Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh
Ucapkanlah
syukur Alhamdulillah,
Di
atas nafas yang masih terhela hari ini,
Muhasabahlah
dengan penuh rendah diri,
Adakah
nyawa hari ini masih ada,
Untuk
membayar ‘hutang-hutang’Nya yang belum langsai,
Atau melaksanakan
syahatul haq yang dipandang sambil lewa selama ini.
Penat? Lelah? Putus asa? Kecewa? Diri
dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Musim sejuk yang panjang ini membuatkan
diri hanya ingin berlingkar di dalam
selimut di atas katil. Malas untuk bangkit tidur, untuk memasak makanan yang disuapkan ke mulut sendiri pun malas.
Namun, kemalasan itu harus dibunuh. Peperiksaan besar menanti sebelum berehat
seketika untuk cuti musim sejuk. Hati mengatakan’ ya’ untuk melancong pada
waktu cuti ini, tetapi nafsu mengatakan ‘tidak’ dan ‘malas’ untuk peperiksaan
nanti.
Dunia akademik. Dunia mencabar untuk para
pelajar. Sedang diri membuka buku untuk mengulangkaji, hati dan akal
seakan-akan tertanya soalan yang tidak berkesudahan.
“Kenapa
dunia medic yang aku pilih dulu?”
“Kalau
aku tahu sesusah ini, adakah aku masih teguh
memilih bidang ini dulu?”
“Kalau
dipatah balik waktu, rasanya aku dah tak pilih dah bidang ini. Mengapakah waktu
tidak boleh dipatah balik??”
Soalan itu bukan kali pertama tapi selalu sangat
berlegar-legar dalam diri ini. Fikirku selama ini, diri ini seorang sahaja yang
merasakan sedemikian rupa.
“Sahabat,
saya tertanya-tanya kenapa jalan ini yang saya pilih dulu. Susah!”
“Ya
Allah, ingatkan saya seorang je fikir macam tu.”
“Saya
pon sama. Fikir sama dengan apa yang
korang fikir.”
Rupanya, rasa ini ada pada hampir setiap
orang. Bukan niat untuk menyalahkan takdir. Tapi hati ni tak berhenti mengeluh
kesah.
Bukan MARA atau JPA yang memilih anda ke sini tetapi Allahlah yang telah menetapkan anda di sini.
Zappppp… Tepat menembak diri sampai
rebah. Pistol apa yang ikhwah ni guna?
Pistol cap bawang? Pipi terasa basah.
Benar! Allah yang memilih diri ini ke sini.
Kalau bukan kerana Allah berkehendakkan diri ini ke sini, sudah tentu JPA tidak
memilihku ke sini. Jika Allah tidak berkehendakkan aku di sini, pasti
pembatalan penghantaran pelajar ke Rusia pada tahun 2012 dulu benar-benar
berlaku.
Ya, Allah pilih khas diri ini, khas di sini
untuk melalui jalan ini. Bukan jalan yang lain. Berat mana ujian yang Allah
beri, maknanya Dia tahu kemampuan diri ini setakat mana. Jadi masih wajarkah
rasa penyesalan itu masih menjerut leher ini?
Renungkanlah mengapa dulu begitu teguhnya
dirimu memilih jalan ini. Adakah sebab belajar medic itu bererti famous?? Adakah
sebab menjadi doctor itu suatu perkara yang sangat hebat?? Adakah sebab belajar
luar Negara itu untuk berbangga-bangga??
Imbas
kembali…
Hari
pertama Program Pendedahan Kerjaya, saya nekad untuk memberitahu mama dan ayah
betapa saya tidak mahu meneruskan cita-cita saya sebagai seorang doctor.
Kerana,
Saya
melihat betapa sukarnya pekerjaan seorang doctor itu,
Saya
melihat betapa sedikitnya masa seorang doctor bersama keluarganya,
Saya
melihat betapa penatnya kerja seorang doctor.
Namun,
hari kedua Program Pendedahan Kerjaya saya kembali bersemangat untuk meneruskan
cita-cita saya sebagai seorang doctor.
Kerana,
Saya
melihat seorang pak cik tua yang terlantar nazak di katilnya. Melihat betapa
ahli keluarganya mengharap doctor itu dapat membantu.
Membuat
saya merenung dan muhasabah diri.
Sampai
bila saya hanya ingin perkara yang senang??? Sampai bila saya hanya ingin
bergoyang kaki melihat kesukaran orang lain???
Barulah
saya dapat melihat betapa mulianya pekerjaan seorang doctor.
Mulianya
seorang doctor kerana sanggup mengorbankan masa dengan keluarga untuk merawat
penyakit anak bangsa,
Mulianya
seorang doctor kerana dalam kepenatannya, dia mengharap semata-mata kekuatan
dariNya.
Mulianya
seorang doctor kerana dalam masa merawat penyakit jasmani manusia, dia turut
menyuntik penawar untuk penyakit rohani manusia.
Ya,
mulianya seorang doctor jika dia menjadi seorang doctor yang mengharap
keredhaan Allah semata-mata. Dengan pengorbanannya dia berharap akan balasan
kasih sayangNya semata-mata.
Ya, segala-galanya dia lakukan kerana Allah.
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Tersentak. Bagaimana semangat dulu yang
membara-bara kini bagaikan hampir padam dijirus air?
Bangkitlah diri. Teruskan
melangkah. Jalan ini masih panjang. Allah ada untuk membantu.
Buku dibuka kembali. Semangat kembali
datang. Masih banyak lubang-lubang ilmu yang perluku penuhi.
Usaha itu harus
dan selebihnya ku tawakkalkan pada Allah. Semoga Allah redha. Masa masih
berbaki sebelum hari tibanya peperiksaan.
Sesungguhnya peperiksaan itu pasti. Jika bukan
di dunia yang sementara ini, pasti ada di alam kubur dan di padang mahsyar
nanti. Mudah-mudahan, bukan ujian di sini sana sahaja yang kita lulus dengan
cemerlang gemilangnya tetapi ujian di sana nanti juga begitu.
Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada, kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo, rasa macam dah tak mampu bangkit, rasa macam dah tak mampu hela nafas –hlovate-
Post a Comment