FRIDAY WRAP (29 NOV- 6 DISEMBER 2013)

0 comments
Assalamualaikum wrt.

InsyaAllah, Friday Wrap untuk minggu ini kini kembali membawakan berita terkini dari dalam dan luar negara.

Sisi Memulakan Kempen Presiden dengan Mempromosikan Produk Lambang Dirinya
Ahad, 1/12/2013

KAHERAH- Setelah kurma , kek dan sandwich berlambang CC berada di pasaran Mesir, kini rejim kudeta juga turut memasarkan baju tidur wanita yang diletakkan gambar pemimpin rejim tersebut,As Sisi.  Menurut akhbar al-Masry al-Youm Mesir , di belakang baju tidur tersebut juga terdapat tulisan “terima kasih”. 

Sekeping gambar baju tidur tersebut turut diupload di Facebook oleh seorang wanita yang menunjukkan sokongan padunya kepada As Sisi.

Obsesi As Sisi untuk menaiki kuasa nombor satu di Mesir itu dengan mencegah dan menghalang kuasa dari kalangan Islam , turut menyemarakkan kempennya dengan menjual busana muslimah, kalendar , kuih dan coklat yang bertanda CC.


Israel Abaikan Protes Umat Islam, Tetap Bina Rumah Ibadah
Khamis, 29/11/2013

BAITUL MAQDIS- Mengabaikan perasaan jutaan umat Islam di seluruh dunia , Israel tetap membuka sebuah rumah ibadat baru di bawah Masjid Al - Aqsa , mengancam kestabilan asas bangunan paling suci ketiga umat Islam.

" Kami hanya memeriksa rumah ibadah ini selama lawatan kami dan kami melihat apa yang mereka bangunkan secara diam - diam di bawah tanah , " kata seorang penduduk Palestin Khalil Ibrahim kepada World Bulletin pada 27 November lalu.  Para kontraktor juga turut mempunyai sokongan politik dalam usaha mengyahudikan Bandar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini , kerajaan Israel  giat menggali rangkaian terowong yang luas di seluruh bandar.

Israel menggambarkan pembinaan terowong ini  sebagai "projek pelancongan” yang tidak akan menimbulkan ancaman bagi tempat - tempat suci umat Islam.


Russia Tahan 140 Jemaah Masjid
Khamis, 29/11/2013

MOSCOW- Polis Russia dan ejen keselamatan menahan 140 orang di sebuah masjid di sini kelmarin kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelampau.

Agensi Keselamatan Persekutuan dilaporkan agensi berita Russia sebagai berkata, antara mereka yang ditahan termasuk 30 warga asing tetapi tidak didedahkan dari negara mana.

Penahanan itu berlaku seminggu selepas dua suspek pengeboman Maraton Boston dikenal pasti keturunan etnik Chechen kelahiran Russia yang bersimpati dengan pelampau Islam.

Tiada laporan segera atau tuduhan difailkan. Agensi keselamatan merujuk The Associated Press kepada sebuah pejabat daerah tetapi panggilan ke sana tidak dijawab.

Laporan memetik agensi berkenaan sebagai berkata, masjid itu sebelum ini dkunjungi mereka yang terbabit dalam menyediakan atau melakukan keganasan.


Hong Kong sahkan kes pertama H7N9
Rabu, 4/12/2013



HONG KONG - Hong Kong mengesahkan kes pertama H7N9, sekali gus meletakkan bandar itu dalam keadaan berjaga-jaga selepas seorang pekerja Indonesia dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Memetik laporan Reuters, Setiausaha Makanan dan Kesihatan, Ko Wing-man berkata, mangsa berusia 36 tahun d Shenzen di China bulan lalu didakwa jatuh sakit selepas berkunjung ke Shenzhen, China pada bulan lalu.

Difahamkan, keluarga dan majikan mangsa juga dipercayai turut menunjukkan simptom awal jangkitan virus berbahaya tersebut dan mereka kini telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.


20 Bot Pecah Sekatan Israel
Rabu, 4/12/2013


GAZA - Ratusan aktivis hak asasi manusia, kelmarin berjaya memecahkan sekatan haram Israel dengan melangkaui zon 11 kilometer yang dihadkan untuk bot nelayan dari Gaza.

Memetik laporan AFP, kempen The Resistance Flotilla yang disertai kira-kira 20 bot nelayan itu turut berada di 'kawasan larangan' tersebut selama beberapa jam sebelum pulang ke pelabuhan.

Jurucakap kempen, Majed Abusalama memaklumkan mereka cuba memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya menghentikan pencabulan hak ke atas nelayan di Gaza.

Menurut penganjur, kira-kira 300 aktivis tempatan dan Eropah menyertai kempen tersebut.
Sejak Jun 2007, kira-kira 1.7 juta penduduk Gaza terpaksa menanggung derita akibat sekatan haram yang dikenakan Israel hingga menyebabkan wilayah itu terus dilanda krisis kemanusiaan.
  

India Lancar Misi ke Marikh
Isnin, 2/12/2013


BANGALORE- India melancarkan misi penjelajahan ke planet Marikh, semalam sekali gus menandakan kejayaan negara itu memasuki fasa kedua bagi merealisasikan impian mereka.

Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (Isro), K Radhakrishnan memaklumkan segalanya berjalan lancar dan pesawat angkasa digelar Mangalyaan itu dijangka mendarat di planet merah tersebut pada 24 September depan.

Menurut AP, pesawat angkasa itu akan melakukan kajian termasuk penyelidikan ke atas gas metana yang terkandung dalam atmosfera Marikh.

Beberapa pihak mendakwa Mangalyaan mungkin terpaksa berhadapan kesukaran sebelum selamat tiba di Marikh seperti beberapa cubaan sebelum ini.


Konflik Syria: Bashar Bertanggungjawab
Selasa, 3/12/2013


NEW YORK - Bukti kukuh yang diperoleh pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad melakukan jenayah perang.

Kelmarin, Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay mendakwa Bashar dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut bertanggungjawab dalam konflik di Syria.

"Wakil kami berjaya mengumpulkan senarai nama suspek yang menjadi dalang mencetuskan perang saudara di negara tersebut. Kesemua mereka bakal didakwa atas pelbagai pertuduhan termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai," jelasnya lagi yang dipetik AFP.

Difahamkan, maklumat tersebut diperoleh hasil daripada siasatan yang diketuai oleh pakar dari Brazil, Paulo Pinheiro.


Malaysia Ikrar Terus Bantu Pelarian Palestin
Selasa, 3/12/2013

KUALA LUMPUR - Malaysia berikrar memberi sumbangan sukarela US$250,000 (RM801,995) kepada rayuan kecemasan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk pelarian Palestin.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata Malaysia juga akan mengekalkan kadar sumbangan tahunannya untuk menampung belanjawan berkala UNRWA.

"Sumbangan ini adalah di luar daripada rangka program bantuan dan kerjasama dua hala kami kepada rakyat Palestin," katanya di Perhimpunan Agung Jawatankuasa Ad Hoc bagi mengumumkan Sumbangan Sukarela kepada UNRWA di Near East, New York pada Selasa.

Pada 12 November, Malaysia memberi komitmen di Persidangan Ikrar PBB bagi Kegiatan Pembangunan 2013 di New York untuk menyumbang hampir US$311,811 (RM1 juta) bagi menyokong usaha UNRWA meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Daripada jumlah itu, US$250,000 (RM801,995) adalah sumbangan sekali beri untuk 2013, manakala US$25,000 (RM80,199.50) lagi akan diberi untuk menyokong kegiatan agensi itu pada tahun ini, seperti yang dilakukannya setiap tahun.


34,058 mangsa banjir Pahang di pusat pemindahan
Rabu, 5/12/2013


KUANTAN - Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.


Mangsa Banjir Dipasti Tidak Terputus Khidmat Perubatan
Khamis, 5/12/2013


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan memastikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada mangsa banjir tidak terputus, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.

Beliau berkata kementerian juga telah menggariskan langkah dan tindakan yang perlu diambil oleh anggota serta fasiliti kesihatan dan hospital khususnya di negeri berlakunya banjir iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Melaka.

"Banjir meningkatkan risiko berlakunya penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu (tifoid), taun (kolera) dan leptospirosis. Setakat hari ini, sejumlah 76 pasukan perubatan, 79 pasukan kesihatan telah ditubuh dan memberi perkhidmatan di pusat-pusat pemindahan di negeri-negeri terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara tindakan lain yang dilaksanakan kementerian ialah mengenal pasti fasiliti dan infrastruktur kesihatan yang mungkin terjejas akibat banjir dan menentukan fasiliti alternatif bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan.



 Sekian untuk minggu ini. Wallahualam.

"Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah"
(HR Tirmizi)






Post a Comment