"Bunyi bising memecah kesunyian pagi. Angin pagi terasa begitu dingin. Tetapi mengapa hati ini sukar mensyukuri segala nikmat? Allah... "
Pelbagai persoalan dilontarkan kepadaku apabila aku mula memakai purdah. Dan ada yang masih terus bertanya dan bertanya... "Adilah, kenapa Adilah pakai purdah?"."Adilah, kenapa awak pakai purdah?" Tidak putus-putus soalan itu ditanya. Allahu Akhbar.. Soalan yang memrlukan jawapan yang sangat panjang untuk aku sampaikan... Kerana ia bukan dariku, tapi ini semua ketentuan Allah.
Segalanya bermula di hati. Di saat hati ini merindukan Tuhan, mahu sekali wajah ini menjadi rahsia. Di saat hati ini merindukan Tuhan, mahu sekali aku tutupkan wajahku. Tidak tahu mengapa. Hati ini memberontak untuk aku memakai purdah.
Hatta, bukan kerana ada sesiapa yang menyuruh.Tiada seorang pun yang memintaku untuk memakai purdah, tetapi kerana hati ini menjadi enak apabila wajah ini menjadi rahsia. Hati ini semakin dekat dengan Allah apabila wajah ini ditutup dengan secebis kain.
Aku tertanya-tanya pada mulanya, "Ya Allah... Kenapa Kau takdirkan aku memakai purdah sedangkan aku tidak mapu dan lemah. Ya Allah, kenapa Kau ujiku sebegini sedangkan aku berasa tidak mampu. Aku tidak mampu menanggung ujian ini ya Allah. Terlalu berat buatku." Sungguh, aku tidak kuat...
Ini juga jawapan atas persoalan teman-teman, kerana ini ujian Allah untuh hamba-Nya yang lemah ini.
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد
Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “Kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) )).
Aku bukanlah seorang yang hebat, warak, alim dan solehah. Aku benar-benar cuma insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan, atau kecantikan. Bahkan aku juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Malah aku bukanlah berasal daripada keluarga yang berpendidkan agama yang tinggi, ayahku bukan ustaz, ibuku bukan ustazah. Malah di saat aku memakai purdah, mereka juga tidak tahu.
Berat hati ini untuk memberitahu mereka. Tetapi kerana Allah, aku lakukan juga meskipun berat yang teramat sangat.
Emak dan abah pada mulanya sukar menerima. Sedih. Tapi mereka mula menerimaku seadanya. Alhamdulillah. Jawapannya kerana hati ini yang meminta untuk menuruti aku untuk mentaati perintah Allah. Andai tidak dituruti, aku berasa tidak senang. Jawapannya kerana aku mahu lebih dekat dengan Allah. Jawapannya kerana aku mahu dicintai Allah. Jawapannya kerana aku rindu kepada Allah.
Pada mulanya, diri ini berasa agak berat meskipun telah memakai purdah. Kerana tidak biasa apabila orang sekeliling asyik memandang dan bertanya. Berhari-hari air mata ini berguguran tidak henti-henti. Alhamdulillah Allah beri kemudahan. Ini ujian buatku..
Sahabat, sampaikanlah doa buat dirku ini. Kerana aku jua insan sepperti kalian, tiada bezanya. Ilmuku sedikit, amalku juga sedikit, ibadahku juga lemah sekali.
Post a Comment