Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Zaid Bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah saw bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.”
[Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi.]
“ Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).” ( Surah As-Saaffat:102-103 )
Maha suci tuhan yang menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil, dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun, cinta Allah lebih agung daripada segalanya, disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuhannya.
Dua susuk tubuh ini sama-sama ikhlas berkorban demi cinta kepada Allah swt. Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail, anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hamba-Nya ini, apatah lagi untuk menzalimi hamba-Nya yang beriman dan akhirnya Dia mengurniakan rahmat-Nya:
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Surah As-Saaffat : 107-108)
Sahabat, ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa. Bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka. Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberiaan-Nya.
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya. Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dari-Nya.
Bagaimana pula dengan cinta kita? Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa, apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa?
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta. Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja. Harta menjadi aset untuk berlumba siapa lagi kaya. Apabila ditanya bila hendak bertaubat, jawabnya bersahaja, tunggu nanti bila umur meningkat usia. Sia-sialah separuh usia amanah dari Yang Esa.
Marilah sama-sama kita muhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan. Dan cinta yang pasti hanyalah untuk Sang Pencipta, Allah swt. Semoga Zulhijjah kali ini lebih baik daripada sebelumnya, insyaALLAH.
Wallahu'alam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Zaid Bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah saw bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.”
[Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi.]
Banyak kelebihan Bulan Zulhijjah. [Kredit] |
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari daripada berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan ibadah korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisi-Nya ini yang bermaksud :
“ Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).” ( Surah As-Saaffat:102-103 )
Maha suci tuhan yang menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil, dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun, cinta Allah lebih agung daripada segalanya, disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuhannya.
Antara cinta & pengorbanan. [Kredit] |
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Surah As-Saaffat : 107-108)
Sahabat, ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa. Bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka. Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberiaan-Nya.
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya. Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dari-Nya.
Bagaimana pula dengan cinta kita? Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa, apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa?
To love is to sacrifice. [Kredit] |

Post a Comment