RESIPI : RAINBOW CUPCAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING

0 comments

Assalamualaikum wrt.

Apa khabar rakan-rakan semua? Mungkin sekarang ramai sedang sibuk berhempas pulas membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan sebelum bermulanya cuti musim sejuk bulan Januari nanti. Tetapi harapnya masa yang ada akan digunakan dengan sebaiknya, seimbang untuk dunia dan akhirat juga insyaALLAH. Walau apa sahaja yang kita lakukan, tidak kira belajar, memasak, makan, berjalan-jalan, mahupun tidur janganlah kita lupa untuk betulkan niat, demi mencapai redha-Nya semata-mata.

“Amal perbuatan pasti disertai dengan niat, dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )

InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi satu resipi dengan anda semua! Kepada yang ingin menghadiri usrah atau menziarahi kawan-kawan, apa kata anda bawakan kek kecil bewarna-warni ini sebagai buah tangan? Atau boleh juga luangkan masa untuk mencuba resipi ini bersama housemates tersayang selepas masing-masing sibuk mentelaah pelajaran. Jom betulkan niat dan happy baking !

RESIPI : RAINBOW CUPCAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING

BAHAN-BAHAN KEK :


3 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 cawan butter (250gram) – suhu bilik
1 ¾ gula castor
5 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan susu segar
pewarna : oren, merah, ungu, hijau dan lain-lain

CARA-CARA MEMBUAT KEK :

1- Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Kemudian, ketepikan.

2-Dalam bekas mixer pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu atau butter bertukar menjadi warna putih.

3- Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanilla.

4- Kemudian perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. ( tepung-susu-tepung-susu-tepung )

5- Akhir sekali, bahagikan adunan sama banyak ke dalam beberapa bekas berasingan. Masukkan pewarna mengikut pilihan dan gaul rata.

6- Panaskan oven pada suhu 170 C. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam paper cup satu persatu warna hingga memenuhi 3/4 bekas itu. Bakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga kek masak sempurna (masa membakar bergantung kepada saiz paper cup).

Kek yang belum dibakar.

Hasil kek yang sudah siap dibakar. 

CADANGAN TOPPING ( CREAM CHEESE TOPPING ) :


BAHAN-BAHAN :

250 gram butter (suhu bilik) 
400 gram cream cheese (suhu bilik) 
¾ cawan gula castor 
1 sudu teh air perahan lemon

CARA-CARA :

Dalam bekas mixer, pukul butter sehingga betul-betul kembang dan putih (10 minit). 
Kemudian, masukkan gula castor dan pukul hingga sebati. 
Akhir sekali, masukkan cream cheese dan lemon dan pukul hingga kesemua bahan bercampur sebati.    *Boleh juga letakkan pewarna jika mahu.

Kemudian, hias cupcake anda mengikut kreativiti masing-masing. 

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA, InsyaALLAH.

Wallahua'lam


Post a Comment