Mengurut Kalbu dengan Kata-kata

0 comments


Ada tiada rasa dalam jiwa,
Rindu akan memanggil nama-Mu
Kerana setiap jiwa telah bersumpah,
Setia hanyalah kepada-Mu, ya Allah..


Bismillahirrahmanirrahim....

InshaAllah untuk sesi DIY dan motivasi pada kali ini, saya ingin bawa anda semua untuk berubah ke arah lebih baik dengan cara yang betul dan lebih berhikmah.

Seringkali kita mahu mengajak dan menyuruh diri sendiri atau orang lain untuk melakukan kebaikan. Tapi sebelum kita menyentuh hati seseorang itu, kita pasti dengan cara yang kita lakukan itu?

Adakah kita mengajak atau menyuruh dengan nada yang tegas? Nada yang marah?? Nada yang tidak berpuas hati?!! Atau nada yang berhikmah? Nada yang lebih lemah-lembut dan lebih mengandungi kasih sayang? Jadi saya mahu kita semua mencipta perubahan bermula daripada kata-kata. Sama ada kata-kata itu menyentak ataupun menusuk kalbu. [AMARAN] Haaa tapi! Bukan ayat sarcastic ye.

Jom kita lakukan langkah-langkah sebegini

Langkah pertama
Tuliskan ayat nasihat yang pernah kita gunakan, namun masih tidak memberi impak kepada penerima

Langkah kedua
Tuliskan ayat nasihat yang lebih lembut, tetapi masih membawa mesej yang sama kepada penerima

Langkah ketiga
Baca dan tulis semula ayat nasihat yang lebih lembut

CONTOH

     *   Bangun dirikan solat. Tuhan dah suruh masih degil lagi?! Nak ikut perangai syaitan ke?
     *   Bangunlah solat. Untung orang yang bersolat, dijanjikan syurga dan dijauhi neraka.
     *   Jom bangun dirikan solat. Bidadari syurga tengah tunggu, sungai madu dan susu enak mengalir untuk             kamu. Orang seperti kamu yang dinanti-nanti.

     *   Biasakanlah solat dhuha. Sekejap je, 2 rakaat. Dhuha tu ibarat cukai kepada sendi-sendi kita.
     *   Pergilah dhuha. Untung orang solat dhuha, dimurahkan rezeki dan dapat ketenangan jiwa.
     *   Marilah kita dhuha. Allah akan ampunkan dosa kita sekalipun sebanyak buih-buih di lautan dan orang            yang megerjakan dhuha boleh masuk pintu khas ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

     *   Jangan lupa baca al-Quran. Kalau tak baca, nanti hati keras. Ayok.
     *   Bacalah al-quran. Nanti lapang dada dan dirahmati Allah.
     *   Jom baca al-quran. Siapa yang baca walaupun satu huruf akan dapat satu kebaikan, satu kebaikan tu           sama dengan sepuluh kali ganda kebaikan.

     *   Kesian makcik tu. Sedekahlah. Boleh ringankan beban dia, kita ni mampu lagi.
     *   Bersedekahlah pada dia. Nanti Allah beri keberkatan pada kamu dan akan melembutkan hati kamu.
     *   Jom bersedekah pada yang memerlukan. Para malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki                pada kita.

     *    Bangun, bangun, solat malam! Rasulullah yang dijamin syurga pun solat malam!
     *    Bangunlah solat malam. Boleh eratkan hubungan dengan Allah dan tambah kecintaan kepadaNya.
     *    Jom bangun solat malam. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi                   menyiram api neraka dan kita akan cepat melalui siratul mustaqim macam kilat.

Jika anda adalah seorang yang kreatif, anda boleh menulis ayat nasihat di atas kad kecil kemudian hiasi ia. Dan boleh diberikan kepada anak-anak usrah mahupun rakan-rakan. Perkara ini boleh diapplykan kepada semua golongan dengan bertujuan untuk memberi nasihat dan motivasi.

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka yang berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut"

Selamat mencuba!

 Wallahualam


Post a Comment