Laju benar injap jantung menutup dan
membuka membenarkan darah mengalir selaju mungkin. Fenomena tachycardia sedang berlaku dengan
rancaknya dalam kalangan para penuntut di Bumi Salju ini setelah melewati bulan
Disember terakhir tahun 2013, dan mula berjabat mesra dengan Januari pertama
bagi tahun 2014. Examination is just
around the corner!
Assalamualaikum wbt. Salam imtihan!
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tidaklah indah satu kehidupan yang
tidak mempunyai pergantungan. Fitrahnya manusia ialah sikap kebergantungan itu
sendiri.
Untungnya berada di dalam ni’mat iman
dan islam ini ialah kita mengetahui bahawa kita punya Allah untuk diletakkan
kebergantungan, tidak pada makhluknya yang tidak punya walau sekelumit kekuatan
tanpa izinNya.
Daripada Abu
al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas R.A. berkata (maksudnya) :
"Pada suatu
hari,aku berada di belakang Nabi S.A.W. lalu baginda bersabda kepadaku, wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah, iaitu :
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah daripada Allah. Apabila engkau memohon
pertolongan, maka mohonlah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah,bahawa jikalau
umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan
mampu memberikan manfaat kecuali suatu yang memang Allah telah tentukan
untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan engkau dengan suatu
mudarat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan engkau kecuali dengan suatu
yang memang Allah telah tentukannye ke atasmu. Pena-pena telah diangkat dan
lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).”
(HR at-Tirmidzi)
Semangat New Year masih belum sirna dari jiwa kita (konon-konon sambut tahun
baru ), sudah perlu menghadapi limpahan buku-buku dan nota-nota di atas meja study. Allahu, kita kan pencari ‘ilmu,
sudah pastilah tugas untuk seorang pencari ‘ilmu itu untuk sentiasa berdamping
dengan sumber ‘ilmu itu sendiri.
[credit] |
Sesudah berminggu-minggu bersahabat
baik dengan buku-buku dan nota-nota ini, setiap helaian sudah habis ditelaah,
diulang-ulang bacaanya, dihafal dan disemat rapi segala yang perlu, tidak ada
satu pun diagram yang terlepas pandang, maka bermulalah peperangan sebenar, which is the examination!
Dari sinilah bermulanya resepi tawakal
yang sebenar. Anda telah berusaha, berhempas pulas sehabis energy, siang bersama lembaran-lembaran indah cetakan manusia,
malam pula bersama-sama Pencipta seluruh alam dan Pemilik seluruh ‘ilmu.
[credit] |
“...Dan barang Siapa bertawakal
kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya…"
(At-Talaq: 3)
Kemudian, setelah segala persiapan
untuk berperang telah lengkap, ayuhlah menuju medannya. Hah! Bermulalah resepi
tawakal kita. Meletakkan seluruh pengharapan kepada Allah SWT setelah
segala-galanya dipersiapkan. MashaAllah indahnya, bila mana kita punya
pergantungan kepada Allah. Tempat kita menyerahkan segala rasa tanpa perlu
berputus asa.
“Dan bertawakallah
kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara" (Al-Ahzab: 3)
“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan
ingat kepadamu..." (Al-Baqarah: 152)
Indahnya hasil daripada resepi tawakal ini, apabila kita
menghadapi kesenangan, perkataan Alhamdulillah
takkan luput dari bibir kita, malah ketika menghadapi kesusahan pula kalimah Innalillahi wa inna Ilaihirajiun pula
laju meniti mendahului segala lafaz yang tidak sepatutnya.
Hal ini kerana, setelah tawakal kita sebatikan di dalam hati,
apa pun rezeki yang Allah berikan kepada kita, pasti kita akan tetap teguh
menerima segalanya dengan berlapang dada. Tidak akan wujudlah perasaan bahawa,
segala yang kita usahakan dirasakan tidak berbaloi. Astaghfirullah al azim. Allah memberikan apa yang kita perlu, bukan
apa yang kita mahu.
Hasil daripada resepi tawakal ini, maka akan terhasillah insan yang bukan sahaja mempunyai pergantungan seratus satu peratus kepada Khaliq nya, malah menjadikan kita insan yang sentiasa redha dan bersyukur atas setiap rezeki serta ni’mat kurniaanNya. Subhanallah!
Jika, seawalnya, niat kita sudah diperbetulkan, mendampingi
segala sumber ‘ilmu adalah untuk mendapatkan ‘ilmu yang diberkati dan diredhaiNya,
pastilah kita akan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Hasil daripada
resepi tawakal ini, maka akan terhasillah insan yang bukan sahaja mempunyai
pergantungan seratus satu peratus kepada Khaliq nya, malah menjadikan kita
insan yang sentiasa redha dan bersyukur atas setiap rezeki serta ni’mat
kurniaanNya. Subhanallah!
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika
kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah ni’mat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari
(ni’mat Ku), maka pasti azab Ku sangat berat” (Ibrahim: 7)
Itulah resepi tawakal ! Indahkan? Ayuh. Sama-sama kita baking dengan resepi tawakal ini. Semoga
Allah redha.
Wallahu’alam.
Post a Comment