Meruntuh dan Membina.

0 comments








Bila hati berkata-kata…

“Islam itu bersifat meruntuh dan membina. Ia meruntuhkan kejahatan JAHILIYYAH dan kemudian ia membina kerikil TAUHID. Untuk menundukkan jahiliyyah, ia memerlukan senjata TARBIYYAH,”

“Untuk menggenggam TARBIYAH, memang tidak mudah, memang payah.”

“Biarlah orang kata jalan TARBIYAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan dakwah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali!”

“Oleh itu, jangan pernah mengalah. Kerana jalan tarbiyah bukan jalan untuk kalah. Kita berada di jalan ini adalah untuk menang. Menang pada timbangan Allah.”

58:21



Allah telah menetapkan "Allah dan rasul-rasulKu pasti menang." Sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa. (Al-Mujadilah, 58:21)

Kehidupan tidak akan lari dari erti pengorbanan. Dan setiap pengorbanan memerlukan mujahadah. Ya, JIHAD! Dari alam rahim lagi kita sudah mulai mengenal erti mujahadah. Mujahadahnya sperma dalam menyatu dengan ovum, muhajadahnya anak kecil yang mula belajar dari merangkak kepada berjalan, mujahadahnya seorang pelajar dalam pelajarannya, mujahadahnya seorang pekerja dalam komitmen kerjanya, mujahadahnya si ayah dalam memberikan nafkah keluarga dan sebagaikan. Itulah kehidupan.

Ternyata, kehidupan ini bukan dicipta hanya sekadar memenuhi keinginan peribadi, hanya sekadar melempiaskan nafsu manusiawi semata-mata. Hakikatnya ada perkara yg lebih besar kenapa Allah menciptakan kehidupan dunia ini. 

Sungguh! Untuk berjihad itu tidak mudah. Ternyata, kehidupan ini bukan dicipta hanya sekadar memenuhi keinginan peribadi, hanya sekadar melempiaskan nafsu manusiawi semata-mata. Hakikatnya ada perkara yg lebih besar kenapa Allah menciptakan kehidupan dunia ini. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Mulk ayat 2,





"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) -" (Al-Mulk, 67:2)

Justeru dengan tarbiyah kita belajar erti kehidupan yg sebenar.

Lihat sahaja para sahabat, yang boleh kita jadikan sebagai role model dalam pentarbiyahan diri. Kadangkala, terasa begitu rendah iman ini kalau nak dibandingkan dengan keimanan para sahabat nabi dahulu.. yang sanggup meredah apa jua demi Islam yang tercinta… Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman begitu menampar diri ini.. 




"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman, 55:13)

Kadang2 agak mudah untuk kita menipu diri kita sendiri… padahal kebenarannya sudah jelas tersuluh di depan mata..

Tatkala ditimpa musibah dan ujian ‘kekurangan’.. siapakah agaknya yang berasa lemah dan menangis berseorangan, mengenang nasib yang tak sudah-sudah malang?

Tatkala mendapat keputusan ‘exam’ yang teruk… siapakah agaknya yang mula menyalahkan lecturer dan soalan yang kononnya susah sangat?

Dan tatkala melihat orang lain mendapat nikmat yang lebih… sedangkan diri kita lebih banyak berusaha daripada dirinya.. siapakah agaknya yang mula stress dan merasakan dunia ini sangat-sangat tidak adil kepada dirinya? Sedangkan dalam masa yang sama.. nikmat Allah yang berada dalam diri kita sendiri tidak pernah kita syukuri… nikmat tangan, kaki dan mata yang sempurna tidak pernah kita endahkan.. dan nikmat Allah yang terbesar, yakni Islam dan iman.. tidak pula kita hargai..

Inilah dia yang dinamakan manusia, seringkali terumbang-ambing antara leka, lupa dan sedar.

Inilah dia yang dinamakan manusia, seringkali terumbang-ambing antara leka, lupa dan sedar. Justeru, sempena fatrah imtihan ini, sama-samalah kita melipatgandakan tawakal kita kepadaNya. Sentiasalah mensyukuri nikmat yang diberikanNya, tingkatkan usaha, kurangkan rungutan dan tingkatkan doa. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan dalam setiap urusan kita.

“...Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan, dan dalam kekalutan ada DIA.. untuk mengadu dan mengharap..” ^_^ 


Post a Comment