Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Firman Allah SWT dalam surah Al Ankabut ayat 20 yang bermaksud :
"Mengembaralah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah telah memulai ciptaan makhluk-makhluk... "
Tahukah anda di mana kita boleh membeli tiket train untuk ke bandar bandar lain di sekitar bumi Soviet ini? Pada bulan ini, Local Wrap AZAM bakal menyingkap kaunter tiket train bagi memudahkan urusan jaulah anda sempena winter break kali ini.
~Moscow~
Nama:Kazansky Vokzal
Metro yang berdekatan:Komsomolskaya
Penerangan:Kaunter tiket train terletak di dalam metro.Anda hanya perlu mengikuti arah petunjuk yang sedia ada.Tiket untuk ke Nizhny Novgorod,Kazan,Kazankhstan,Ulyanovsk dan Uzbekistan boleh didapati di sini.
Nama:Pavelesky Station
Metro:Paveletskaya
Penerangan:Tiket untuk keVoronech,Astrakhan,Volgograd dan lain-lain boleh didapati di sini.
Nama:Leningradsky Station
Metro yang berdekatan:Komsomolakaya
Penerangan:Tiket untuk ke St Petersburg,Novgorod dan lain-lain boleh didapati si sini.
~St Petersburg~
Nama : Maskovskiy Vokzal
Alamat : 85, Nevsky av., St. Petersburg, Russia
Metro yang berdekatan : Metro Ploshchad Vosstaniya dan Metro Mayakovskaya
Penerangan : Vokzal terletak berdekatan dengan Metro Mayakovskaya. Melalui pintu keluar Metro, anda akan dihubungkan terus dengan vokzal. Tiket untuk ke Moscow, Volgograd, Kazan, Vladimir dan lain-lain boleh didapati di sini. Dari St Petersburg, perjalanan ke Moscow memakan masa 8 jam dengan menaiki keretapi biasa, manakala hanya 3 jam 40 minit dengan menaiki keretapi laju "Sapsan".
~Nizhny Novgorod~
Nama:“Maskovski Vakzal”
Panduan:Dari hostel, anda boleh menaiki bas 43, T19 dan turun di perhentian “Maskovski Vakzal”. Stesen ini berhadapan dengan pusat membeli belah “Respublika”. Perjalanan memakan masa hampir sejam. Selain itu, stesen ini terletak berdekatan dengan pasar atau “rinak”. Di sini juga terdapat restoran halal.
Penerangan:Tiket untuk ke Moscow, Volgograd, Kazan, Vladimir, St Petersburg, Ekaterinburg dan Sochi boleh didapati di sini. Dari Nizhny, perjalanan ke Moscow hanya memakan masa 3 jam dengan menaiki Sapsan.
~Volgograd~
Lokasi: Vokzal Volgograd, Station no 1
Panduan: trolleybus no 8, masyrut no 55,88
Penerangan:Masuk ke entrance dan belok kanan. Di situ, terdapat banyak kaunter bagi perkhidmatan membeli tiket.Antara destinasi yang boleh dituju: Krasnodar, Rostov-on-Don, Moscow, Saratov, Astrakhan dan lain-lain
Tips ketika membeli tiket train
1. Barang yang perlu dibawa: passport dan duit
2. Tiket:
Terdapat 2 jenis cabin utama
a. Economy (плазкарт): 1 bagon dalam 54 orang, murah
b. Compartment (купе): 1 compartment 4 orang, sedikit mahal, selesa
Boleh rujuk gambar contoh di bawah
Anda boleh request availability seats (seat atas atau bawah)
3: Penting: setelah membeli tiket, check information di atas tiket (Nama, no passport, tempat dan masa destinasi yang dituju etc). Rujuk gambar contoh
Note: Terdapat juga beberapa monitor bagi pelanggan untuk check availability destinasi dan seats sebelum membeli di kaunter
p/s :Selamat berjaulah!
Post a Comment