Assalamualaikum
wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan
namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Balasannya hanya dari Allah. [Kredit] |
Apa erti
hidup tanpa memberi?
Satu
persoalan yang sering berlegar-legar di fikiranku.
Aku
berhenti sejenak, menarik nafas untuk bermuhasabah diri sendiri tentang
sumbanganku kepada masyarakat. Aku merasakan aku sudah melakukan yang terbaik.
Sudah menunaikan hak-hak antara masyarakat di sekelilingku.
Ternyata
aku silap. Aku lupa akan sebaris ayat ini,
“Hablu
minallah… hablu minnannas.”
Ya! Aku
merasa diri sudah melaksanakan tuntutan Ilahi, tetapi alangkah ruginya aku
sebenarnya.
Masih
ada hak-hak di sekelilingku yang masih menunggu-nunggu untuk aku memberi.
Lalu aku
bertanya kepada diri.
Untuk siapakah dan apakah aku hidup di dunia yang fana
ini?
Sudah
tentu, jawapan sudah tercatat di langit Ilahi.
Ku
pandang ke langit, lantas aku disentap lagi sekali.
Adakah
ini benar-benar petunjuk Ilahi?
Pernah
sekali aku membelek diari, yang saban hari dibiarkan pergi.
Tajuknya
berbunyi “Erti hidup pada Memberi”.
Ku lihat
sana sini, barangkali cuba untuk menafsir sendiri.
Tidak
terdaya aku, lantas ku cuba mengulangi lagi.
Ah,
meleset lagi sekali!
Ak terus
menyelak helaian demi helaian.
Sehingga
Allah beri kefahaman kepada diriku ini.
Sebenarnya,
hidup ini hanyalah sekejap sekali.
Apa
salahnya lebihkan masa untuk belajar memberi.
Bukan
kepada diri sendiri tetapi kepada Sang Pemberi.
Mmberi
hak-hak yang wajib dipenuhi.
Dengan
penuh rasa syukur kepada Ilahi.
Alangkah
beruntungnya kita diberi peluang lagi sekali.
Untuk
menghirup udara segar pada waktu ini.
Barangkali
terlalu alpa dan sibuk dengan pentas sendiri.
Sehingga
terlupa memanjatkan doa kepada Ilahi.
Sila nangis. :'( [Kredit] |
Inilah
saat kita memberi sebenarnya.
Kerana hidup
ini hanya sekali.
Di sana
nanti pasti menerima segalanya.
Bukti
kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya.
Seperti
firmanNya dalam surah al-Hadid ayat ke 18:
“Sesungguhnya
orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
maupun perempuan
dan meminjamkan Allah dengan pinjaman
yang baik,
akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka,
dan mereka akan
mendapat pahala yang mulia.”
Wallahu'alam.
Post a Comment