Assalamualaikum
wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.
Maafkanlah. [Kredit] |
Memaafkan,melupakan
dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.
Maaf. Satu
perkataan yang mudah tetapi amat sukar kepada seseorang yang perlu
memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang
memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.
Melupakan.Satu
perkataan yang akan memadamkan suatu memori.
Sayang. Satu
perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan
orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.
Memaafkan,melupakan
dan menyayangi.
Jika
orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari
kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang
ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada
yang sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk
memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang
itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?
Apakah
nilai maaf sebenarnya?
Rasulullah secara khusus
menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah
dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan
pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim
Kemuliaan
di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.
“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan
atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha
Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).
” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)
Sifat
pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan
dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti? Kita sendiri sebagai manusia
juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.
Di
dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada
Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin
menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah
mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada
kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.
“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya
ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan
menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“
(HR: Al-Hakim).
Semuanya
dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi, saat dimana kita
berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat
menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk
memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan
tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan
dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada
hamba-hambaNya untuk memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan
setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas
untuk memaafkan.
Bismillah
=')
Wallahu'alam.
Post a Comment