Wanita seringkali sahaja merungut atau
mengeluh atas setiap hukuman dan peraturan yang digariskan oleh syariat untuk
mereka. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati atas qada’ dan qadar Allah SWT .
Hal ini boleh dilihat berdasarkan dialog-dialog yang sering diungkapkan oleh
para wanita seperti yang berikut.
“Sana kena tutup, sini kena tutup. Semua
kena tutup. Kenapalah aurat wanita lebih banyak daripada lelaki? Lelaki elok je
kalau keluar tak pakai baju.” “Para isteri kalau nak keluar rumah kena
minta izin suami. Kalau langgar keizinan suami akan dianggap berdosa. Tapi
suami boleh je keluar tanpa keizinan isteri.”
“Setiap bulan je datang haid. Tak boleh nak
beribadat macam kaum lelaki. Ingat kaum perempuan nie suka sangat ke tak solat
dan tak puasa?” “Kenapa Allah jadikan wanita yang
mengandung dan merasa sakitnya melahirkan anak? Suami pula buat rilek je.” “Islam mewajibkan
isteri taat pada suami. Tapi ada tak Islam cakap suami wajib taat pada isteri?
Takda kan. Mana keadilan untuk kaum hawa? Kaum
lelaki pula cakap, “Nasib baik aku lelaki.”
Persoalan-persoalan inilah yang sering
dikemukakan oleh kaum wanita. Astaghfirullah hal adzim. Bagi kaum wanita yang
sering berfikiran seperti ini, cepat-cepatlah beristighfar. Cuba renung-renungkan jawapan bagi setiap
persoalan anda . “Cik adik yang comel-comel belaka. Islam
adalah agama yang sangat mengangkat tinggi aurat para wanita. Jika anda ada
intan dan permata. Anda mestilah akan menyimpannya dengan elok di tempat yang
tersembunyi. Jika anda tayangkan pada orang ramai, sudah tentu ramai yang
berniat jahat untuk merampasnya.”
“Aurat kaum lelaki dari pusat hingga ke
lutut sahaja. Kaum lelaki hanya boleh melihat muka serta kedua belah tapak
tangan kaum wanita. Jika wanita melihat lelaki berseluar pendek, nafsu wanita
tidak akan mudah terangsang. Tetapi kalau lelaki yang melihat wanita berseluar
pendek. Tok Imam pun boleh tercabut serban dan berdarah hidung melihatnya.”
“Tak puas hati sebab isteri kena taat pada
suami? Suami pun kena taat pada wanita juga iaitu ibunya. Suami kena taat pada
ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya. Kenapa isteri kena taat suami?
Kerana suamilah yang akan menanggung semua dosa yang isteri lakukan!” “Nak beribadat macam lelaki? Wahai cik
adik, ingat mudah ke nak masuk syurga?
Untunglah wanita boleh masuk syurga
melalui mana-mana pintu syurga hanya dengan empat cara sahaja. Solat lima
waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan yang paling akhir
sekali. Nak tahu apa? Taat pada suami. Itu sahaja asasnya!”
“Kalau
lelaki kena jihad fisabilillah. Wanita pula jika taat pada perintah Allah dan
pada perintah suami, akan mendapat pahala yang setaraf dengan orang yang pergi
berjihad fisabilillah. Tanpa perlu mengangkat senjata. Betapa beruntungnya
wanita!” “Berbanggalah sebab wanita boleh mengandung
dan beranak. Apabila wanita melahirkan anak, sekalian makhluk akan
mendoakannya.
Jika ditakdirkan seseorang wanita itu meninggal ketika melahirkan
anak, Insha Allah dia akan tergolong dalam kalangan yang mati syahid serta
ganjaran syurga akan menantinya. Sebab itulah jarang wanita yang meninggal
kerana melahirkan anak. Beranak sepuluh pun masih sihat lagi hingga ke tua.”
Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha
Mengetahui atas setiap kejadian. Peraturan Allah adalah yang terbaik untuk
manusia berbanding peraturan yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri.
Sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing.
Post a Comment