Hangatkan Iman Walau Sejuknya Winter. Al-Imran: 133-148.

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah di atas nikmat dan sifat Ar-Rahman Allah masih lagi kita berada di atas jalan, bernafas mengejar redha Allah. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi berada dalam keadaan Islam. Sedang masih ramai lagi diluar sana tercari-cari malah ada yang belum lagi ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli pentingnya kebenaran, yang masih memilih berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada punca-punca cahaya terpancar sedikit-dikit tapi masih tidak mahu mengikutinya, masih manja dengan kejahilannya ataupun kedegilannya. Ayuhlah kita doakan semoga mereka peroleh hidayah bertubi-tubi banyaknya. In sha'a Allah.

Baru-baru ini saya ada mendapat suntikan peringatan dan cadangan daripada seseorang hamba Allah supaya membuka surat cinta Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133 hingga 148. Idea akal untuk men-defrost hati yang setelah lama ter-frozen dek suhu takat beku Russia mula timbul dan mengkaji dengan lebih dalam akan terjemahan [disini] dan tafsiran ayat-ayat tersebut serta mendengar pembacaannya [disini]. Hasilnya dapat dirumus seperti berikut:

1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan, malahan kegembiraan Allah adalah lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat-sangat menepati tuntutan psikologi hamba-hambaNya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah tidak berkata berlumba-lumbalah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerana Dia tahu kita ini sentiasa tidak akan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada dosa-dosa yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan. 
Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba-hambaNya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta peralatan perang, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!


[credit]
4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hamba-hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah juga contohnya kita yang sedang atau bakal menghadapi exam-exam nanti, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah bukan dan banyak kali terjadi kepada kita yang Allah berikan sesuatu yang diluar jangkaan, lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang tidak akan pernah berkurang walaupun Dia sudahpun bagi nikmat yang teramat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar-benar sudah berjihad dan benar-benar sudah bersabar? Kita pasti pernah dengar atau terbaca perjuangan Baginda saw dalam menyebarkan agama suci Islam. Tatkala pelbagai ujian, bantahan, halangan dan kecaman yang menimpa dari dalam keluarga hinggakan diluar keluarga, tatkala Baginda saw terpaksa melakukan penghijrahan dan travel dari kota Mekah ke Madinah; dengan erti kata lain Baginda saw berkorban detik masa, peluh tenaga dengan berbekal kesabaran dan sentiasa tenang yakin dengan janji Allah al-Haq.

6. Balasan yang baik kepada orang-orang yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan membuat kebaikan. SubhanAllah! Cuba kita bayangkan sejenak, kalau nak dikirakan kebaikan kesenangan didunia yang boleh kita lihat pun sudah mampu menyenangkan dan menggembirakan hati, bagaimana pula kebaikan-kebaikan dan kesenangan-kesenangan diakhirat nanti. Terjelas dalam surah Al-A'la ayat 16 dan 17 "bal tuksiruu nal hayatad dunya wal akhiratu khairuu wa abqaa" iaitu sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. 

WAllahualam..


Post a Comment