.Janganlah kita abaikan hak tubuh badan ini sehingga kita jatuh sakit.

Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak atas dirimu.(HR. Imam Muslim)


Bagaimana ya kita nak menjaga amanah tubuh badan ini?Sudah pastinya dengan bersenam,riadah,mengamalkan diet yang tidak berlebihan dan sebagainya.Jom kita rujuk pada Al quran dan idola kita,Rasulullah SAW.


Allah berfirman dalam Al Qur’an surat Al A’raf ayat 31:

“Hai anak Adam, kenakan pakaianmu yang indah di setiap memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang belebih-lebihan.”


Rasulullah SAW menganjurkan semua muslim berolahraga secara rutin sebagai upaya untuk menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Sabda baginda: “Ajarilah anakmu (olahraga) berenang dan memanah” (HR.Dailami).


Olahraga yang dilakukan secara rutin dapat membawa kepada perkembangan jiwa sambil meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri .Selain untuk menjaga stamina olahraga berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh, sehingga tidak mudah diserang penyakit.Seperti yang anda tahu,mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Moga kita tidak membiarkan tubuh badan ini lesu,pasif kerana tubuh badan yang sihat amatlah berguna dalam cara hidup Islam itu sendiri.Janganlah kita jadikan alasan kesempitan masa untuk mengelak dari menunaikan hak pada tubuh badan.Tanggungjawab menunaikan hak pada tubuh badan itu sentiasa melebihi masa yang ada.Semoga kita bukanlah dalam golongan yang disoal mengenai kezaliman yang kita dah lakukan pada tubuh badan hari akhirat kelak.Jom kita mula dan teruskan menjaga hak kepada tubuh badan supaya kita sentiasa sihat,dapat menjadi orang yang bermanfaat di muka bumi ini dan dalam emosi yang sempurna.

Wallahu'alam.


Post a Comment

Resipi: Butter Prawn

1 comments

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Sedar tidak sedar, tinggal dua bulan sebelum pulang ke rumah. Apabila pulang ke Malaysia, banyak makanan tempatan yang dapat dimakan dengan enak seperti makanan laut, antaranya Udang! Udang sedap dimasak sambal, diletak dalam sayuran atau goreng tempura. 

Kali ini, team kulinari Azam akan membawakan resipi udang yang lain dari lain, tetapi mudah. Jangan risau jika anda tidak pernah mencuba, kerana dengan mencuba, kita akan dapat membuat sesuatu yang baru. 


Bahan-bahan

- Udang
- Bawang besar
- Bawang kecil
- Cili padi
- Butter
- Telur 2-3 biji
- Kunyit
- Garam

Cara-cara

1. Gaulkan udang dengan kunyit dan garam.


2. Goreng udang dengan butter, kemudian keluarkan dari periuk. 

3. Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili padi dengan butter. Jika tidak mencukupi, boleh tambah butter. 

4. Apabila sudah kelihatan layu dan baunya sedap, kemudian letakkan udang yang telah digoreng. 

5. Masukkan telur yang telah dikacau dan gaul rata di dalam periuk. Letakkan garam secukup rasa. Siap!

Selamat mencuba!


1 comment

Post a Comment

Azam Menunaikan Umrah Menggerakkan Hati Ini

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke sini suatu hari nanti. Amin. [Kredit]

          Sudah lama terpahat azam di hatiku untuk menunaikan haji. Aku sudah pun berdaftar di Tabung Haji. InsyaAllah, sekarang aku sedang menunggu panggilan Ilahi ke Bumi suci Makkatul Mukarramah. Pada suatu hari, aku melihat peluang, yakni dari segi kelapangan masa, untuk aku menunaikan umrah bersama abang kandungku. Tidak mengapalah jika giliranku untuk menunaikan haji belum tiba. Sementara itu, apa kata jika aku pergi menunaikan umrah dahulu? SubhaAllah! Teringinnya! Aku dan abangku pun mula merancang. Semangatku melonjak-lonjak.

         Setelah membuat perancangan yang entah jadi, entah tidak, aku mula melayari internet untuk mengetahui persediaan-persediaan yang diperlukan bagi menunaikan umrah. Aku terkena tamparan yang hebat bilamana aku terbaca akan pentingnya persediaan fizikal. Benarlah. Aku mesti kuat. Tawaf dan sa'ie, dua-dua ibadah menggunakan fizikal badan. Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pastinya penting untuk aku menjaga kesihatan dan membina stamina diri. Mana tidaknya, aku seorang yang malas bersukan. Walau berapa ramai pun yang menasihatiku agar bersenam, aku masih berdegil sedangkan ia adalah baik untuk kesihatan diriku sendiri.

Kita mampu mengubahnya. [Kredit]

         Aku tidak sedar akan pentingnya senaman dalam hidup seorang Muslim sehinggalah aku membaca mengenai kepentingan membina stamina sebagai persediaan untuk menunaikan haji dan umrah. Namun, aku telah membatalkan rancangan aku menunaikan umrah bersama abangku atas sebab-sebab yang tertentu. Sedih. Tapi aku tahu bahawa rancangan Allah itu adalah yang terbaik. Alhamdulillah, kini aku sedar akan kepentingan bersukan. Aku tidak lagi seperti dulu. Kini, aku lebih bersemangat untuk bersenam. Azam menunaikan umrah menggerakkan hati ini. Semoga kalian juga bersemangat untuk melakukan senaman dan semoga Allah menerimanya sebagai ibadah kepadaNya. AllahummaAmiin.

         Insya Allah semoga dengan keazaman yang tinggi untuk menyahut seruan Ilahi, kita cuba sedaya upaya  untuk menjaga kesihatan dengan selalu bersenam ataupun bersukan. Niatlah kerana Allah, insya Allah segalanya pasti terlaksana dengan izinNya yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Wallahu'alam.


Post a Comment

FRIDAY WRAP (19 APRIL - 25 APRIL 2013)

0 comments


In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam wbt and peace be upon you.
Azam Russia brings you the latest news update about what happening around the world now.





Palestine : Palestinian political prisoners, Samer Al-Eesawy, signed an agreement with Israel after prosecutors reached an agreement after 8 months of his release in return for ending their hunger strike.

Palestinian prisoners association lawyer, Jawad Boulos Al-Eesawy states continue to take supplements and vitamins as advised by the doctor and will end their hunger strike.

Speaking to his sister, lawyer Shireen Al-Eesawy, Samer thank him and all the support strike demanding the end of his detention illegal.




Palestine : Following the Chief Detention Affairs Committee, Amin Shauhan, confirmed that more than 1,000 Palestinian prisoners suffer from different diseases including 25 patients with cancer.

Prisoners face medical negligence inflicted by the Israeli prison service intended to kill them like what happened to the martyr Ashraf Abu Dra'a, Arafat Jaradat and Maysara Abu Hamdiya, he said.

He stressed that the colonists delay in dealing with hunger strikers demand Samer al-Issawi after failed repatriation to countries of Europe.






Sanaa, Yemen - An ongoing hunger strike by nearly half of Guantanamo's 166 prisoners has galvanised street protests outside the US embassy in Yemen, where detainees' long-suffering families have been raising their voices.

The current hunger strike, sparked on February 7 by what prisoners say was the mishandling of the Quran, has been said to be particularly brutal. Prisoners have reportedly been shot with rubber bullets, thrown into isolated cells and force-fed with tubes.

Of the prisoners who remain at Guantanamo, 86 have been cleared for release, sometimes repeatedly, but none have yet returned home.

They have been pushed to desperate measures. Remes, who currently represents 14 Yemeni prisoners in Guantanamo, said Salman told him this is the "first time everyone is striking to death".

One of US President Barack Obama's first promises in office was to close Guantanamo. He is now in his second administration, and human rights advocates and lawyers say the situation has worsened.

Almost 800 prisoners have passed through Guantanamo since it opened 11 years ago, said Zachary Katznelson, a lawyer with the American Civil Liberties Union (ACLU), but only 13 military commissions - heavily censored and seemingly skewed to the detriment of the defendants - have been convened.






Serbia : Serbia's nationalist President Tomislav Nikolic has personally apologised for the first time for the 1995 Srebrenica massacre of 8,000 Muslims, but stopped short of calling it genocide.

"I kneel and ask for forgiveness for Serbia for the crime committed in Srebrenica," Nikolic said on Thursday in an interview to be aired on Bosnian national television parts of which have been released on You Tube.

"I apologise for the crimes committed by any individual in the name of our state and our people," he said in the interview.

Nikolic's office confirmed to AFP news agency the authenticity of the statement.
Thousands of Bosnians, mostly Muslims, were killed by Serb soldiers during the Balkan War between 1992 and 1996.

After being elected last May, Nikolic caused a stir in the region by refusing to acknowledge that the massacre in the Bosnian enclave, was a genocide, despite it being ruled as such by two international courts.
Nikolic at the time said "there was no genocide in Srebrenica".

Until five years ago Nikolic was a top official of the ultra-nationalist Serbian Radical Party, which has denied that Serb forces committed crimes during the Balkans wars.

Its leader Vojislav Seselj is currently on trial for war crimes before The Hague-based UN International Criminal Court for the former Yugoslavia (ICTY).

While this marks Nikolic's first apology on Srebrenica, Serbia has in the past expressed regret over the deaths.

In 2010, the Serbian parliament passed an historic declaration condemning the Srebrenica massacre in a gesture ending years of denial by Serbian politicians about the scale of the killings, but Nikolic at the time did not support the move.



keep sending your du'a to them.. 

till next time, 
may Allah bless.




Post a Comment

Malas Itu Ubatnya Rajin!

0 comments

Sahaja Aku Berubah Kerana Allah Ta’ala.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada kita untuk membaca entri ini.Alhamdulillah. Tidak lupa juga selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua insya Allah.

Malasnya nak tulis entri ini.Bisikan itu sering berlegar di fikiranku. Arghhh!
Pedulikan semua itu. Itu syaitan punya kerja.Aku tidak boleh kalah dengan syaitan. Camtuhaa.. (trend matlutfi).

Kalau malas-malas, semua pun tak boleh! Haiyaa. [Kredit]

MALAS? Malas itu apa ya? Malas itu adalah sejenis penyakit.Serius ?? Dan awas! Ianya hanya mampu diatasi dengan sifat rajin.

Ya, saya tidak tipu anda. Dan itulah ubatnya, iaitu rajin. Bosannya baca entri ini, asyik malas dan rajin ja.Semua orang dah tahu la. Dah la, malas nak baca.  (Okay, dah nampak permainannya di situ).

Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari penyakit ini. Benar? Kita ini kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.Bila “time” rajin tu, masya Allah, kalah pembantu rumah. TAPI kalau malas tu, astaghfirullahal’azim.. Tak terbayang dahsyatnya. Bilik dah macam kena gempa bumi. Kerja bertimbun tak siap. Futur macam tahap dewa. (okay, ini over).

Habis tu, nak buat apa? Haa, jom kita cuba baca kisah di bawah ini.

Situasi 1:

Ali        : Ahmad, jom kita pergi surau tu petang nanti. Aku dengar ada ustaz ajar mengaji tiap-tiap petang. Jom la, ajak adek kau skali.

Ahmad: Alaa, malas la pulak. Lagipun ni haa, aku ada banyak kerja xsiap ni. Xpala, kau pergi ja nanti. Kalau aku rajin aku pergi laa. (sedang mencari alasan untuk menyelamatkan diri).

Saya yakin, ramai di luar sana (termasuk yang menulis entri ini) pernah melakukan seperti di atas.Kita boleh lihat , sebenarnya yang menghalang kita melakukan kebaikan hanyalah diri sendiri yang malas. Okay, dah dapat “keypoint” di situ. MALAS. (Tunduk dengan kelemahan diri sendiri).

Situasi 2:

Minah   : Ros, kau masak apa hari ni?

Ros      : Entahlah Minah. Aku malas betol nak masak hari ni. Masak sekadar nak kenyang perut ja. Malas aku nak masak “heaven-heaven”. Lagipon, homework aku banyak tak siap lagi.

Minah : Hurmm, nanti lepas zohor, teman aku pergi shopping nak?  Aku nak beli something la.

Ros      : Boleh aja. Yeayy! Lagipon aku dah lama tak shopping ni. (terus lupa tentang homeworknya yang belum siap)

Oh! Tidak! Jangan begini sahabat-sahabatku sekalian. [Kredit]

Tepuk dahi. Astaghfirullahal’azim. Itulah saya, haiyaa. Kantoi pulak. Saya gurau saja.

Kita sebagai manusia memang tidak dapat melawan 100% fitrah itu. Tapi, kita mampu sebenarnya untuk berubah sedikit demi sedikit. Senyum. Rasa lega sedikit. Alhamdulillah.

Perlu diingatkan bahawa Allah sentiasa memandang usaha kita.Berapa banyak usaha kita untuk terus bermujahadah dan istiqamah dalam perubahan, Allah sedang mengira insya Allah. Jadi, jangan takut dan jangan sedih wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah.

Sebab apa kita tidak perlu sedih dan takut ya? Haa, sebab Allah kan dah janji dengan kita semua.

Seperti firman Allah di dalam al-Quran [ ar Rum 30: 6]

“(Itulah) janji Allah.Allah tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Sentap pulak rasanya. Allahuakbar. Kita semua tahu yang janji Allah itu tidak ada yang palsu.
Kalau kita tidak dapat rasai nikmat itu di sini, insya Allah di sana pasti menanti. Insya Allah. Semuanya dengan rahmat Allah.

Jadi, mengapa perlu malas. Malas itu bukan sifat manusia. Cuba kita fikirkan, kalau kita malas, apa yang akan kita dapat? Macam cari kerja la jugak, kita hanya duduk di rumah goyang kaki. Adakah kerja itu yang akan memanggil kita? Tidak. Perlu ada usaha, perlu ada doa, dan perlu ada tawakkal hanya kepada Allah.

Semua orang tahu tentang firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka “ (Ar Ra’d 13: 11).

Sahaja aku berubah kerana Allah Ta'ala. [Kredit]

Ya laa, dah tahu. Tapi still malas jugak. Macam mana nak buat ni? Baru-baru saya ada mendengar satu talk. Masya Allah, hebat kalamnya. Sampaikan hati saya terasa sangat-sangat. Alhamdulillah. Haza min fahdli Rabbi. Semua ini hanyalah kurniaan dari Allah semata-mata.

Dipetik dari kata-kata seorang Syeikh  Tawfique Chowdhury , dari videonya ( ada link di bawah insya Allah)

 

Very soon, Allah will give us a massive reward, and make us happy, 
Very soon, o Muslimin, Allah will give us Jannah insya Allah, and make us happy,
Very soon, insya Allah Allah will give us victory and make us happy,
Very soon, we will go to Jannah insya Allah.. insya Allah.

 

 https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KoqhNz7wD3I

 

Ayuh! Mari kita memperbaharui niat kita mulai saat ini. Insya Allah sama-sama kita berlari menuju Jannah. Sahaja aku berubah kerana Allah Ta’ala. Semoga kita bertemu di Jannah insya Allah. Amin

 

Wallahu’alam.

                                   




Post a Comment

KULIAH ONLINE BAITUL MUSLIM BERSAMA UMMU ATIFAH

0 comments
Assalamualaikum wrt..InsyaAllah, jadual kuliah online bersama UmmuAtifah bagi minggu ini. Jom sama-sama kita berada dalam taman syurga di dunia ^_^

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 23 April 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah



terlepas edisi taman syurga minggu lepas?tidak mengapa,kami sediakan sedutan daripada nota kuliah minggu tersebut insyAllah :)

Rezeki Dan Pencarian Syurga


surah al-Baqarah (2:25) 

Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga mereka berkata, ‘Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka telah diberikan buah-buahan yang serupa. Dan disana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.

Allah memberikan gambaran syurga yang dapat dinikmati oleh orang-orang beriman untuk memotivasikan kita. Allah tarik hati dengan khabar gembira : gambaran kenikmatan syurga sekiranya kita taat kepada Allah, cinta dan ikhlas kepada Allah. Melakukan amal tanpa pernah kenal jemu dan penat lelah. Melalui ayat ini, Allah panggil dengan begitu lembut , memberi khabar gembira dan janji yang benar -  kenikmatan syurgawi yang tiada bandingan di dunia.  Maka, hati orang-orang yang beriman akan rasa  terpanggil untuk mengampai syurga.  




seronok bukan gambaran syurga itu? :)
hati terpanggil-panggil untuk membaca lebih lanjut? boleh, tiada masalah, sila jangan segan mahupun silu untuk tekan pautan di bawah yang bakal membawa anda kepada keseronokan taman syurga insyaAllah. v(n_n)v

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/04/rezeki-dan-pencarian-syurga.html


moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dan selamat beramal! salam wrt :)


Post a Comment

Robot Yang Bernyawa

0 comments

ROBOT YANG BERNYAWA!

Bismillahirrahmanirahim.

      Kehidupan kita sebagai pelajar menjadikan kehidupan kita tak ubah macam robot. Ya,robot yang bernyawa. Bangun pagi pergi kelas, balik makan, belajar dan tidur. Kitaran yang sama berulang-ulang. Tanpa penat lelah. Tak salah pun untuk belajar. Islam sendiri pun mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Tapi, kalau kita hanya menumpukan proses pembelajaran 24 jam sahaja, lambat laun badan kita akan menjadi lemau juga. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal!

Yeahh! [Kredit]
               
Rasulullah SAW bersabda : “ Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang yang lemah. “ (Hadis riwayat Muslim)

       Tengok, Rasulullah sendiri mengingatkan umatnya untuk menjaga kesihatan dan "maintain" kuat. Dengan mengekalkan kecergasan tubuh badan, kita akan dapat menunaikan amal ibadah dengan lebih sempurna dan khusyuk. Kita juga mampu menyerap ilmu dengan mudah. Bayangkan, kalau badan kita mula sakit-sakit ataupun sentiasa keletihan, sudah tentu kita bermalas-malasan untuk beribadah, selalu tinggal kelas, dan susah untuk menghadam apa yang dipelajari. Kan?

       Melihatkan cuaca yang sekarang yang makin hari makin cantik, musim pun dah bertukar, tiada alasan lagi untuk kita malas untuk beriadah. Dengan berjalan-jalan di sekitar taman pada waktu petang juga dikira sebagai riadah. Tak perlulah bersusah payah menghabiskan duit membeli bermacam alatan semata-mata untuk beriadah. Semua nanti nak dibeli. Raket badmintonlah, raket tenislah, basikallah, bolalah. Macam-macam. Kalau boleh, satu kedai nak borong. Boleh je nak beli, tapi jangan sampai membazir.Besederhanalah dalam beriadah. Mungkin duit tu boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih penting.Senyum. 

        Dalam keghairahan kita untuk beriadah, jangan sampai kita mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan lalai dalam menunaikan kewajipan solat. Riadah riadah juga, janganlah sampai menambahkan dosa. J

       Firman Allah : “ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan,dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatnya kepada hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” ( Surah al-A’raaf : 26)

Huhu. [Kredit]

    Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan beriadah. Jangan rasa beriadah itu membuang masa. Jangan rasa malas. Itu semua hasutan syaitan yang inginkan anak-anak Adam menjadi lemau dan xbertenaga. Kalaupun malas untuk keluar menghirup udara yang segar diluar, boleh juga beriadah dalam bilik. Mungkin dengan bersenamrobik bersama-sama teman sebilik, atau apa-apa sahaja yang aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Jadilah kita umat Islam yang kuat dan cerdas tapi jangan menjadi robot yang bernyawa!  Assalamualaikum.

Wallahu'alam. 




Post a Comment

DIY: White board and Schedule Board

0 comments

 Membuat jadual dari bingkai gambar!

Assalamualaikum wrt
Kini Azam Russia membawakan kepada anda cara mengasah kretiviti, cara berjimat dan yang paling penting, cara menyusun jadual anda dengan lebih efisien.

Barang-barang utama yang diperlukan:
1. Bingkai gambar
2. Kertas bersaiz A4
3. Gunting dan gam
4. Riben atau apa-apa alat menghias mengikut kreativiti

Langkah-Langkah
Langkah pertama, buka bingkai gambar anda, dan keluarkan kad atau kertas yang disertakan dengan bingkai semasa dibeli. 

Langkah kedua, balut kad tadi dengan kertas A4 yang telah disediakan. Ataupun untuk lebih mudah, gantikan kad tadi dengan beberapa lapisan kertas A4. Kertas A4 tadi boleh dalam apa-apa warna mengikut kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

Langkah ketiga, susun dan tutup semula bingkai gambar anda yang dah pun siap untuk dijadikan papan putih.


Langkah keempat, hias mengikut kreativiti anda!


Selamat mencuba!


Post a Comment

[FOTO] STIG X – PENERUS TRADISI, PENCETUS INTEGRASI, PERKASA JISMI

0 comments
Stalingrad X-Malaysian Intervarsity Games
12-14 April 2013
Open Field, Academy & Manezh Sport Zal, Volgograd

















 
















Post a Comment

Tak yakin? Silap besar!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.


Acapkali apabila diuji kita akan melihat ujian itu sebagai satu seksaan atau malapetaka yang menyebabkan kesedihan atau kegusaran yang melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya. Terlalu cepat kita melatah. Tanpa kita sedari mungkin ini petanda rendahnya iman.

Maaf, gambar sekadar hiasan. [Kredit]

Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar daripada mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia.

Ouchhh! [Kredit]

"Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu."
Mengapa ini terjadi?

Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat daripada ilmu yang tersimpan di dalam akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh kita dan jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.

Hati yang membimbing kita untuk menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kesusahan atau ujian daripada Allah SWT. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak mungkin muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan daripada hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman . Iman yang datang daripada ilmu pengetahuan kita yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas boleh dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.

Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' dan janji-janji Allah SWT.

Keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap yang asas dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada enam perkara utama. Enam perkara ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar kecuali dengan petunjuk iaitu di dalam Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah SWT hendak menguji keyakinan kita. Yakni haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud berserah kepada kepada Allah SWT tanpa bersebab atau bukti.

Rukun iman ada berapa? Enam.. [Kredit]
Kuncinya, yakin dan percaya.

Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalkan Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"

Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."
Hajar membalas dengan yakin: "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."


Halangan?
Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah SWT? Tidak cukupkah pengajaran di dalam Al-Quran mengenai janji-janji Allah SWT yang tepat. Kita terbiasa melihat medium atau alat yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah SWT. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu "someone to be blame". Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah SWT dan ini semua hanyalah ujian.


Kesimpulan

Takdir Allah SWT itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah kembali kepada Allah SWT. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.

Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?


Wallahu a’lam.


Post a Comment

FRIDAY WRAP (12 APRIL-18 APRIL 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday Wrap pada minggu ini membawakan kepada anda berita-berita semasa dunia yang menjadi topik utama perbincangan.

Jumaat, 12/04/2013
Aktivis HAM AS Lakukan Demonstrasi Bagi Mendesak Penutupan Guantanamo


WASHINGTON - Aktivis HAM melakukan protes besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat, menyeru penutupan penjara Guantanamo di mana tahanan melakukan mogok lapar. Aksi protes pada hari Khamis diadakan di lebih daripada 26 bandar dan 19 negara bahagian bagi menunjukkan "Hari Tindakan Penutupan Guantanamo dan Akhir Penahanan Tak Terhad."

Amnesty International, Witness Against Torture, Center for Constitutional Rights, World Can't Wait dan kumpulan hak asasi lainnya melakukan demonstrasi dari New York City hingga San Francisco dan dari Durham hingga Los Angeles bagi menuntut penutupan penjara Guantanamo, demikian laporan laman presstv.

25 organisasi hak asasi manusia terkemuka dan organisasi kebebasan awam juga menandatangani surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memintanya untuk menutup penjara yang sangat ditakuti itu.

Sekitar 166 banduan di penjara tentera AS telah melakukan aksi mogok makan selama hampir dua bulan. Mereka berhenti makan untuk memprotes penahanan tanpa batas dan tanpa diadili di mahkamah. Mereka juga menuntut supaya penggeledahan terhadap mereka dihentikan yang di dalamnya terdapat gangguan agama.


Sabtu, 13/04/2013
Rakyat Syria Hadapi Ancaman Kematian Dari Serangan Jet


Damsyik - Mengungkap fakta mengerikan tentang pembunuhan membabi buta di Syria, sebuah kumpulan hak asasi manusia antarabangsa telah menuduh Tentera Udara Syria berulang kali melakukan serangan udara yang sengaja ditumpukan terhadap orang awam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Dari kampung ke kampung, kami menemui penduduk awam yang ketakutan akibat serangan daripada angkatan udara negara mereka sendiri," kata Ole Solvang, penyelidik Human Rights Watch yang melawat lokasi perang dan menemuramah ramai mangsa dan saksi, dalam satu kenyataan yang diperoleh oleh OnIslam.net, Jumat 12 april.

"Ini serangan udara yang membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan menanam benih kehancuran, ketakutan, dan pengusiran. "Laporan 80 halaman bertajuk, "Kematian dari Langit: Disengajakan dan Serangan Udara Tanpa Pandang Bulu Pada Rakyat Awam," merinci 59 serangan yang melanggar undang-undang di Syria utara.

Hal ini didasarkan pada kunjungan ke 50 tempat hasil serangan udara rejim Bashar Assad di daerah-daerah yang dikuasai pembangkang seperti di Aleppo, Idlib, dan Latakia, dan dengan lebih daripada 140 wawancara dengan saksi dan korban.

Serangan udara, dicatat oleh HRW, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 152 orang awam. Serangan udara beberapa kali di pusat rawatan di daerah yang dikunjungi Human Rights Watch itu juga menunjukkan bahawa kerajaan juga sengaja mensasarkan serangan terhadap kawasan ini.

Isnin, 15/04/2013
Islamophobia, Senjata Baru Para Atheis


WASHINGTON - Setelah selama bertahun-tahun terkenal sebagai pemimpin anti-agama, para pemimpin atheis dunia kini telah menyasar Islam sebagai bahan serangan utama anti-agama.

"Perbualan tentang ketidakmungkinan kewujudan Tuhan dan ketidakrasionalan wujudnya hari akhirat kini tertumpu kepada xenophobia atas amalan berjilbab," isi sebuah artikel terbaru oleh Nathan Lean di website Salon sebagaimana dipetik oleh akhbar The Independent, demikian lansir onislam.net, Ahad 14 April.

"Para Atheis menjadikan agama Islam sebagai Islamphobia, makian mereka terhadap Muslim sangat kasar dan tidak berpendidikan. Makian yang rasis tanpa penilaian berdasarkan keilmuan, rasional dan akal," tambahnya.

Artikel ini ditulis oleh Lean, penyelidik asal Washington dan ahli dalam masalah Timur Tengah dan telah menulis sebuah buku mengenai industri Islamofobia, salah satu dari siri medan yang telah ditulisnya baru-baru ini adalah tentang Atheisme baru.

Artikel-artikel ini merupakan komen daripada siri tweet bulan lalu oleh Profesor Richard Dawkins, seorang tokoh atheis yang menyerang Islam. Fakta bahawa tokoh atheis yang juga penulis buku 'God Delusion' (Khayalan Tuhan) yang belum pernah mempelajari Al Quran tentu menimbulkan kesinisan dari para pengkritik.

Walaupun beberapa atheis di dunia barat secara sejarah memberi banyak perhatian terhadap Islam, serangan baru oleh atheis yang menggunakan kebencian pasca serangan 11 September, menunjukkan Islam telah disalahfahami dan fitnahan semata-mata dilemparkan tanpa dasar keilmuan yang boleh diperdebatkan.

Selasa, 16/04/2013
Astaghfirullah, Kahwin Kontrak Kian Marak di India


NEW DELHI - Menderita kerana kemiskinan, warga tempatan di India menyuruh anak perempuan mereka melakukan kahwin kontrak dengan pelancong Muslim yang kaya untuk mendapatkan wang.

"Bahkan jika mereka (pelancong) hanya tinggal selama beberapa hari mereka melakukan perkahwinan haram seperti ini untuk memuaskan nafsu syahwat," ujar Inspektor Vijay Kumar kepada akhbar The Telegraph.

Salah seorang gadis yang terlibat dalam perkahwinan ini adalah Nausheen Tobassum, seorang gadis 17 tahun dari Hyderabad di India selatan. Tobassum lari dari perkahwinan yang dirancang ketika berumur satu bulan yang diatur oleh keluarganya dengan seorang pelancong kaya berasal dari Sudan.

"Saya harus menunjukkan keberanian untuk melaporkan kepada pihak polis berkenaan perbuatab orang tua saya," katanya kepada The Telegraph. "Saya tidak ingin kembali ke rumah, saya takut."

Haram

Sebuah sijil perkahwinan telah disiapkan dalam jangka waktu hingga berakhirnya cuti pengantin lelaki.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dan saya hanya bersetuju tanpa sebarang pengetahuan. Mereka memaksa saya," kata Tobassum. "Mereka menukar tarikh sijil kelahiran saya dan membuat yang palsu, di mana saya diakui berusia 24 tahun."

Akibat ketakutan, Tobassum lari dan pergi membuat dakwaan di balai polis bagi melaporkan kejadian tersebut.

"Mereka mengeksploitasi anak perempuan dan sebab itulah saya pergi ke polis," katanya.

Shiraz Amina Khan dari Lembaga Perempuan Hyderabad dan Kesejahteraan Anak Masyarakat, mengatakan terdapat hingga 15 perkahwinan kontrak di bandar setiap bulan dan jumlahnya kian meningkat. "Mereka datang ke Hyderabad kerana terdapat banyak keluarga miskin," katanya. "Tiga puluh hingga empat puluh peratus daripada keluarga (miskin) akan memilih perkahwinan kontrak untuk mengurangkan kemiskinan mereka. Ini harus dihentikan."

Syariah Islam memberikan perhatian besar terhadap perkahwinan kerana merupakan jalan lurus menuju pendirian komuniti manusia yang kuat dan sihat. Oleh kerana itu Syariah, meletakkan asas dasar yang menjamin kestabilan dan kesejahteraan dari pasangan yang berkahwin. Misalnya, persetujuan dari kedua belah pihak calon isteri dan suami, suatu keadaan yang menjadi dasar keabsahan pernikahan dalam Islam. Calon pasangan dianjurkan untuk mempertimbangkan faktor-faktor penting seperti faktor sosial, pendidikan, budaya, dan pengetahuan agama sehingga dapat menjalani kehidupan perkahwinan dengan bahagia.

Majoriti sahabat Nabi memegang pandangan bahawa selepas Islam disampaikan Nabi Muhammad secara sempurna, perkahwinan mut'ah atau kahwin kontrak adalah perbuatan haram.

Rasulullah bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya aku dulu pernah mengizinkan kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Namun sekarang Allah 'azza wa jalla telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat. "
(Hadits Riwayat Muslim)

Selasa, 16/04/2013
Dua Ledakan Bom Gegarkan Boston AS, 3 Maut



BOSTON - Dua letupan besar berlaku ketika pertandingan marathon di Boston (15/4). Letupan berlaku di sekitar garisan penamat. Dilaporkan sekurang-kurangnya 3 orang maut dan lebih dari 100 orang cedera parah.

"Letupan pertama berlaku pukul 14.30 waktu setempat. Kira-kira 2 jam selepas pelari pertama melepasi garis penamat, "demikian dilaporkan pejabat berita BBC.

Letupan pertama dapat didengari dari sebelah Utara Bolyston Street dan menyebabkan beberapa orang peserta tertiarap di kaki lima. Selang beberapa saat kemudian letupan kedua berlaku dan diikuti kepulan asap yang naik setinggi 15 meter di udara.

Seorang pelari yang juga seorang polis keselamatan, Roupen Bastajian mengatakan, "Saya berlari ke arah letupan dan di sana saya lihat ramai yang tertiarap di tanah."

"Kami mula menghentikan pendarahan dan mengikat kaki beberapa mangsa korban. Sekurang-kurangnya 25-30 orang telah kehilangan salah satu kaki, pergelangan kaki, atau kedua kaki mereka, "tambah Roupen.

Acara tahunan "Boston Marathon", pada kali ini diikuti sekitar 23,000 pelari dan disaksikan oleh ratusan ribu penonton. Acara ini diadakan pada hari Patriots. Yakni hari cuti negeri Massachusetts dalam rangka memperingati pertempuran pertama Revolusi Amerika tahun 1755.

Rabu, 17/04/2013
Pakar Media Amerika: 'Mari Bunuh Semua Muslim'



BOSTON - Seorang pakar media Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa seluruh umat Islam harus dibunuh. Hal ini disebabkan insiden pengeboman sewaktu berlangsungnya kejohanan Marathon di Boston Selasa (16/04). Padahal hingga waktu ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Erik Rush, sewaktu tampil di Fox News, bertindak menyalahkan ekstrimis Islam atas letupan di Boston yang menewaskan tiga orang itu. Melalui akaun Twitternya, Rush menyatakan "Mari kita datangkan orang-orang Saudi lebih banyak lagi tanpa memeriksa mereka! Ayuh!" mesej sarkastik Rush di akaun Twitternya, merujuk pada insiden bom di Boston.

Seorang pengguna Twitter lain bertanya pada Rush "Apakah anda benar-benar menyalahkan Muslim?", Kemudian Rush menjawah "Ya, mereka jahat. Mari kita bunuh mereka semua ..."

Walaupun Rush kemudian memadam kenyataannya itu, namun mesej itu telah pun tersebar. Erik Rush, kolumnis kulit hitam yang berasal dari New York itu mempunyai lebih daripada 50 ribu follower di Twitter. Atas kenyataannya yang ingin membunuh semua Muslim itu, akaun Twitter Rush dibanjiri tohmahan dan ugutan dari pihak yang tidak berpuas hati.

Pengeboman di Boston Isnin lalu (15/4) mengakibatkan kematian 3 orang dan mencederakan ratusan lain. Pihak berkuasa di AS menggambarkan insiden itu sebagai tindakan keganasan. Sekurang-kurangnya 128 orang dirawat di hospital setelah insiden tersebut, dan lapan yang lain dalam keadaan kritikal.

Beberapa jam selepas insiden itu, jurucakap Taliban Pakistan Ihsanullah Ihsan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab atas serangan di Boston, namun mengaku gembira dengan adanya serangan itu.

Rabu, 17/04/2013
Grafik Kepala Babi Ditemukan di Kawasan Projek Pembangunan Masjid di Perancis




Keterangan : Kawasan pembinaan masjid dicemari darah babi dan grafik-grafik haiwan tersebut

PERANCIS - Keganasan terhadap warga muslim di Eropah kembali. Kali ini giliran warga kota Coulommiers, timur ibu negara Paris, yang mendapat ancaman keganasan perkauman anti Islam. Gambar kepala babi dan coretan slogan-slogan Nazi dijumpai di sebuah tapak projek pembinaan masjid di bandar itu, seperti dilaporkan France24, (15/4).

Abdullah Zakari, ketua pengawasan terhadap pihak anti-Islam, membenarkan hal tersebut. Dia berkata, "Gambar kepala babi dan slogan-slogan anti Islam telah dijumpai di sebuah projek pembangunan masjid,"  dia menyatakan kekecewaannya atas pelanggaran hak terhadap tempat-tempat suci ini.

Zakari mengatakan keganasan terhadap umat Islam di Perancis seperti ini sudah banyak terjadi. Ogos tahun lalu sebagai contoh, Masjid Salam yang terletak di selatan Perancis, dilumuri darah kepala babi yang diletakkan di gerbang masjid.

Zakari berkata bahawa mereka merasa agama Islam mengganggu mereka. Dan selama sekatan keras terhadap para pelaku tidak dikeluarkan, kejadian seperti ini akan terus berlaku. Franck Riester, Datuk Bandar Coulommiers dan ahli-ahli parti konservatif UMP, menilai pelaku sengaja mensasarkan masjid. Dia secara tegas mengutuk tindakan mengotori masjid tersebut.

"Kita perlu bekerja untuk meredakan ketegangan dan menghormati setiap warganegara, tanpa memandang agama," katanya kepada media Perancis.

Riester menambah, masjid baru ini diharapkan tetap akan dibuka dalam beberapa bulan akan datang.

Di Perancis, suatu tindak jenayah awam yang bersifat perkauman atau keagamaan akan dikenakan hukuman satu tahun penjara dan denda € 45.000. Keganasan terhadap kaum Muslimin di Perancis terus meningkat. Menurut Badan Pengawas Perlawanan Anti-Islam selama tahun 2012 sahaja terdapat sebanyak 200 kes keganasan terhadap Muslim.

Rabu, 17/04/2013
Lelaki Inggeris Acukan Pisau Pada Muslimah, Memaksanya Menanggalkan Jilbab


BRISTOL - Seorang lelaki yang mengugut seorang Muslimah di Bristol, United dibebaskan dari mahkamah tempatan, Selasa (16/4). Lelaki bernama David Norris itu hanya dikenakan hukuman pengawasan selama 2 tahun dan 6 bulan larangan minum arak.

David Norris sebelumnya didakwa kerana mengancam seorang Muslimah agar menanggalkan jilbabnya dengan sebilah pisau dapur yang diacukan ke tenggorok muslimah tersebut, demikian dilaporkan Bristol Post, Selasa (16/4)

David Norris pada awalnya mendekati seorang Musliman bernama Farduja Jama yang bersama anaknya di Morton Street, Barton Hill sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.

Norris yang mabuk berat tiba-tiba mengacukan pisau enam inchi sambil mengugut, "Tanggalkan jilbab kamu! Ini adalah kawasan Inggeris, kamu dilarang memakainya di sini. Tanggalkan jilbab kamu atau aku tikam kamu ..."

Norris kemudiannya mengarahkan pisau itu pada Farduja dan mengacukan pisau ke kiri dan kanan tekak Farduja. Pada hari yang sama juga, Norris menghampiri seorang Muslimah lain bernama Iqbal Osman yang sedang mengawasi anaknya bermain di Barton Hill Urban Park.

Norris bertanya mengapa dia memakai pakaian labuh dan menuduh Muslim telah "mengambil alih" negaranya. Dia kembali mengacukan pisau sebelum meninggalkan Iqbal Osman.

Di Mahkamah Bristol, Norris mengakui dua tuduhan gangguan bermotif agama dan dua tuduhan memiliki pisau tersebut. Hakim yang mengadili Bristol Nicholas Rowland mengatakan hukuman yang dijatuhkan kepada David Norris dilaksanakan supaya Norris tidak lagi mengulangi perbuatannya. Namun jika dia gagal mematuhi dan mengulang kembali perbuatan tersebut, maka dia akan diseret kembali ke mahkamah.

Khamis, 18/04/2013
AS Hantar 200 Tentera ke Sempadan Syria-Jordan


WASHINGTON - As menghantar sekitar 200 tentera dari unit Tentera Darat ke Jordan untuk membantu menjaga sempadan Syria dan merancang operasi yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dari senjata kimia di Syria.

Keputusan untuk menghantar pasukan dari bahagian perancang dan pakar dalam perisikan, logistik dan operasi dilakukan setelah beberapa anggota parlimen menekan Obama bagi melakukan langkah-langkah lebih agresif untuk terlibat dalam perang di Syria yang sudah berlangsung 2 tahun.

Hagel dan Jeneral Martin Dempsey, ketua Ketua Staf Gabungan, mendapat pertanyaan dari ahli Jawatankuasa Angkatan Bersenjata tentang usaha memaksa keluar Presiden Syria Bashar Assad. Pemimpin-pemimpin Pentagon menegaskan bahawa situasi ini sangat rumit dan mereka harus yakin mengenai situasi yang ada sebelum mengambil langkah ketenteraan bagi menamatkan pemerintahan Assad.

Dempsey mengatakan dia telah menghabiskan banyak masanya bagi menangani masalah Timur Tengah. "Ini adalah masalah yang paling sukar berbanding yang lain," katanya. Hagel mengatakan pasukan baru akan menggantikan pasukan AS dalam jumlah yang sama yang telah ditugaskan di Jordan selama beberapa bulan.

"Pada masa ini, pasukan AS yang membantu Jordan tengah diambil dari pelbagai unit dan tempat," kata Hagel dalam kenyataan di depan Senat Jawatankuasa Angkatan Bersenjata.

"Penilaian tentera saya sekarang adalah bahawa kita telah melihat munculnya Jabhah al-Nusra dan saya lebih memberi perhatian daripada sebelumnya," kata Dempsey.

Pengumuman Hagel muncul menjelang perjalanannya minggu depan ke Israel, Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Secara berasingan, Menteri Luar Negeri John Kerry akan melakukan perjalanan ke Turki dan Dempsey dan akan melawat China untuk membincangkan situasi di Syria.

Hagel dan Dempsey mengatakan mereka bertemu Obama di Rumah Putih pada hari Selasa dan membahas perihal Syria, walaupun mereka tidak membuat cadangan khusus tentang langkah-langkah yang mungkin dilakukan.

Sekian sahaja lintasan dunia dalam Friday Wrap kali ini. Semoga bermanfaat.









Post a Comment