Erti Hidup Pada Maha Pemberi

0 comments
Berkorban : Erti hidup pada Maha Memberi adalah satu bentuk perjuangan insan.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Berubah.

Berubah. Satu hakikat di mana ramai orang sukar melakukannya. Jangan dibicara tentang perubahan secara 'total' bahkan yang sedikit pun sukar untuk dilakukan. Jika ada yang berjaya sekalipun, akan datang pula ombak cercaan serta taufan pujian.

"Pakai smart-smart ni nak pergi mana bang? Keluar dengan awek ke?"

"Kau tak payah nak tunjuk alim la sangat. Macam aku tak kenal kau tu. Dulu kau juga yang ajak aku benda-benda ini semua."

"Kau tidak payah nak masuk campur urusan aku. Nanti kubur masing-masing juga!"

"Pandainya engkau masak. Dulu tak sehebat ini! Lain kali kau masak lagilah."

"Bagusnya anak Pak Lebai tu. Rajin datang surau. Dahla datang paling awal."

"Kenapa kau tak bermain dota sekarang? Dah jadi mutabaah amal ke?"

Stop from being sarcastic! i'm deeply already in love with Allah. [Kredit]
Itulah antara ungkapan yang kita lemparkan kepada masyarakat sekarang. Berubah bukan sahaja sukar dilakukan, namun bila berjaya pelbagai reaksi pula yang muncul daripada orang sekeliling kita.


Pengorbanan

Inilah antara pengorbanan yang perlu dilakukan oleh mereka yang sedang berusaha untuk berubah menjadi baik dan mereka yang telah berjaya berubah ke arah kebaikan.

Menadah telinga menahan cacian, membanteras amukan jahiliyah, membaja hati agar benih riya' dan takabur tidak bertunas, membelanjakan masa dan tenaga yang banyak untuk tetap istiqamah. Memerah otak agar selalu muhasabah.Belum dikira lagi wang yang diinfaq dan sedekah lagi. Pengorbanan yang paling besar sekali, membuang ego jauh-jauh dari diri. Kerana ia kunci perubahan diri.

Seperti mana diceritakan oleh Allah tentang kisah iblis yang tidak mahu sujud pada Nabi Adam kerana ego dengan asal usulnya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah halangan yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku memerintahkanmu?" Iblis memjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedangkan Engkau jadikan dia dengan tanah".[ Al-Araf :11-12]

Kurangkan ego kita. [Kredit]
Harapan

Bukannya tidak boleh memuji, tapi biarlah berpada. Kerana mukmin sejati tidak tertarik dengan pujian.
Bukannya tidak boleh mencaci, tapi cacilah pada kejahatan yang dilakukan. Kerana mukmin sejati adalah manusia. Selalu alpa dan selalu melakukan kesilapan. Sering perlukan nasihat membina iman.

Terus perhatikan mereka yang mahu berubah dan telah berubah. Tapiskan kelakuan mereka dengan penapis yang betul. Tapi sampai bila kita hanya mahu memerhati? Adakah menanti hidayah Ilahi? Hurm, pastikah anda jumpa hidayahNya sebelum anda mengundur diri ke alam abadi?

Fahamilah mereka yang mahu berubah dan telah berubah. Mereka sedang menikmati buah bernama 'Islam'. Bila digigit pahit, dikunyah manis, ditelan riuh satu kampung. Kerana itulah mereka, insan yang berkorban demi mencari erti hidup pada Maha Pemberi.

Dan sungguh, pahala akhirat itulebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa. [Yusuf :57]

Anda bila lagi? [Kredit]
Anda bila lagi?

Mahu berkorban sekali? :)

Wallahualam


Post a Comment