Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt brothers and sisters..
Winter Holiday kini kembali !
Makanya
Pertandingan
Travelog Azam 2014 juga kembali ~
Sudah pasti anda
semua tidak sabar hendak memulakan perjalanan anda sebagai Seorang Pengembara di negara lain.
Dan anda ingin
berkongsi pengalaman perjalanan anda bersama kami ?
Sudah pasti bisa! AZAM Russia, dengan ini
mengalu-alukan pernyertaan anda semua dalam Pertandigan
Travelog Azam 2014.
Ceritakan pengalaman anda serta pengajaran
yang baik dalam bentuk penulisan (cerpen), fotografi (instaAZAM) dan juga video.
¿¿ Anda berminat ??
Jom kita tengok syarat-syarat pertandingan
bagi setiap kategori.
Syarat-syarat Pertandingan :
- Terbuka kepada semua pelajar
Malaysia di Russia sahaja.
- Ahli Team Media AZAM Russia
dibenarkan menyertai pertandingan kecuali PARA JURI yang dilantik.
- Para
peserta dibenarkan untuk menyertai ketiga-tiga kategori sekaligus.
- Setiap
karya yang dihantar perlulah menepati syariat Islam.
- Setiap karya yang dihantar kepada pihak kami
tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik AZAM Russia.
- Pihak AZAM Russia mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya para peserta. Keputusan
akhir pertandingan adalah muktamad berdasarkan kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan.
FOTOGRAFI (InstaAZAM)
- Para peserta hendaklah menghantar gambar berdasarkan tema Mencari Cinta Abadi.
- Para peserta diwajibkan untuk menulis nama peserta serta lokaliti serta hashtag #TravelogAzamRussia2014 , #AZAMRussia, **HASHTAG TEMA (#MencariCintaAbadi) diruangan caption.
- Nyatakan jenis kamera atau smartphone yang digunakan.
- Gambar yang dihantar mestilah mengandungi mesej dan juga quote yang bernas.
- Tidak terlalu banyak quote (tulisan) sehingga menutupi fokus gambar.
- Maksimum gambar yang dihantar adalah sebanyak 3 keping bagi setiap peserta.
- Post editing adalah dibenarkan dan mengikuti kreativiti masing-masing tetapi tidak terlalu banyak effects/edit/retouche, mestilah berpada-pada.
- Photo Manipulation adalah dilarang sama sekali dan menyebabkan pernyetaan peserta akan terbatal serta-merta.
-Gambar mestilah sopan dan tertib.
- Hasil karya akan dimuat naik di InstaAZAM setelah
tamat tarikh penyertaan.
VIDEO
- Maksimum video yang dihantar
adalah 5 minit
- Format video berdurasi antara 3
hingga 5 minit:
- Frame 1: (3 saat) Pertandingan Video Travelog Azam Russia
2014 | Tajuk video
- Frame 2: (5 saat) Nama peserta/pasukan dan tajuk
video
- Kandungan video
- Kandungan video
- Frame akhir: (3 saat) Istimewa untuk <imej logo
AZAMRussia>
- Fade out
- Sari kata (subtitle) Bahasa
Melayu mesti diletakkan pada seluruh kandungan video yang mengandungi
percakapan atau dialog.
- Muat naik video Anda ke laman
Youtube dengan butiran berikut:
- Title: “Travelog Azam Russia 2014: [Tajuk karya
Anda]”
- Description: Sinopsis karya anda
- Tags: #TravelogAzamRussia2014 dan #AZAMRussia
- Privacy Settings: Unlisted
- Peserta boleh menghantar video
pendek dengan emailkan link YouTube yang ‘Unlisted’ ke azamrussia@gmail.com.
CERPEN
- Peserta bebas untuk menulis bentuk penulisan mereka dengan tema Mencari Cinta Abadi.
- Mestilah disertakan dengan minimum 2 gambar.
- Segala penulisan berbaur politik dan isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali. Ini akan menyebabkan penyertaan peserta akan terbatal serta-merta.
- Penulisan yang dihantar hendaklah mengandungi nilai-nilai murni dan juga pengajaran yang baik lagi jelas.
- Font : Times New Roman, 12, single spacing, Justify text. Tidak melebihi 1500 patah perkataan.
- Peserta boleh menghantar cerpen beserta maklumat peribadi (Nama penuh, universiti, tahun pengajian) dalam format Microsoft word dan emailkan ke azamrussia@gmail.com dengan subjek 'Cerpen Travelog AZAM Russia 2014'.
~ Pelbagai hadiah menanti para pemenang!
Apa tunggu lagi~ ayuh, sertai ! :)
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah
memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah
saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah,
bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali
lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu."
(QS. 29:19-20)
Post a Comment