Ada Yang Berkorban Ada yang Terkorban

0 comments
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pengorbanan
 
Perjuangan yang sentiasa menuntut pengorbanan. [Kredit]
Pengorbanan bermaksud kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban demi cinta. Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan sebuah persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi.
Biasanya inilah bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Ada ketikanya dalam kembara memburu apa yang kita impikan, kita pula yang terkorban. Semua ini adalah realiti kehidupan. Ada yang berkorban dan yang terkorban.
Pergorbanan Ke Syurga

Ada cinta yang membawa pemiliknya ke syurga. Cinta ini dibina atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT. Cintanya suci dan tulus. Jauh sekali daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. 

Pemilik cinta ini sangat disibukkan dengan proses tarbiyah diri, keluarga dan masyarakat. Serius mendalami, memahami, dan mengamalkan islam. Aktif dan istiqomah beramar makruf nahi mungkar. Masing-masing ingin menghadiahkan yang terbaik buat pasangan, sahabat, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Begitulah hasilnya jika cinta bersandarkan hanya kepada Allah SWT. Pemilik cinta sekalian makhluknya. Pemilik cinta akan lebih tenang dan bahagia kerana cintanya lebih banyak mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Maka, wajarlah jika Allah SWT menghadiahkan syurga kepada pemilik cinta ini.

Berkorban Demi Agama Allah SWT

Berjalanlah tanpa henti. [Kredit]
Inilah pengorbanan yang penuh makna jika kita menyertainya. Segalanya akan terkorban.Pengorbanan masa, harta, keluarga, sahabat, dunia, dan bahkan nyawa kita akan terkorban. Hidup hanya untuk mencari redha Allah SWT. Segalanya Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Ankabut ayat 69)

Betulkah Erti Pengorbanan Kita?

Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dalam pengorbanan itu, kita merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Pengorbanan juga menyebabkan kita bersedia terkorban di jalan-Nya. Tiada penyesalan berlaku.

Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis dan tinggi nilainya jika disandarkan hanya kepada Allah SWT. Keperitan, kesusahan, penderitaan, dan tangisan yang dirasai akan mendapatkan ganjaran syurga. Puncak segala kebahagian dan kenikmatan.

Buat yang bergelar pelajar, 
Kita seorang pelajar.
 Jadi kita perlulah belajar dan melakukan tugas sebagai seorang pelajar. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang pelajar?

Buat yang bergelar pekerja,
Kita seorang pekerja. 
Jadi kita seharusnya bekerja dan melakukan setiap tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja. 
Jika tidak, tiada guna kita bergelar pekerja?

Buat semua yang bergelar hamba ALLAH, 
Kita seorang hamba ALLAH.
 Jadi kita hendaklah menunaikan segala perintah dan suruhan-NYA. 
Kita perlulah meninggalkan segala larangan-NYA.
 Kita seharusnya mengejar dan mencari redha-NYA. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang hamba ALLAH?

Benarkah kita hambaNya? [Kredit]

Wallahu'alam.





Post a Comment