Onde-onde a.k.a Buah Melaka

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar iman anda?

Dalam menjalani winter kali ini, adakah sama seperti tahun lalu?

Adakah kesejukan yang diberi Allah s.w.t ini menyedarkan kita akan keperitan saudara-saudara kita yang sedang bertarung mencari syahid Allah walaupun dalam musim sejuk lantas menyemarakkan semangat kita untuk turut bangkit di waktu malam menyatakan rasa cinta di tikar sejadah, ataupun kesejukan itu melumpuhkan kita dalam selimut tebal di atas katil empuk dalam kamar indah dengan lampu suram.

InshaAllah, nikmat musim sejuk yang Allah berikan ini digunakan sebaiknya kerana musim ini adalah yang terbaik bagi orang yang beriman.

Memetik kata-kata Ibnu Mas’ud r.a mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dengan berkata:

“Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa”

Mendengar perkataan puasa ini bagai terngiang-ngiang bazaar ramadhan padahal baru je berlalu ramadhan yang lepas kan.

Dan kali ini Team Kulinari bawakan resepi bagi kuih yang tidak asing disaat berbuka puasa di rumah.

Kuih onde-onde atau buah Melaka ini antara kuih yang mudah dan sedap selain seronok bila dibuat bersama rakan-rakan, sambil masak sambil kita rapatkan ukhwah antara kita. Boleh juga dijadikan kuih santapan saat kelaparan bangkit malam berqiamullail bersama teman hendaknya.

Apa lagi, jom kita risik bahan yang diperlukan. Jangan risau.Alhamdulillah,bahan-bahan ini semua boleh didapati di bumi Rusia ni.






Resepi kuih onde-onde ( buah melaka )

Bahan-Bahan (5-6 orang)

- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara

1. Gaul tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.



2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.



6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

wallahua'lam


Post a Comment