DAKWAH DAN ISLAAH

0 comments
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.

Definisi :

'Dakwah' bermaksud 'panggilan' atau 'jemputan'; yang bermaksud
1. untuk mengajak orang bukan Islam kepada Islam2. mengajak umat Islam untuk memahami dengan lebih mendalam dan mengamalkan Islam



'Islaah' secara literal bermaksud 'untuk membaiki' atau 'meningkatkan'. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada usaha-usaha untuk memperbaiki umat Islam atau untuk membetulkan mereka.


Perbezaan antara dakwah dan Islah:

Dakwah dalam bahasa Arab sebenarnya bermaksud jemputan dan jemputan hanya boleh diberikan kepada orang luar. Dan dalam istilah Islam, Dakwah ul Islam bermakna jemputan kepada Islam. Apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang bukan Islam ia dipanggil Dakwah.
Ramai orang berfikir apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang Islam ia juga dipanggil dakwah. Pada dasarnya apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang Islam dan membantu dia untuk lebih memahami mengenai Islam, perkataan yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.



Hukum Berdakwah:


    اَنْفِذْ عَلَى رَسُلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ اُدْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ وَأَخْبِرْهُمْ بـِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللهِ فِيْهِ فَوَاللهِ لِأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ ) (رواه البخارى)

“Ajaklah mereka memeluk Islam dan beritahu mereka apa-apa yang diwajibkan atas mereka yang berupa hak Allah di dalamnya. Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah”


Berdakwah Secara Lemah Lembut Dan Berhikmah

1)      أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يا عائشة: إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ ماَ لاَ يُعْطِي عَلَى العُنْفِ وَماَ لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ. (رواه مسلم)
“Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”


2)      إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُوْنُ فيِ شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَيءٍ إِلاَّ شَانَهُ    (رواه مسلم)
“Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya, dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya”


3)      مَنْ يُحْرَمُ الرِّفْقُ يُحْرَمُ الْخَيْرُ (رواه مسلم)
Barang siapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya



4)      وقال النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وهو يبعث الناس: (يَسُرُّوا وَلاَ تُعَسِّرُوْا، وَبَشِّرُوْا وَلاَ تُنَفِّرُوْا، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِيْنَ وَلَمْ تُبْعَثُوْا مَعَسِّرِيْنَ) (رواه مسلم)

“Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan kabar gembira dan jangan membuat mereka lari, karena sesungguhnya kalian diutus untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan.”

sumber: http://follyakbar.blogspot.ru/2012/07/hadits-hadits-dakwah.html
               http://answering-christianity.com/yahya_ahmed/top_10_excuses_no_dawah.htm


Wallahua'lam




Post a Comment

LIVER CIRRHOSIS

0 comments
Assalamualaikum w.b.t.

Normal liver and liver with Cirrhosis

                  Cirrhosis is a slowly progressing disease in which healthy liver tissue is replaced with scar tissue, eventually preventing the liver from functioning properly. The scar tissue blocks the flow of blood through the liver and slows the processing of nutrients, hormones, drugs, and naturally produced toxins. It also slows the production of proteins and other substances made by the liver.
                   According to the National Institutes of Health, cirrhosis is the 12th leading cause of death by disease.







How Can I Prevent Cirrhosis of the Liver?



There are several ways to reduce your risk of developing cirrhosis of the liver:
  • Don't abuse alcohol. If you do drink alcohol, limit how much you drink and how often. Remember, it's not only the heavy drinker who gets cirrhosis. If you drink more than 2 drinks a day, you are increasing your risk. A drink is a 5-oz glass of wine, a 12-oz can of beer, or a 1 1/2-oz portion of hard liquor.
  • Avoid high-risk sexual behavior such as unprotected sexual contact with multiple partners.
  • Be careful around synthetic chemicals, such as cleaning products and pesticides. If you come into contact with chemicals often, wear protective clothing and a facemask.
  • Get vaccinated against hepatitis B.
  • Eat a well-balanced, low-fat diet high in fruits and vegetables and take vitamins.
  • Maintain a healthy weight, because excess body fat can cause fatty liver, which may lead to liver disease.
article credit to:http: //www.webmd.com/

Wallahua'lam



Post a Comment

Menantimu Hingga Kau Kembali

0 comments



  
 

     Deru ombak mengulang  pantai datang dan pergi memecah kesunyian petang yang merangkak senja, indah deruannya menghiasi suasana matahari kian terbenam. Sebatang pen dan sehelai kertas aku keluarkan dari poket seluar, lalu ku sandarkan diri di bawah sepohon pokok  yang rendang menikmati panaroma alam yang mengasyikan. Saat mata pena mula mengukirkan kalam bicara, peristiwa yang berlaku dua tahun lalu yang cuba aku luputkan dalam ingatan, kembali menerjah ruang fikiran.

“ Azam!,” sahut rakan karibku dari jauh dan datang kepadaku dalam keadaan termengah-mengah.
“ Kenapa gelabah sangat ni Amir. Cuba bertenang dulu. Ada apa ni?”, soalku penasaran.
“Aku harap kau kuat dan sabar ye Zam. Encik Ahmad suruh aku bagitahu engkau, dia dapat panggilan dari rumah kau yang mengatakan mak kau dah tak ada Zam”, ucap Amir dalam nada kesedihan.
“ Kau jangan nak buat lawak mir”, balasku singkat.
“ Bertenang Zam. Mak kau dah meninggal. Abang kau yang telefon Encik Ahmad tadi”, ujar Amir meneruskan kata-katanya.

Terkedu aku mendengar perkataan meninggal itu. Badanku lemah longlai, terjelupuk aku jatuh ke lantai. Namun, tiada  sebarang air mata yang mengalir, keras benar hatiku agaknya.
Walau bagaimanapun, tanpa melengahkan masa, aku gegas berlari mendapatkan beg dalam bilikku lalu menuju ke perhentian bas yang berhampiran.
                                                            ………….
“ Bawa bersabar ya nak, pak cik tahu kamu kuat”. Seorang demi seorang yang lalu di hadapanku mengucapkan ungkapan itu selepas majlis pegebumian ibuku selamat dijalankan.
Tidak mampuku tahan, keperitan hati saat ini, lalu aku mengambil keputusan untuk pergi ke sungai berhampiran, mencari ketenangan. Linangan air mata mula membasahi pipiku. Tergambar kembali kenangan diriku bersama ibu. 

Masihku ingat, ketika cuti semester yang lalu, ibuku jatuh sakit. Badannya lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Makan, mandi, minum dan segala yang ingin dilakukannya memerlukan pertolongan orang lain. Sebagai seorang anak, sudah menjadi tanggunjawab untuk aku menjaga dan merawatnya memandangkan aku cuti ketika itu, namun apa yang aku lakukan sebaliknya.
Aku hanya menjaganya sambil lewa. Permintaannya ada yang tidak ku penuhi. Kadang-kadang aku memarahinya kerana terlalu banyak permintaan, rungutan dan rengetan dirinya seperti anak kecil membuatkan diriku itu tak mampu bersabar.

Tiba-tiba,satu suara menyapa diriku dari arah belakang. Setelahku berpaling, rupa-rupanya abang aku sedang memerhatikan diriku setelah sekian lama, akhirnya mengeluarkan kata.
“ Tak ada apa yang nak kau sedihkan Zam, yang pergi tak akan kembali. Sebelum mak menghembuskan nafas terakhirnya, mak pesan dekat aku supaya bagitahu engkau  yang dia sentiasa memaafkan setiap perkataan dan perbuatan anaknya walaupun tidak dipinta. Mak juga cakap yang dia sentiasa mendoakan kebahagiaan hidup dan kejayaan anak -anaknya walaupun tidak pernah disuruh. Jangan risau Zam. Laluilah kehidupan kau seperti biasa”.

Saat mendengar ucapan abangku itu, pipiku terasa semakin hangat, hatiku sentap, lidahku kelu tanpa sebarang kata. Fikiranku kembali pada dunia yang nyata saat diterjah oleh rakan sekolejku daripada belakang.  “ Kau angau dekat siapa ni Zam. Orang lain semua sedang seronok ber’barbeque’ dekat sana, kau sorang-sorang dekat sini. Eh, sekejap,kenapa dengan mata kau. Masuk habuk ke? Merah semacam aku tengok, kau menangis ke?”, soal Imran tidak keruan melihat diriku.
 
“ Haish, mana ada. Pasir pantai ni masuk dalam mata aku”, jawabku cuba menyembunyikan perasaanku yang sebenar.“ Kau jangan bohong Zam. Ceritalah dekat aku. Kau mana pandai menipu, Azam sekarang bukan Azam yang aku kenal dulu. Azam sekarang penuh keazaman”, ujar Imran sambil mengusik diriku. “Aku ingin menanyakan engkau beberapa soalan ni. Kau kena bersedia jawab soalan aku dengan penuh keikhlasan”, ucapku cuba untuk mengalih persoalan Imran sebentar tadi.
 
Belum sempat Imran menyatakan sebarang persetujuan, aku terus menyoal dirinya.                Pertama sekali aku nak tanya, bila kali terakhir kau mintak maaf dengan mak kau? Sepanjang kau telefon mak engkau dekat rumah masa kau di sini, pernah tak kau mintak mak kau supaya doakan kejayaan kau?Bila pula kali terakhir kau ucapkan yang kau sayang dekat mak kau?  Dan yang terakhir, kalau suatu hari nanti mak kau sakit dan dah tak larat untuk melakukan sesuatu yang memerlukan anak-anaknya untuk menemaninya, adakah kau akan menawarkan diri untuk menjaganya?

“ Wah,banyak betul soalan kau Zam. Okay, untuk soalan kau yang pertama, kalau tak silap aku, sebelum datang sini selepas cuti semester hari tu, tak pun waktu hari raya lepas. Soalan yang kedua kau tu pun, sama je kot. Kebiasaannya sebelum datang balik sambung belajar dekat sini, masa itulah aku buat semua ni. Tapi untuk soalan ketiga engkau, jarang kot. Seganlah aku nak cakap sayang dekat mak aku. Aku anak lelaki, kalau perempuan, lainlah. Mungkin kali terakhir masa zaman sekolah dulu. Soalan keempat, kalau diizinkan, aku akan tawarkan diri, tapi bergantung pada situasi. Tak pastilah. Sebelum tu, lupa aku nak tanya, kau dah kenapa tanya aku soalan camni ?,” ujar Imran kehairanan.

“Tak ada apa-apa. Aku Cuma nak cakap yang kau beruntung sebab kau masih berpeluang nak buat semua tu sekarang,” ujarku terus bangkit dari tempat dudukku memandangkan air mata yang bergenang sudah tak mampu ku tahan. Sebelum beredar meninggalkan Imran bersendirian, sehelai kertas ku hulurkan kepadanya. Imran menyambutnya dalam keadaan terpinga-pinga. Kelu lidahnya untuk bersuara melihat kelakuanku ketika itu.
 
Luluh hatiku sayu,
Menatap wajahmu saat kau dibuai lena.
Kelihatan raut tuamu membekas jiwaku,
Meredakan rindu, mendamaikan keresahan di jiwa.
Ibu,
Begitu mendalam naluri keibuan dalam dirimu.
Lembut hayunan buaianmu,
 Belaian kasih sayangmu  yang tak pernah pudar,
Amat ku rindu.

Saat ini,
Tiada teman buat diriku mengadu bicara,
Hanya ku biarkan coretan mata pena,
Meluahkan rasa, menghurai maksud di jiwa.
Mengapa sukar untukku menutur bicara,
Meluahka rasa, menuturkan sayang buat dirimu.
Keegoan diri menyembunyikan kalimah seribu rahsia,
Membiarkan hari-hari berlalu tanpa erti.

Andai dapat ku putarkan masa,
Tidak akan ku biarkan,
Hanya renungan mata yang bersuara,
Hanya tingkahku yang membuktikan kasihku buatmu.
Jika dapatkan ku undurkan detik waktu,
Tidak akan ku biarkan kehilanganmu,
Menggantikan lafaz yang terbuku  di hatiku.
Andai dapat ku merentasi masa lalu,
Akan ku lafaz kata kasih yang tersimpan sebelum matamu rapat terpejam,
Nyawamu di hujung helaan.

Namun,
Semuanya hanya khayalan,
Mana mungkin masa itu kan kembali,
Ungkapan penghargaan buat pengorbanmu terkubur kaku,
Hanya penyesalan yang bertamu,
Dalam setiap perjalanan nafas hidupku.








Saat selesai sudah membaca isi kertas itu, Imran mula memahami situasi yang sedang berlaku sebentar tadi. Perasaan hiba menguasai diri, lalu dicapai telefon bimbitnya. Nombor telefon ibunya tertera di skrin telefon, lalu ditekannya tanpa melengahkan masa. Tidak sabar mendengar suara ibunya, mengukirkan satu ungkapan tidak ternilai harganya,” Aku menyayangimu ibu”.

Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :

“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati. Buat insan yang telah kehilangan ibu atau bapa , andai kata belum sempat dirimu berbuat baik atau menyumbangkan sesuatu kepada mereka saat mereka masih hidup di dunia ini, jangan risau dan rasa bersalah kerana engkau masih berkesempatan untuk menyalurkan sesuatu buat mereka di alam sana dengan segala kebaikan yang kau lakukan di atas dunia ini sepanjang kehidupanmu.
 
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua-duanya telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. 

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Isra' ayat : 24]

Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

Niatlah di hati untuk menyedekahkan segala pahala kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini kepada kedua ibu bapa kita. Sentiasalah menyedekahkan al-Fatihah buat mereka, tidak kira saat mereka masih meneruskan kehidupan dunia ini ataupun sudah kembali kepada Sang Pencipta, kelak ibu bapamu kan sentiasa bahagia tidak kira dia alam mana mereka berada. Jangan jadikan sikap atau kelakuan orang tuamu yang kurang baik sebagai alasan buat dirimu untuk tidak menghormati mereka. 

Walau bagaimana kejahilan yang bersarang dalam diri , mereka tetap ibu dan ayah yang telah mebesarkan dan menjaga kita sehingga mampu kita berdiri di atas kaki sendiri. Jadikanlah diri kita, yang sudah mampu berfikir sendiri untuk melakukan pencarian dalam ilmu keagamaan dan melakukan penghijrahan mencari cintaNya yang kekal abadi untuk menjadi sinar cahaya serta pencetus buat diri ibu bapa bahkan adik beradik kita, untuk bersama-sama mencari jalan yang diredai dan diberkati Allah. Marilah kita bersama-sama membentuk satu institusi keluarga yang soleh.  ^_^








Post a Comment