Bismillahirahmanirrahim
.
Selawat
dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .
Akad
Akad
merupakan salah satu rukun nikah. Akad juga disebut sebagai kalimah Allah walaupun dalam akad tidak menyebut nama Allah.
Contoh akad "Aku terima nikahnya....' dan bukan "Kerana Allah, aku
terima nikahnya...."
Daripada Jabir RA, Rasulullah bersabda, "Bertakwa kepada Allah dalam
mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah
Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang
wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci
memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka
melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak
mendera). (Riwayat hadith An-Nasai dan A-Baihaqi)
Hadith di atas menunjukkan besarnya kedudukan akad kerana pertukaran
status daripada haram kepada halal.
Akad juga dipanggil sebagai ijab dan kabul. Ijab bermaksud persetujuan
oleh wali perempuan untuk menyerahkan
anaknya di bawah jagaan bakal suami. Manakala qabul pula bermaksud suami
bersetuju untuk menerima tanggungjawab tersebut.
Mengikut kepercayaan dahulu, perempuan dikatakan sebagai hak milik kaum
lelaki iaitu hak milik ayah sebelum berkahwin dan hak milik suami selepas
berkahwin.
Mahar atau mas
kahwin
Mahar atau mas kahwin adalah suatu pemberian oleh suami kepada isteri. Mahar
tetap wajib diberi walaupun tidak disebut kerana ada nilainya yang tersendiri
walapun tidak dibincang sebelum. Mahar bukanlah bermaksud harga status seorang
wanita, tetapi adalah lambang bahawa suami benar-benar telah bersedia memikul
tanggungjawab dan rela hati mengambil isteri di bawah jagaannya disamping
sebagai lambang kasih sayang terhadap isteri.
Dalam Islam tidak ditetapkan had minimum atau maksimum sesebuah mahar,
tetapi bergantung kepada kerelaan kedua belah pihak.
Hadis Sahl bin Saad r.a:
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu."
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata, ”Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."
Rasulullah s.a.w segera bertanya, "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin?"
Sahabat menjawab, "Tidak ada." Baginda bersabda lagi, "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin". Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi, "Carilah walaupun sebentuk cincin besi."
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata, "Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.
Rasulullah s.a.w berkata, "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab:, "Aku hafaz surah itu dan surah ini." Sahabat berkenaan menghitungnya. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz." (Hadith Sahih Muslim : 2554)

menimbulkan hak & tanggungjawab kepada kedua belah pihak.
Tanggungjawab bukan yang dipilih atau disepakati oleh suami dan isteri,
tetapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan diwahyukan di dalam Al-Quran.
Tanggungjawab ini merupakan ibadah kerana ia telah diperintahkan oleh Allah
SWT.
Tanggungjawab
Suami
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 34,
”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."
(An-Nisaa 4:34)
Di dalam firman Allah di atas, terdapat potongan الرِّجَالُ
قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ . Perkataan قَوَّامُونَ mengikut kesepakatan adalah bermaksud orang
yang selalu menjaga urusan dan mengambil berat tentang wanita. قَوَّامُونَ
juga bermaksud menjaga
kepentingan orang lain tanpa menuntut rehat dan memelihara orang yang dibawah
jagaannya.
Justeru itu, suami seharusnya sedar bahawa dia adalah merupakan قَوَّامُونَ kepada seorang isteri yang menjaga dan
melindungi kepentingan isterinya tanpa mengira penat dan rehat.
قَوَّامُونَ merupakan tanggungjawab yang sangat besar dan mulia.
Lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan wanita dan memastikan
mereka mendapat apa yang diperlukan. Kelebihan lelaki terletak pada tanggungjawab
tersebut di mana mereka bekerja mencari rezeki untuk kesejahteraan bersama.
Dalam Surah An-Nisaa ayat 19 Allah telah berfirman bahawa,
"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." (4:19)
Di dalam ayat ini Allah telah menyuruh suami untuk menggauli dengan cara
yang baik. Sekiranya timbul perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati suami,
dia hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru.
Ayat-ayat Al-quran ini bukanlah permintaan kaum wanita, tetapi apa yang
telah dipertanggungjawabkan kepada suami. Jika mereka menjalankan tanggungjawab
mereka dengan baik, mereka akan mendapat pahala dan diredhai oleh Allah SWT.
insyaAllah.
Daripada ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa suami mempunyai
tanggungjawab :
1) memimpin keluarga
2) memberi nafkah yang mencukupi
3) memberi layanan yang baik kepada isteri
4) menyelamatkan diri dan keluarga dari api neraka.
Tanggungjawab Isteri
Dalam surah An-Nisaa ayat 34, terdapat potongan قَانِتَاتٌ iaitu
bermaksud taat. Taat di dalam ayat ini bermaksud taat kepada Allah dan orang yang
Allah perintahkan untuk ditaati. Dan di dalam rumahtangga, orang yang wajib
ditaati ialah suami.
Ketaatan dalam rumah tangga bukan yg diminta oleh suami tetapi yang
telah diperintahkan oleh Allah SWT. Jika isteri mentaati suami, bermakna dia
telah mentaati perintah Allah, dan dikira melakukan ibadah serta setiap ibadah
yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala.
Ketaatan tersebut adalah wajib kecuali kepada perkara yang bercanggah
dengan hukum Allah.
Di dalam suatu hadith Rasulullah SAW
bersabda “Tiada ketaatan
dalam keadaan maksiat kepada Allah..." (Sahih Bukhari
dan Muslim) .
حَافِظَاتٌ di dalam An-Nisaa ayat 34 ini memelihara maruah dan
kesucian diri, terutama ketika ketiadaan suami.
حَافِظَاتٌ di dalam perkahwinan merangkumi 2 aspek amanah,
iaitu :
1) memelihara maruah
ulasan : apabila telah menjadi isteri, tidak boleh sewenang-wenangnya
bebas bergaul dengan orang lain. Isteri disarankan untuk memakai pakaian yang
sederhana dan tidak terlalu menarik pandangan lelaki lain bagi mengelakkan
fitnah.
2) memelihara harta suami dengan amanah
ulasan : Isteri tidak menggunakan harta suami tanpa keizinan suami,
kecuali jika harta isteri sendiri atau harta bersama.
Tanggungjawab bersama :
1) menyimpan rahsia rumahtangga.
Ulasan : suami atau isteri tidak boleh mendedahkan rahsia rumahtangga
kepada orang lain yang tiada kena mengena dengan rumahtangga mereka. Contohnya
kemesraan, layanan suami isteri atau apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.
Islam telah jelas melarang perbuatan ini kerana akan menimbulkan cemburu kepada
orang lain.
Wallahu 'alam
Post a Comment