Pada kuliah minggu sebelumnya telah diterangkan tujuan dan kepentingan sesebuah perkahwinan.
Setelah mengambil
keputusan untuk berkahwin, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencari
dan memilih pasangan. Allah dan Rasul tidak akan membiarkan kita tanpa panduan
yang perlu kita utamakan. Kita perlu faham apa yang kita ingin bina adalah
rumahtangga muslim, jadi pemilihan mestilah mengikut ciri-ciri selayaknya untuk
membina rumah tangga muslim.
Terdapat beberapa
hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw dalam pemilihan ini. Contohnya:
Rasulullah saw
bersabda:
“Pilihlah tempat untuk
nutfahmu dan kahwinilah yang bersesuaian.” (riwayat ibnu majah)
Nabi menyarankan agar
sesiapa yang ingin berkahwin pilihlah pasangan yang bersesuaian yang akan
membina rumah tangga muslim bersama dan melahirkan anak-anak yang soleh yang
akan mewarisi tanggungjawab dakwah ini.Perkara ini sangat penting dan tidak
boleh ikut kemahuan atau kepentingan diri semata-mata.
Rasulullah s.a.w pernah
bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya
kamu berbahagia.” (riwatan imam bukhari dan muslim)
Gambaran hadith ini
adalah kecenderungan seseorang dalam memilih pasangan ada iaitu 4 perkara yang
mereka lihat: harta, keturunan, rupa paras dan agama. Nabi tidak melarang
dengan kecenderungan ini kerana ia adalah fitrah namun di akhir hadith Nabi
tekankan apa kriteria utama yang perlu ditekankan iaitu beragama.
Jangan pula kita
menolak aspek ini hanya disebabkan kekurangan dari aspek lain walaupun aspek
agama sudah dimiliki. Ataupun agama tidak seberapa tetapi telah jatuh cinta
pada rupa parasnya, hartanya. Ia tidak menepati apa yang telah disarankan oleh
nabi.
Dalam sebuah hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu
berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana
kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita
kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang
wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit
hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih
baik dikahwini."
Saranan ini bukan
sahaja untuk kaum lelaki malah kaum perempuan perlu lebih menitikberatkan aspek
ini kerana mereka perlu memilih bakal imam yang akan membimbing dan menjadi
ketua keluarga.
Langkah kedua selepas
pemilihan calon, adalah mula membuat persiapan pada diri sendiri sebab kita
akan memasuki gerbang kehidupan yang lain dari sekarang dan akan menempuh
sesuatu yang baru. Orang yang nak mendaki gunung pun membuat persiapan yang
lama dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca yang sejuk dan tempat
yang tinggi.
Antara persiapan yang
perlu dilakukan:
•
Aspek ilmu
fiqh kekeluargaan
Perlu mengetahui
gambaran secara umum dan menyeluruh mengenai hukum hakam dalam perkahwinan.
Contohnya, rukun nikah,syarat, hak dan tanggungajawab suami isteri yang
dipanggil hukum munakahad. Boleh menambah ilmu denagn membaca buku, mendengar ceramah,
menghadiri kursus dan sebagainya.
•
Pengurusan
kewangan
•
Cara
berkomunikasi atau berhubung dengan pasangan dan keluarganya kerana kita akan
hidup dengan keluarganya juga.
•
Ilmu
pendidikan anak-anak kerana matlamat perkahwinan adalah melahirkan zuriat.
Allah anugerahkan anak
kepada kita seperti kain putih dan kita yang perlu mencorakkannya supaya
menjadi seorang yang soleh dan musleh. Boleh tambah ilmu tentang pendidikan
anak-anak bersama-sama selepas kahwin.
•
proses
pentarbiyahan secara berterusan
Persiapan Fizikal
•
Penjagaan
kesihatan untuk melahirkan zuriat yang sihat dan baik
•
Penampilan
diri untuk menenangkan dan menambat hati pasangan
•
Mengamalkan
diet yang sihat
•
Pandai
masak ( cuba masak masakan kegemaran suami dengan belajar dengan emak mertua)
Namun, lelaki juga
perlu tolong isteri untuk masak, lebih-lebih lagi sekarang kerna kedua-duanya
bekerja. Saling tolong menolong antara suami isteri.
Persiapan mental
•
Setkan
minda untuk menjadi suami yang akan menjadi pelindung, pembimbing, pendidik
keluarga
•
Wanita
yang solehah itu adalah wanita yang taat pada Allah dan orang yang perlu
dihormatinya iaitu suaminya.
Kalau ada perselisihan
antara suami isteri, cuba bincang secara baik dan jika pendapat tidak diterima
kita perlu redha selagi tidak berlanggar syarak dan kita juga akan mendapat
pahala.
•
Persiapan
untuk menjadi ibu dan ayah
Bersedia untuk menerima
cahayamata.
Ingin mengetahui proses
khitbah (lamaran dan pertunangan), jom dengar kuliah di minggu hadapan.
Wallahu 'alam
Post a Comment