Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum.
Disini tinggalan tanah jejak pejuang
Gerakan mara mendekat pada rindu
Menghampiri
impian hidup sebenar
Di perbatasan berdarah
Ulung panji
Islam ditegakkan
Al-Quds milik kami!
Hantarkan jiwa kami ke gerbang syahid
Sebelum tanah ini kamu jejaki!
Qala'ah ( Kubu ) Salahuddin Al-Ayubi
terletak di Taba, Sinai. Kubu ini dibina di pertengahan Laut Merah merangkumi Mesir, Arab Saudi dan Jordan. Ianya dibina
oleh pejuang agung Sultan Salahuddin
al-Ayubi
Seindah rangkaian awan putih di langit biru
secantik itu pesona laut merah. Airnya jernih, dasar laut yang lembut bagaikan kapas, muara dan laut dalam saujana mata memandang.
Sejenak
akal ku cuba memandingkan keindahan laut merah dan kota air venice. Dahulu ku kira hamparan perairan
venice adalah paling cantik. Rupanya ada yang lebih cantik dari itu, laut
merah.
Rasa pelik
menerjah saat ku cuba menghubungkan kejernihan air dengan namanya. Merah? hurmm
lalu aku bertanyakan kepada ustaz kenapa lautan ini dinamakan laut merah? Ustaz menerangkan bahawa ada sumber-sumber
yang mengatakan batu-batu di dasar laut merah jika dipecahkan dalamnya berwarna
merah. Wallahualam.
Disebalik
kurniaan indah ini ada satu hal yang menjengkelkan, ada suara-suara mengatakan melalui perjanjian
antara mesir dan Israel laut merah terletak dibawah kekuasaan Israel manakala
hanya kubu salahuddin al-ayubi menjadi milik mesir.
Seusai menikmati keadaan sekeliling ustaz mengajak kami untuk menyebrangi laut merah menuju ke Qala'ah Salahuddin Al-Ayubi menggunakan boat.
Di hujung-hujung sana aku sempat melihat
orang-orang berbangsa yahudi sedang bermandi manda bertemankan boat-boat
mewah. Semestinya saat ini kamu
berbahagia, saat sebahagian tanah Palestine telah kamu jarah, hatiku berbisik
hiba dengan herotan mata sinis. Bukan
seruan kebencian yang ku cuba bangkitkan
hanya terkilan dan kecewa pada hati yang tak kuat melawan.
Semakin hampir ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi semakin rasa malu
meraja. Aku berkunjung sebagai pelawat saat baitulmaqdis masih sedang menangis.
Suatu masa dahulu di kubu ini jiwa para mujahid berjuang menentang kuffar
menyelamatkan baitulmaqdis!
Ustaz membawa kami menziarahi setiap
penjuru kubu. Menerangkan secara lanjut dari setiap tingkat ke tingkat.
Kurang daripada sejam setelah puas dengan
semua penjelasan dan mengabadikan gambar sudah tiba saatnya untuk berangkat
pulang. Dengan berat hati kami melangkah
pergi. Sekilas ku dongak ke langit, sinaran terik mentari seakan tersenyum sepenuh hati ku berdoa moga suatu saat akan
hadir sosok pejuang persis Sultan Salahuddin al-Ayubi . Ameen.
wallahua'alam.
Post a Comment