Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tidakkah kamu melihat
bahawa Allah menggerak-gerakkan awan, kemudian dikumpulkan-Nya (Allah) antara
(bahagian-bahagian)nya, kemudian Dia (Allah) menjadikannya bertindih-tindih,
maka kelihatanlah olehmu hujan keluar daripada celah-celahnya. Dan Dia (Allah)
menurunkan dari langit, daripada gunung, yang di dalamnya (terdapat) salji
(ais), maka ditimpakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan
dipalingkan-Nya (Allah) daripada siapa yang dikehendaki-Nya (Allah).
Hampir-hampir pancarannya yang berkilauan menghilangkan penglihatan. (An Nur:43)
Apa
khabar iman di musim salju? Mendingin bersama angin lalu? Harapnya tidak bahkan
menhangatkan kesejukan yang datang
membungkus kalbu. Cuaca yang sejuk pasti menggugah keimanan untuk terus
bersikap positif dalam mana-mana keadaan pun.
Sehinggalah
kita cuba berdiam sejenak. Pandangan melilau kiri dan kanan. Tarik nafas
dalam-dalam. Hembus. Hiraukan hiruk-pikuk kehidupan dan nikmatilah keindahan,
kecantikan musim salju…
Pernah
lihat?
Sudah
tentu bagi anda yang belajar di Rusia. Musim ini berlarutan hingga penghujung
Mac tahun depan. Bagi yang baru sahaja melangkahkan kaki di bumi Soviet pasti
terasa sangat seronok. Dalam hati girang, riang untuk beberapa hari dan mungkin
akan terasa bosan. Apatah lagi untuk hidup dalam keadaan sejuk untuk beberapa
tahun lagi. Kalau senior? Snow? Lame..
Satu
nikmat yang tidak dilihat sebagai nikmat. Itu hakikat manusia. Musim salju itu
datang lagi. Argh tidak!
Dimana
kita mahu cari kekuatan? Semangat yang luntur itu perlu diperbaharui. Terutama
bagi mereka yang punya jadual kelas ‘busy’ di kala dingin membeku.
Semangat
dan kekuatan itu milik Allah. Maka dalam apa-apa suasana, hamba Allah itu perlu
merasakan Allah ada bersamanya. Ya! Melihat Allah dalam mana-mana keadaan itu
adalah manifestasi keimanan. Keajaiban seorang mukmin.
”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala
urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat
kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia
bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik
untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui)
bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya. (Hadis Bukhari)
Persoalannya bagaimana?
Dia menjelaskan
tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus: 5)
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang
mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang
mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya. (Yusuf: 105)
Di
dalam setiap musim itu ada tanda-tanda kebesaran. Ada kecantikannya tersendiri.
Kecantikan pemandangan itu boleh meruntun kesayuan di musim salju. Namun ada
satu kecantikan yang susah dilihat. Satu manifestasi ketelitian penciptaan
Allah.
[credit] |
[credit] |
Snow
flakes.
Sekecil-kecil
‘detail’ yang Allah tunjuk. Subhanallah!
Tatkala melihat betapa ‘detail’nya Allah
mencipta ‘snow flakes’ terasa keagungan Pencipta. Setiap snow flakes itu berbeza! Dan lihat
setiap flakes itu. Unik dan halus dan sempurna! Betapa hebatnya kuasa Allah
sampaikan kadang-kadang tak terjangkau
fikiran akan kekuasaanNya. Kenapa Allah menciptakannya sebegitu cantik? Kenapa
hati kita sangat sukakan kecantikan?
Atas
keterbatasan akal fikiran, kita tidak mampu memikirkan bagaimana Allah yang
sebenarnya. Namun apa yang kita lihat refleksi penciptaan memberikan satu kesimpulan
bahawa Allah itu sangat cantik. Wallahualam cantik macam mana namun logic akal
yang dikurniakan Allah pasti akan fikir yang mampu menciptakan kecantikan itu
pasti jauh lebih cantik dari apa yang diciptakan.
Banyak
lagi yang kita boleh ambil dari setiap kejadian alam. Kita tahu Allah sangat
teliti. Kita tahu Allah mampu ciptakan secara sempurna. Kita mampu tahu bahawa
Allah sangat sayangkan kita dan arif tentang fitrah kita yang suka kecantikan.
Kalau benar kita sukakan kecantikan, maka berhaklah lagi kita menyukai Allah!!
Kita mampu bercakap bahawa itu dan ini adalah
indah, cantik dan macam-macam lagi namun
mampukah kita fikir bahawa Allah yang telah menciptakan semua ini. Kalau benar
kita sukakan kecantikan, maka berhaklah lagi kita menyukai Allah!!
Lihatlah
Allah dimana-mana. Baik di musim salju mahupun dimana-mana musim pun. Ihsan itu
merupakan percikan semangat di kala kita rasa mahu jatuh. Dikala kita rasa
malas , rasa tidak mahu terus maju dan aura negatif membungkusi tubuh dekatkan
diri dengan Allah dengan melihat tanda-tanda kekuasaanNya! Hidupkan hati kita
dengan makrifatullah. Hatta dengan musim salju.
Wallahualam.
Post a Comment