AYAM GONG XI FA CAI

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Baca tajuk entri pun sudah boleh agak resepi kali ini mesti ada kaitan dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma 31 Januari ini.

Banyak limau mandarin di depan mata?

Bosan makan begitu sahaja?

Marilah cuba resepi yang mudah dan dijamin sedap ini!

Bahan-bahan ( 2 orang makan):-

* 3 potong ayam bahagian dada

* 1 biji limau mandarin

* 3 cheese keping

* 5 sudu kecil soy sauce

* Setengah biji lemon

Cara-cara:-

1. Ketuk ayam supaya semua bahagian menjadi sama rata.

2. Letakkan 2-3 ulas limau mandarin di atas ayam.

3. Kemudian, gulung ayam tersebut bersama-sama dengan limau mandarin tadi.

4. Ambil loyang dan letakkan 5 sudu kecil soy sauce bersama dengan perahan lemon.

5. Susun ayam di dalam loyang dan masak di dalam oven.

6. Apabila ayam sudah cukup masak, letakkan kepingan cheese di atas ayam dan bakar sekali lagi.

7. Bolehlah dimakan bersama dengan nasi ataupun roti.

Selamat mencuba!




Post a Comment