ST PETERSBURG | SAMBUTAN TAHUN BARU 2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

ST PETERSBURG - Pada 31 Disember 2013, Malaysian Engineering Student of Saint Petersburg (MESSP) telah mengadakan satu sambutan hangat sempena tahun baru yang bakal menjelang. Sambutan ini bertempat di hostel pelajar-pelajar St Petersburg sendiri. Hasil persetujuan bersama, pihak MESSP telah memilih menu pizza serta bubur ayam sebagai hidangan sambutan pada kali ini. Sambutan ini berjalan seawal jam 1 tengah hari dengan acara gotong-royong membuat bubur ayam oleh pelajar perempuan.

Sambutan Tahun Baru 2014 ini diselitkan dengan sesi solat Isyak, tazkirah serta bacaan Yasin yang dilakukan secara berjemaah pada pukul 8 malam untuk menambahkan keberkatan pada sambutan.

Seperti kebiasaannya, sambutan tahun baru akan diserikan lagi dengan bunga api dan mercun yang dimainkan oleh semua pelajar tepat jam 12 malam. Melalui sambutan ini, hubungan silaturrahim antara pelajar dapat dieratkan serta dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar semasa penyediaan menu dilakukan. Tidak dapat dinafikan, sambutan tahun baru pada kali ini mendapat sambutan hangat dari semua pelajar.

Wallahua'alam


Post a Comment