Kedai Halal di Rusia

0 comments


Bismillah..
Assalamualaikum wbt :)

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: 'Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."
[Imam Bukhari dan Muslim]


Mari kita mengenal kedai halal di lokaliti anda !

~MOSCOW~

Kedai : Донер Кебаб (Doner Kebab)

Lokasi : Metro Fruzenskaya

Panduan : Dari Metro Fruzenskaya, ke kiri (menuju ke Burger King) . insyaAllah lokasi kedai ini dalam perjalanan menuju ke Rektorat dan Pejabat Dekanat MSMU. Kedai halal ini akan berada di sebelah kanan anda !

Penerangan : apa yang menarik di kedai halal ini adalah Shaurma ! para pelajar boleh membuat pilihan untuk membeli di sini jika anda dalam perjalanan ke kelas di Fruzenskaya dan juga sebagai bekalan makanan di sepanjang hari. Harga shaurma di kedai ini amat berpatutan. Jadi, tak rugi kalau beli 

Донер Кебаб : membeli sebelum ke kelas~


Kedai : от души ( ot dushi, dari hati )

Lokasi : Metro Sportivnaya

Panduan : Dari Metro Sportivnaya, ke kanan sehingga berjumpa simpang tiga. Lintas jalan, terus ke hadapan ( di kanan anda akan nampak kedai runcit 24 jam dan kedai Subway). Belok ke kanan dan ke hadapan sedikit (ot dushi di sebelah kanan insyaAllah)

Penerangan: Pelbagai juadah makanan menanti anda ! Di kedai halal ini ada menjual Plov, Lagman, Sosiski, Samsa, Pizza, Shaurma dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, harga makanan di kedai ini juga berpatutan dan para pekerja kedai ini amat baik dan peramah. 

~от души~

Kedai : Артык Ажы

Lokasi : Улица Космодемьянская, дом 8a

Panduan : Kalau dari stesen Войковская, naik tramvai no.30/27, berhenti dekat остановка sebelah Акедемия Управления. Perhatikan sebelah kanan anda semasa dalam perjalanan ke остановка tersebut dan anda akan melihat sebuah kedai seperti Cottage. Ha, itulah kedai halal Артык Ажы.

Penerangan : pelbagai hidangan yang menarik dengan harga yang berpatutan antaranya adalah Plov Uzbek, Nasi Putih dgn Kotleta Ayam, Sup Cuchvara + roti, dan teh ( chai ). 

Артык Ажы


~VOLGOGRAD~

Kedai : Restoran Halal Chaihana

Panduan : Dengan menaiki tramvai nombor 10 dari ‘Detskii Centre’ serta masyrut 110 dari stesen bus Sovremennik, perjalanan hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Tambahan pula kini terdapat megamall Ashan yang berdekatan.

Penerangan : Restoran halal ini telah beroperasi lebih dari 5 tahun dan masih bertahan hingga hari ini. Walaupun kedudukan restoran ini agak jauh dari ‘centre’ , namun akses kemudahan awam yang mudah terutama tramvai dan masyrut untuk ke restoran ini menyebabkan restoran ini kekal menjadi pilihan nombor satu para pelajar Malaysia lebih-lebih lagi apabila hujung minggu, cuti umum dan juga hari perayaan. Restoran ini seringkali juga menjadi tempat untuk berdiskusi mengenai pelajaran, usrah dan meraikan hari lahir. Suasana yang kondusif dan tenang menjadi plus faktor lagi bagi restoran ini.

Antara menu utama yang disediakan ialah lagman, plov, biglunch, samsa dan banyak lagi menu yang enak-enak berasaskan daging lembu/kambing serta ayam. Harganya pula sangat berpatutan dari serendah 35 rubles hingga 130 rubles bagi sebuah hidangan. Istimewa lagi apabila teh(chai) dihidangkan secara percuma kepada para pelajar Malaysia dan sering juga mendapat diskaun dari pemilik restoran ini yang bernama Bakhtiar.

Alhamdulillah, rezeki :)
Lagman :)


~SAINT PETERSBURG~


Kedai : Pесторан Hавруз
Lokasi :Санкт-Петербург, Ленинский пр., д. 125 (ресторан навруз)
Panduan :dari metro leninskiy prospek jalan ke kiri.Lalu переход dan straight je sampai ke restoran.
Penerangan : Mempunyai pelbagai juadah yang menarik + menyelerakan dan insyaAllah kesemua makanan itu Halalan Toyyiban :)
makan-makan sambil usrah. mungkin ?

Pесторан Hавруз - pandangan hadapan

Renungkan : Apa yang kita makan dan minum akan memberi kesan kepada hati kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama aware apa yang kita makan dan minum terutamanya apabila kita membeli makanan di luar. Yang halal , kita makan. Dan yang haram dan syubhah ( samar-samar, tidak jelas halal dan haram ) kita jauhkan.

p/s : ada banyak lagi kedai halal, bukan ini sahaja tau :)


Post a Comment