Denim Coaster

0 comments

Assalamualaikum wrt..

Apa khabar rijal-rijal seperjuangan di luar sana? Sihatkah? Demamkah? Flukah? Apapun keadaan anda, moga ianya mengikut kehendak dan keredhaan Allah insyaAllah dan moga di dalam jagaanNya selalu .

Alhamdulillah kehadiran Disember pada tahun ini, disambut dengan gerimis sang salju yang dengan hanya sekelip mata menukar Kota Moscow kepada satu dataran yang putih melepak tiada celanya. Subhanallah !

Hot chocolate, sup panas, berulang kali menemani anda bukan tika angin dingin menghembus? Nahh sesuai sangat dengan apa yang bakal dikongsi dengan anda pada entri kali ini :D

Anda punyai jeans yang mungkin sudah lunyai, koyak atau tidak sesuai untuk dipakai? Usah dibuang! Tahukah anda, dengan jeans terpakai itu, kita boleh ulang guna menjadikan ia bermacam ?

InsyaAllah, akan dikongsikan suatu cara untuk manfaatkan jeans terpakai itu :D

Sebelum itu, ayuh kita hayati firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Fuhh, takkan lah kita merelakan diri kita menjadi saudara syaitan kan (ingkar pulak tu ishh), hanya kerana satu jeans lusuh itu.. heheh

So, lets check it out how we can manage it :D


Denim Coaster


Tertanya-tanya apakah ia? Inilah coaster atau bahasa mudahnya pelapik panas.

Sesuai untuk melapik apapun yang panas-panas untuk menghangatkan hari-hari anda tanpa berlakunya apa-apa musibah pencairan. Eh.

Bahan-bahan:
2 kelepek dalam jeans
Jarum dan benang
Gam fabrik
Okay jom kita lihat macam mana nak buat benda ni dari jeans terpakai.

Cara-Cara
1. Asingkan 2 kelepet dalam dari jeans terpakai anda. Gunting tepi secara sangat rapat menggunakan gunting tajam.



2. Seterusnya, sambungkan kedua-dua kelepet itu bersama, mengunakan benang dan jarum. Guna jahitan yang mudah sahaja, asalkan bersambung.


3. Kemudian, menggunakan gam fabrik, gulung kelepet itu serapatnya dengan meletakkan gam pada sebelah dalam gulungan itu.


4. Sambung gulungan sampai hujung kelepet jeans itu dengan menggunakan gam. Boleh letakkan lebih gam pada hujung kelepet untuk kemasan yang lebih sempurna. Tinggalkan coaster anda selama lebih kurang satu jam di atas permukaan yang rata untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas. Anda boleh juga menambah kepanjangan kelepet mengikut kesesuaian penggunaan anda.


5. Nahhh.. Dah siap pun coaster jeans anda! Tidak rumit, tidak mengambil masa yang panjang, memanfaatkan barang terpakai dan yang paling penting, tanpa kos! Sekarang anda boleh lah menikmati coklat panas anda penuh bergaya dengan coaster jeans baru tanpa kos itu.. hehe..


InsyaAllah setakat itu sahaja entri pada kali ini, moga bermanfaat, dan moga menghangatkan lagi hari-hari serta iman anda :D

Selamat mencuba, semoga bertemu lagi, salam wrt !

Rujukan : http://www.myrecycledbags.com/2010/05/16/recycled-denim-coaster/


Post a Comment