"Sonoknya
‘exam’ dah habis!Nilah masanya, aku boleh qada' balik tidur. Main ‘dota’. ‘Shopping’."
"Tadi aku
jawab dah elok da. Semua ‘point’ aku bagi tapi cikgu ni kedekut markah betul.
Anak kesayangan dia je yang dia bagi ‘пять’ (lima)."
"Arghhh!!
Kenapa aku tak boleh jawab tadi? Sia-sia je ‘stay up’ seminggu."
Oppss….!
Assalamualaikum
wrt. wbt.
Apakah yang
anda rasa setelah selesai menjawab setiap kertas peperiksaan?Adakah anda mempunyai
pemikiran seperti di atas? Setelah penat berusaha dan bertawakal, tapi hasil
yang diperoleh tidak seberapa. Bahkan sahabat anda yang belajar ala kadar
memperoleh markah yang lebih baik daripada anda. Di saat kaki melangkah keluar
dari bilik peperiksaan untuk kertas yang terakhir, anda merancang untuk 'meng-qada' kembali segala aktiviti harian anda yang tertangguh kerana perlu
fokus pada peperiksaan – 'stay up' lewat malam untuk bermain 'dota', seharian
keluar untuk ber'shopping', tidur dan berborak dengan rakan-rakan untuk tempoh
yang lama.
Duhai saudara-saudara
yang dicintai kerana Allah,
Ingatkah anda?
Ketika kaki melangkah masuk pintu bilik peperiksaan, anda katakan pada diri
bahawa anda bertawakal sepenuhnya kepada Allah atas segala usaha yang anda
berikan. Apabila telah habis menjawab pertanyaan pemeriksa, lalu anda melangkah
keluar dari pintu dengan membawa 1001 perasaan.
[Kredit] |
Inilah
sebenarnya ujian yang terselindung di sebalik rasa tawakal yang acap kali anda ungkapkan.
Ada yang kecewa. Ada yang menangis. Ada yang terima seadanya dan ada jua yang
merasakan ketidakadilan pihak pemeriksa. Apatah lagi peperiksaan di Rusia
menggunakan ‘oral mechanism’ sebagai medium untuk menjawab setiap soalan. Pada
saat ini, jika ‘mood’ pemeriksa tidak baik, maka andalah mangsanya. Tapi jika
anda pandai mengambil hatinya, andalah jua yang akan mendapat markah cemerlang,
‘пять’!
Takwa dan
tawakal...
Perkataan yang
hampir serupa tetapi tidak sama. Takwa membawa maksud pengabdian diri
sepenuhnya kepada Allah dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan
laranganNya. Manakala tawakal pula, perkataan yang tidak asing bagi setiap
individu, membawa maksud berserah diri dan segala urusan sepenuhnya kepada yang
diyakini setelah berusaha sehabis mampu.
"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar
tawakal,
maka Allah
memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung,
pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar,
dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan
kenyang."
(AtTarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)
[Kredit] |
Seekor burung
tidak pernah tahu akan rezekinya pada hari itu. Pagi-pagi lagi ia sudah riang
‘menyanyi’ tanpa merasa khuatir. Sebaliknya, ia yakin bahawa akan ada rezeki
buatnya yang telah ditetapkan Allah. Jika tidak, sudah pasti si burung ini
tidak akan keluar dari sarang dan berusaha mencari rezeki. Kenapa ia perlu bersusah-payah
terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi untuk mencari sesuatu yang
tidak pasti? Lantas bertebaranlah ia ke seluruh pelosok bumi dengan penuh
tawakal kepada Allah. Banyak atau tidak rezeki pada hari itu tidak akan melemahkan
semangatnya untuk keluar pada keesokan hari dan seterusnya.
Mengapa kita
sebagai makhluk Allah yang paling sempurna tidak mengambil hikmah atas
manifestasi yakin, usaha, dan tawakal yang ada pada sang burung ini? Tawakal
bukan sekadar selepas berusaha semaksimum mungkin, tapi jua selepas mendapat
keputusan sama ada baik mahupun tidak baik. Kita hendaklah redha menerimanya dengan
rasa rendah hati dan sedar bahawa segala apa yang tertulis sebagai qada’ dan
qadar yang terbaik dari Allah. Bukankah salah satu rukun iman adalah meyakini
qada’ qadar? Allah itu Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik buat
hambaNya yang sentiasa bertawakal padaNya. Keputusan yang baik diraikan dengan
rasa kesyukuran, manakala yang kurang baik disambut dengan perasaan redha dan diperbanyakkan lagi usaha pada masa akan datang.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu
urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.Dan hanya kepada
Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(94:7-8)
[Kredit] |
Post a Comment