FRIDAY WRAP (27/12/13-02/01/14)

0 comments
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.
Bertemu kembali dalam Friday Wrap pada minggu ini.

Serangan Israel di Gaza, 3 cedera
Jumaat, 27/12/2013


GAZA - Tiga warga Palestin cedera dalam serangan udara Israel di Gaza. Israel baru-baru ini mempertingkatkan usaha operasi ketenteraan di wilayah tersebut. Awal minggu ini, pesawat pejuang Israel mengebom wilayah itu, mengorbankan sekurang-kurangnya dua warga Palestin termasuk seorang anak kecil perempuan berusia tiga tahun , dan mencederakan beberapa orang lain.

Tentera Israel sering mensasarkan warga Palestin di sepanjang sempadan Gaza yang masih terputus dari dunia luar oleh sekatan Israel yang melumpuhkan kehidupan ekonomi warga Palestin yang tinggal di Gaza.


Tindakan Keras Polis Mesir Terhadap Mahasiswa Al Azhar
Jumaat, 27/12/2013



Kairo - Polis Mesir menyerbu Universiti Al-Azhar Kairo dan terus melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan mahasiswa anti-rampasan kuasa. Khamis lalu, polis bertempur dengan mahasiswa yang terus memprotes penggulingkan Presiden Mohamed Mursi dan membekukan perlembagaan pada bulan Julai.

Beberapa pelajar termasuk pelajar perempuan , dilaporkan ditangkap dan sejumlah mahasiswa lain cedera dalam serangan tersebut. Sebelum itu, polis menyerbu Zagazig University di wilayah Al-Sharqiyah di utara dan menangkap beberapa mahasiswa yang mengadakan tunjuk perasaan.

Sekitar 1,000 orang meninggal dalam seminggu kekerasan antara penyokong Mursi dan pasukan keselamatan selepas polis menyuraikan kem protes mereka dalam operasi mematikan di pertengahan Ogos di kawasan Rabaa Aladawiyah.


Palang Merah Antarabangsa Temui 40 Mayat di Bangui
Jumaat, 27/12.2013

Bangui - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( International Committee of the Red Cross / ICRC ) berkata 40 mayat telah ditemui di ibu negara Republik Afrika Tengah, Bangui berikutan pertengkaran di bandar. Marquet mengatakan 60 lebih mayat telah ditemui Isnin lalu. Dia berkata ICRC belum mempunyai angka kematian yang tepat sejak keganasan berlaku pada 5 Disember di Republik Afrika Tengah.

Republik Afrika Tengah dilanda kekacauan sejak Mac apabila para pejuang seleka menggulingkan Presiden Francois Bozize. Bozize meninggalkan negara selepas kejatuhannya. Ketegangan antara kumpulan agama turut melanda negara yang terletak di benua Afrika itu.


Seorang Mahasiswa Meninggal Dalam Pemberontakan di Al Azhar
Sabtu, 28/12/2013



Kairo - Seorang mahasiswa penunjuk perasaan telah meninggal di Kairo  dalam protes anti-kerajaan hasil rampasan kuasa tentera. Pertengkaran meletus antara pasukan keselamatan dan mahasiswa pada hari Sabtu selepas mereka menggelar protes terhadap kerajaan hasil rampasan kuasa tentera di Universiti Al Azhar. Laporan mengatakan bahawa akibat pertengkaran, berlaku kebakaran di sebuah bangunan di kampus Al Azhar.

Pertengkaran berlaku sehari selepas lima orang terbunuh dan puluhan cedera sewaktu pertengkaran antara pasukan keselamatan dan penyokong Mursi. Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air untuk menyuraikan para penunjuk perasaan semasa kekerasan di Kairo dan empat bandar lain.


Serangan Bom Tong Kembali Terjadi di Aleppo, 25 Orang Meninggal
Sabtu, 28/12/2013



Damsyik - Satu serangan udara rejim pemerintah Syria dengan menjatuhkan bom tong di daerah yang dikuasai pejuang di Aleppo pada hari Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Serangan udara yang menghentam sebuah pasar sayur-sayuran di daerah Tariq al-Bab di Aleppo utara terjadi sekitar 10:00 pagi. Serangan udara lain dilaporkan berlaku di beberapa kawasan yang dikuasai pejuang di Aleppo, walaupun tidak ada laporan mengenai jumlah korban.


Seorang Mahasiswa Meninggal Dalam Pemberontakan di Bangladesh
Ahad, 29/12/2013



DHAKA - Seorang mahasiswa meninggal dalam pertengkaran antara sejumlah besar penunjuk perasaan pembangkang Bangladesh dan pasukan keselamatan di ibu negara, Dhaka sewaktu demonstrasi menentang pemilihan umum akan datang. Mozammel Haque, seorang pegawai polis Dhaka mengatakan mahasiswa tersebut mati dalam pertengkaran pada hari Ahad.

Lebih 750 penyokong pembangkang telah ditahan atas "tindakan pencegahan". Lebih dari 270 orang meniggal dalam pertengkaran antara polis dan penunjuk perasaan semasa demonstrasi menentang pilihan raya Januari nanti dan mahkamah jenayah perang pemimpin pembangkang sejak awal 2013.

Krisis meningkat di negara itu ketika Abdul Quader Molla , seorang pemimpin politik terkemuka dari parti Jamaat-e-Islami , dilhukum gantung atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang selama perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan di 1971.


Lebih Dari 500 Orang Terbunuh Dalam Operasi Serangan Udara di Aleppo
Isnin, 30/12/2013



Damsyik - Lebih dari 500 orang telah meninggal dalam dua minggu serangan udara rejim Bashar Assad di daerah-daerah yang dikuasai pejuang di bandar Aleppo dan sekitarnya. Serangan udara di bandar terbesar kedua Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya 517 orang, termasuk 151 kanak-kanak dan 46 wanita. Pesawat dan helikopter rejim pemerintah Syria telah menyerang Aleppo sejak 15 Disember. Tentera Udara Syria sering menggunakan tong sarat dengan bahan letupan atau sering disebut bom tong.

Wilayah utara Aleppo telah menjadi kawasan utama dalam pertempuran sejak pertengahan 2012. Bom ini meletup dan menimbulkan kebakaran serpihan logam dengan angka korban yang besar. Di Syria bom ini digunakan sejak 2012  dan menimbulkan kecaman luas dari pelbagai negara.


Serangan Bom di Stesen Kereta Api Volgograd, 16 Maut
Isnin, 30/12/2013


RUSIA - Serangan bom oleh seorang wanita mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang pada hari Ahad di stesen kereta api utama bandar Volgograd, Rusia selatan enam minggu sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi bermula.

Serangan disyaki dilakukan oleh seorang perempuan yang berasal dari Dagestan, Oksana Aslanova. Serangan berlaku 30 minit sebelum kereta api dari Moscow tiba di stesen Volgograd. Diduga kereta api itu merupakan sasaran serangan pelaku berusia 26 tahun itu, demikian laporan berita antaranews.com.

Gambar yang berjaya ditangkap oleh kamera CCTV menunjukkan ledakan bom berlaku di pintu depan dan tingkap dari bangunan tiga tingkat itu. Juru cakap Jawatankuasa Siasatan Rusia Vladimir Markin berkata, para pegawai telah melancarkan penyelidikan atas serangan ini.

Serangan itu adalah yang paling teruk di Rusia dalam hampir tiga tahun terakhir . Kementerian Dalam Negeri Rusia berkata pihaknya akan meningkatkan keselamatan di semua stesen kereta api utama dan lapangan terbang. Bandar berpenduduk satu juta orang ini terletak 690 kilometer dari Sochi, bandar lokasi pelaksanaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.


Ledakan Bas Eletrik di Volgograd, 14 Maut
Selasa, 31/12/2013


Moscow - Satu hari selepas serangan bom berani mati di stesen kereta api, militan kembali melakukan serangan di Rusia pada hari berikutnya dengan meletupkan bas elektrik yang menewaskan lebih 10 orang. Serangan yang juga dilakukan itu menghancurkan bas eletrik tersebut.


Pihak berkuasa yakin bahawa pengeboman tersebut dilakukan oleh kumpulan sama yang meletupkan stesen kereta api sehari sebelumnya. Secara keseluruhan lebih 30 orang terbunuh dalam dua letupan dalam dua hari berturut-turut itu, menjadikan bandar berpenduduk satu juta jiwa dibayangi ancaman pengganas yang kini dihadapi Rusia, sewaktu negara itu bersiap untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari di Sochi , projek utama Presiden Vladimir Putin.

Volgograd, yang terletak kira-kira 650 km timur laut Sochi, menjadi transit utama bagi Rusia Selatan, dengan pelbagai laluan bas mengaitkannya dengan provinsi-provinsi bergolak di Caucasian Utara, Russia. Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan hampir 30 cedera, demikian menurut para pegawai kesihatan awam. Para pegawai belum menyebutkan nama-nama dan belum ada seorang pun mengaku bertanggungjawab dalam pengeboman tersebut.


Ulama Kutuk Keras Pembunuhan Muslim Sunni di Anbar Oleh Kerajaan Iraq
Rabu, 01/01/2014



BAGHDAD  - Sebuah organisasi ulama terkemuka telah mengutuk keras serangan terhadap penunjuk perasaan damai di wilayah Anbar barat Iraq, meminta kerajaan Iraq bertanggungjawab kerana menumpahkan darah warga muslim ( sunni ).

Pernyataan IUMS diberikan setelah polis dan tentera Iraq melakukan tindakan keras terhadap penduduk-penduduk Muslim Sunni anti-kerajaan di Anbar, mencetuskan pertembungan sengit antara pasukan keselamatan Iraq dan warga kesukuan Anbar. Demonstran mengatakan bahawa kerajaan Perdana Mentri Iraq, Nouri al-Maliki yang beraliran syiah telah meminggirkan muslim sunni.

Maliki telah berulang kali berjanji untuk mengentikan aksi demonstrasi dan menuduh penunjuk perasaan melindungi pejuang yang berkaitan dengan Al-Qaeda. Pasukan kerajaan melakukan aksi kekerasan dalam menghentikan demonstrasi pada hari Isnin  mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang menurut laporan polis dan sumber perubatan.


Muslim Manchester Hantar Selimut Ke Syria
Khamis, 02/01/2014



MANCHESTER - Sebuah masjid di wilayah Greater Manchester telah berjaya mengumpulkan 30,000 pounds untuk membantu mangsa di Syria hanya dalam masa dua hari selepas berita bahawa ambulans bantuan dari Rochdale, sebuah bandar kecil di kawasan Greater Manchester  hancur dalam letupan bom di Syria. Projek pengumpulan dana dilakukan oleh Central Mosque Rochdale untuk korban Syria dengan tema projek # Blankets4Syria.

Kempen ini bermula dengan imbauan di solat Jumaat yang berjaya mengumpulkan 14,000 pounds. Pada hari Sabtu, masjid mengadakan aktiviti mencuci kereta dan berjaya mengumpulkan 11,000 pounds. Dan Shish Cafe di Jalan Tweedale menggenapkan angka bantuan hingga mencapai 30,000 pounds. Central Mosque Rochdale ditubuhkan pada tahun 1974 oleh komuniti Muslim tempatan dan terletak di Mere Street, Rochdale.


2 Penyokong Ikhwanul Muslimin Meninggal Sewaktu Protes di Alexandria
Khamis, 02/01/2014



KAHERAH - Dua penunjuk perasaan Mesir telah meninggal dalam pertengkaran antara para pendukung Ikhwan Muslimin dan polis di bandar pelabuhan Alexandria. Pertengkaran berlaku pada hari Rabu antara polis dan pelajar di bandar Alexandria, di mana para 2 penunjuk perasaan terbunuh dan beberapa yang lain cedera terkena peluru hidup.

Pertengkaran sama juga dilaporkan berlaku di bandar Zakazik, Delta Nil. Di ibu negara Kaherah, pasukan keselamatan Mesir juga bertempur dengan penyokong presiden Mohammad Mursi. Satu aksi protes anti-kerajaan berlaku dekat ibu pejabat kementerian pertahanan di Kaherah. Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan mahasiswa pro-Mursi.

Sementara itu, mahasiswa dari Universiti al-Azhar Kaherah ini telah dipanggil untuk demonstrasi besar-besaran di Padang Tahrir pada hari Jumaat. Minggu lalu, kerajaan sementara Mesir hasil bentukan tentera telah mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas.


Sekian sahaja lintasan berita dunia dalam Friday Wrap pada minggu ini. Semoga menjadi manfaat dan iktibar kepada para pembaca. Terima kasih.


(Ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: “Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya”. (Allah berfirman): “Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, Maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.(Al Anfal 8:49)

*Tawakkal manifestasi tahap kebergantungan makhluk kepada Sang Pencipta









Post a Comment