Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
AZAM Russia kembali kepada anda membawa berita- berita terkini yang terjadi sepanjang minggu di seluruh dunia.
Gaza,
Palestine
Bencana
kemanusiaan menggugat Gaza akibat sekatan dan cuaca buruk
Kerajaan Palestin di
Gaza memberi amaran tentang kedatangan bencana kemanusiaan di semenanjung Gaza
akibat cuaca buruk yang akan menambahkan kesengsaraan penduduknya.
Kerajaan menyeru dunia agar memberi tekanan kepada rejim
Israel agar membenarkan kemasukan bahan api bagi menghidupkan satu-satunya
stesen janakuasa dan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penderitaan
penduduk Gaza.
Isra Mudallal, jurucakap kerajaan menggesa ketika persidangan
akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di pusat perlindungan, agar masyarakat
antarabangsa memikul tanggungjawab etika dan perundangan untuk mengakhiri
sekatan haram ke atas Gaza dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk
Gaza agar bencana kemanusiaan dapat dielakkan.
Kerugian
awal cuaca buruk yang melanda Gaza 64 juta dolar.
Kerajaan Gaza berkata
bahawa kerugian langsung akibat cuaca buruk yang melanda Jalur Gaza dianggarkan
bernilai 64 juta dolar, dan pasukan penyelamat telah berjaya mengawal keadaan
walaupun kekurangan peralatan dan juga sekatan yang dijalankan.
Menteri Kerja Raya dan Perumahan Yousef Gariz berkata ketika
sidang akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di ibu pejabat Kementerian
Penerangan di Gaza, akibat daripada cuaca buruk menyebabkan kira-kira tujuh
ribu keluarga telah dipindahkan dari kediaman mereka.
Beliau menambah lagi “Lebih daripada 3,300 kediaman telah
dibanjiri air dan hampir seribu yang lain musnah. Nilai kerugian kediaman yang
ditenggalami banjir dianggarkan kira-kira 40 juta dolar.”
Bahan api
Qatar dibenar masuk ke Gaza untuk operasikan janakuasa
Pihak berkuasa Israel (IOA) mula mengepam diesel industri
yang didermakan oleh Qatar ke Semenanjung Gaza pada pagi Ahad melalui lintasan
Karm Abu Salem.
Seorang pegawai pentadbiran Palestin di Gaza memberitahu
wartawan PIC, 450,000 liter diesel yang didermakan oleh Qatar dihantar ke Gaza
pada pagi Ahad untuk mengoperasikan semula loji tenaga tunggal Semenanjung Gaza
itu.
Qatar telah menderma sebanyak 10 juta dolar untuk membayar
cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah ke atas bahan api
yang diperuntukkan untuk loji kuasa Gaza.
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu
mengumumkan Qatar akan menghantar sebuah kapal yang membawa bahan api yang
diperlukan untuk menjalankan janakuasa selama lebih kurang 4 bulan.
Damsyik,Syria
Syria
hilang dalam ' kempen keganasan '
Tentera kerajaan meragut orang dalam 'serangan sistematik'
ke atas orang awam , kata PBB
Aktivis Syria dan warga yang lain telah hilang ke “tahanan
rahsia” sebagai sebahagian daripada "kempen meluas keganasan terhadap
penduduk awam " oleh kerajaan Damsyik , kata penyiasat PBB.
"Ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
kehilangan dikuatkuasakan telah dilakukan oleh tentera kerajaan sebagai
sebahagian daripada serangan meluas dan sistematik terhadap penduduk awam, dan
oleh itu terjumlah kepada satu jenayah terhadap kemanusiaan ," satu
Suruhanjaya Bebas meneliti isu itu dalam satu laporan mengenai Khamis.
Kebanyakan saksi telah mengenal pasti pegawai-pegawai
perisikan Syria , tentera dan militia pro-kerajaan sebagai mempunyai orang yang
merampas nasib masih tidak diketahui , menurut penyiasat bebas yang diketuai
oleh Brazil Paulo Pinheiro .
Suruhanjaya itu juga berkata bahawa beberapa kumpulan
bersenjata di utara Syria, terutamanya Negara Islam Iraq dan Levant ( ISIL ) ,
telah mula menculik orang ke dalam tahanan dibenarkan berkomunikasi dan
menafikan kurungan mereka. ISIL juga memohon ransoms atau pertukaran banduan ,
yang merupakan jenayah perang yang berasingan , katanya.
Lain-lain
Zon bencana
di Thai
Kerajaan Thailand semalam, mengisytiharkan 65 wilayah
sebagai zon bencana selepas suhu jatuh mendadak.
Di wilayah Nakhon Phanom, suhu mencecah serendah 1 darjah
Celsius hingga 14 darjah Celsius sejak tiga hari lalu.
Gabenor Adisak Thepart berkata, pihaknya kini sedang giat
mengedarkan selimut dan membekalkan pakaian tebal untuk penduduk di pendalaman.
“Sebanyak 10 daripada 12 daerah diisytiharkan sebagai zon
bencana manakala 100,000 penduduk sedang menanti bantuan bekalan baju dan
selimut.
Selain itu, wilayah Maha Sarakham di timur laut juga dilanda
cuaca sama sehingga 200,000 penduduk terjejas.
Media melaporkan, di puncak gunung Doi Inthanon di Chiang
Mai terdapat embun beku terbentuk.
“Kawasan itu mencatatkan -1 darjah Celsius, manakala suhu
keseluruhan di kawasan itu sekitar 6 dan 8 darjah Celsius,” menurut laporan
berkenaan.
Pada 1955, difahamkan, Thailand pernah mengalami salji
hingga menjejaskan ribuan penduduk.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah,
dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia
(Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu
maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api
neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan
ayat ayatnya agar kamu mendapat
petunjuk” (Al-Imran : 103)
Post a Comment