Assalammualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua
kaum muslimin dan muslimat di luar sana. Bila sebut bulan Zulhijjah, semua orang
akan ingat tentang hari raya haji.
Dan bila sebut hari raya haji, semua orang pasti akan
cakap tentang korban serta pengorbanan.
Dan yang selalu kita nampak, adalah berkaitan
dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kisah Abdul Mutallib dan Abdullah.
Air mata yang berharga adalah bila kita menangis kerana Allah. [Kredit] |
Mungkin kita terlupa pada pengorbanan Rasulullah kita, terutamanya pada awal
kerja Nabi dijalankan, ketika Nabi Muhamad S.A.W keluar dari rumah dengan
baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan
beliau dipukul orang, disepak terajang dan dibaling batu serta najis.
Dari celah daun pintu Fatimah R.A anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya
yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya,
namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan
menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi
memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang
teramat tabah itu.
Kita masih punya waktu untuk bermuhasabah.[Kredit] |
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya diseksa?
Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan
ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan
dihina, dilayan seperti pengemis dan binatang, disakiti, dicaci, dimaki, dipukul,
dan dibaling batu.
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu Jahal dan
sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan Baginda
yang sedang sujud, dengan linangan air mata Fatimah R.A datang membersihkan
najis di badan ayahnya.
Di suatu hari yang lain, Fatimah R.A telah menyambut
kepulangan Nabi Muhammad S.A.W dengan linangan air mata, lalu Baginda
bertanya: "Kenapa menangis?"
Allahu Allah. [Kredit] |
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah R.A
berkata:
"Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor
pakaianmu."
Nabi menjawab (lebih kurang maksudnya begini)
"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini,
akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau
di bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah
seperti tersebarnya malam."
Maka kita semua pada hari ini, dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang
atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat beragama, mungkin di
suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana
kamu berada, di desa atau di bandar, dan Allah S.W.T akan masukkan kemuliaan
atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam, dan bukakanlah
pintu hatimu kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad S.A.W.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi
semata mata kerana Allah S.W.T.
Mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy
berkat amalan ini, dan semoga Allah S.W.T kasihan pada kamu dan mereka
lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan
menyebarkan hidayat ke seluruh alam,
sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah,
dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta
tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa,
dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah
Allah S.W.T lalu menyembah Allah S.W.T dengan cara yang paling layak selayak-
layaknya Dia disembah!
Sesungguhnya, dalam kedamaian bernafas dan kemeriahan menyambut hari
raya serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat
beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah
para kekasih Allah S.W.T. Dan kita? Apa pengorbanan yang kita buat untuk agama setelah para nabi terutamanya Rasulullah, pesuruh Allah bermatian-matian untuk menyebarkan agama demi generasi yang mendatang? Apakah kita berbuat yang serupa untuk generasi akan datang?
Tepuk dada, tanya iman. Untuk berbelas-belas tahun, berpuluh-puluh tahun hidup,
adakah kita bermakna untuk agama? Kita berkorban apa sahaja untuk agama?
Mungkin bukan apa sahaja, cukup untuk tanya, adakah kita berkorban waktu lapang atau waktu "study" kita untuk solat di awal waktu? Berkorban duit yang tak
seberapa untuk sedekahkan pada yang fakir? Allahu.
Istighfar. Renungkan. Apa yang kita buat sepanjang hidup ni. Andai belum berkorban apa-apa jangan takut, jangan bimbang. Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Bertaubatlah. Dan selagi masih bernyawa, tidak terlambat untuk kita berubah.
Cuba berkorban. Bermula dengan sesuatu yang kecil dan lama kelamaan
insyaAllah, dengan sesuatu yang lebih besar. Percaya dengan janji Allah.
Firman Allah s.w.t : “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal
yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.”
(Surah As-Saff :10,11,12)
Semoga Allah redha. ;)
Post a Comment