Perihal Isu Solat Di Moscow

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum berkaitan dengan isu solat bagi para pelajar muslim yang berlaku di universiti-universiti di moscow khususnya di lokaliti M1, kerajaan Russia dan pihak dekanat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu ini. Kami dari pihak AZAM Russia bersedia untuk membantu para pelajar dalam menangani isu ini dengan penuh hikmah agar tuntutan kita semua sebagai seorang muslim tidak terlepas dek isu ini.

Jadi, disini disenaraikan beberapa garis panduan kepada semua pelajar muslim untuk berwuduk dan bersolat ketika sesi pembelajaran dan dimana-mana bangunan universiti:-
  1. Digalakkan memakai khuf untuk memudahkan pengambilan wuduk di bangunana-bangunan universiti.[boleh rujuk modul fiqh luar negara di notakaki pada halaman 24-31 untuk rujukan dalil dan hujah]
  2. Pengambilan wuduk hendaklah dilaksanakan dengan cermat bagi mengelakkan daripada membasahkan lantai tandas.
  3. Elakkan solat ditempat yang dikategorikan sebagai 'Zon Merah' iaitu:-
    • Bangunan Dekanat & Rektorat
    • Bangunan MPF
    • Bangunan kelas anatomy, histology dan microbiology di Okhotny Ryad
  4. Solat didalam kelas yang tertutup atau tempat yang terselindung.
  5. Solat dikoridor/laluan orang ramai adalah tidak dinasihatkan sama sekali.
  6. Pastikan solat ditempat yang tiada 'crowd' yang ramai : pelajar-pelajar 'ruski', pengawal keselamatan, pensyarah dan lain-lain.
  7. Pelajar dinasihatkan untuk solat secara bersendirian. Sekiranya ingin berjemaah, pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Sebaik-baiknya 2-3 orang sahaja.
  8. Elakkan solat ditempat yang pernah terserempak dengan pengawal keselamatan.
  9. Jika para pelajar menjumpai tempat yang sesuai untuk solat dibangunan atau lain-lain bangunan tetapi tidak pasti dengan keselamatan tempat tersebut, anda dinasihatkan untuk solat secara duduk.[boleh rujuk modul fiqh luar negara di notakaki pada halaman ke 6-10 untuk rujukan dalil dan hujah]
  10. Jika para peljar tidak menjumpai tempat yang sesuai dan kesuntukan masa untuk solat, anda dinasihatkan untuk solat jamak tamam di hostel atau kediaman masing-masing.[boleh rujuk modul fiqh luar negara pada halaman ke 6-10 untuk rujukan dalil dan hujah]
Semoga para pelajar memandang serius dan dapat memahami isu ini dengan sebaiknya. Kami dari AZAM Russia mendoakan agar semua pelajar muslim di Russia dapat menunaikan kewajipan seorang muslim dalam apa jua situasi yang dihadapi.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikannya) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2: 284-286)

Stay safe. Pray safe.


notakaki:-


Post a Comment