Rumah KAMU

0 comments

[kredit]



Bismillahirahmanirahim.

Pada akhir bulan 6, rata-rata pelajar di bumi Soviet sudah mengakhirkan peperiksaan musim panas dan bersiap sedia untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.

Status-status berbaurkan keinginan untuk makan rendang, durian, rambutan, cendol dan sebagainya, perasaan tidak jemu melihat ladang kelapa sawit setiap kali mendarat di KLIA, kerinduan untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan dan sebagainya diluahkan di facebook masing-masing.
  
Hati seakan sudah di rumah saat mendengar perbualan pekerja-pekerja di KLIA berbicara dalam bahasa yang tidak asing untuk kita. Riangnya jiwa untuk pulang ke rumah sendiri, tidur di atas katil sendiri. Pagi-pagi sarapan Malaysia berupa roti canai, nasi lemak, nasi goreng sudah pun tersedia di atas meja makan. Rindu untuk meluahkan masa dengan ibu, abah, kakak, abang, adik terubat jua. Kawan-kawan semuanya sudah sibuk bertanya bila kita free, cerita-cerita lama dan baru, penuh jenaka, ketawa saling bertukar sesama sendiri.

Siapa yang tidak suka dapat bermanja-manja dengan ibu, anak-anak sedara yang makin membesar, merehatkan diri setelah hampir setahun berusaha dan belajar di negara asing. Siapa tidak suka dengan barang-barang Malaysia yang murah dan pelbagai. Siapa tidak suka pulang ke rumah?

Home sweet home. Rumahku syurgaku.

Manis sekali rasa gembira yang Allah beri itu. Nikmat, Alhamdulillah.

Namun, rumah kita di sana pula bagaimana?

Pada hari alam musnah, musnah semuanya, kemudian manusia dibangkitkan semula dalam pelbagai bentuk dan rupa, kera, babi, buta, siapa yang tahu.  

"Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan." [Taha:124-126]

Tiada satu pun tertinggal, itu janjiNya.

"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka." [An-Naml:83]
[kredit]
Di padang Mahsyar, dengan matahari yang sejengkal dari kepala, muka masing-masing keluh kesah untuk berhadapan dengan hari yang dijanjikan Allah, hari pengadilan.

Ayah tidak mengenal anak, kawan tidak mengenal kawan, suami tidak mengenal isteri, rata-rata hanya memikirkan nasib sendiri. Apakah buku amalanku akan diberikan di tangan kiri atau kananku?

Rumah kita ditentukan nanti, sama ada menjadi penghuni neraka yang panas terik, diberi minuman air menggelegak, buah zaqqum...

"Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi – selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang." [As-saffat:64-69]

Atau mendiami syurga yang indah kehijauan dengan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya....

"Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:31]

Rumah kita di sana, masih punya ruang untuk kita berusaha menujunya. Selagi roh tidak sampai ke kerongkong dan dicabut oleh malaikat Maut.

Dari syurga, bapa kita, Nabi Adam diturunkan dan syurga jualah tempat seharusnya kita kembali. Ayuh berusaha sehabis baik untuk meraih rahmatNya, agar syurga menjadi tempat kediaman kita nanti.

Allah berfirman (artinya): ”Aku telah sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih (kenikmatan Al jannah) yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga, serta terlintas di hati manusia." [HR.Muslim 2824]

Wallahualam.

-hitamputih


Post a Comment

Pisang Goreng Panas

1 comments
[kredit]


Assalamualaikum,
Fuhhhh... seronoknya tengok rakan-rakan berjalan sana-sini menikmati cuti musim panas ni. Oopss! Bukan musim panas je yang best, berita-berita panas pun makin banyak bertebaran ke sana ke mari macam pisang goreng panas! Maklumlah, cuti-cuti ni ramai kawan yang free untuk bergosip di kedai kopi!
Rasulullah S.A.W bertanya para sahabat: “Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah S.A.W menjelaskan yang bermaksud: “Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia benci.”
Sahabat bertanya: “Sekiranya apa yang saya sebutkan itu benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?”
Rasulullah S.A.W menerangkan: “ Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar wujud berlaku, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira telah memfitnahnya.”
[Hadis riwayat Imam Muslim]
Mengumpat diibaratkan bagai memamah daging saudara sendiri. Eeee... takkan tak jijik? Selama ni kita penat menjaga diet dengan memilih makanan yang baik-baik, tiba-tiba makan sesuatu yang kotor. Astaghfirullah, kadang-kadang terlepas juga satu dua daripada mulut ini sendiri. Namun Allah yang Maha Pengasih turut menyebut bahawa pintu taubat tetap terbuka di dalam ayat:
“...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [Al-Hujurat:12]
Macam mana pula kalau anda adalah salah seorang daripada mangsa umpatan?
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " [ An-Nahl : 126 ]
Adalah lebih baik untuk kita bersabar dan memaafkan mereka. Apalah gunanya menyimpan dendam? Diri kita sendiri juga yang akan merana di pengakhiran nanti. InsyaAllah dengan memberikan kemaafan, kita juga akan menjadi lebih tenang dan tenteram.
Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips untuk mengelak diri daripada mengumpat:

  1. Banyak mengingati Allah.
  2. Ingatlah keburukan diri sendiri.
  3. Ikuti umpatan yang didengari dengan doa ikhlas.
  4. Berwudhu’ dan berkumur-kumur sambil berdoa agar dijauhkan daripada dosa mengumpat.
  5. Sumbatkan telinga anda. Dengarlah alunan nasyid mahupun bacaam ayat-ayat al-Quran, paling tidak pun... lagu-lagu supaya telinga kita tidak dicemari dengan umpatan-umpatan.
  6. Bayangkan diri anda berada di tempat individu yang sedang diumpatkan. Mesti  rasa sedih dan geram! Begitu juga perasaan si dia... Jadi, janganlah mengumpat, andai anda sendiri tidak ingin diumpatkan...

Lidah tidak bertulang. Jadi memang susah untuk menahan diri daripada bercerita mengenai berita-berita ‘hot’ yang meliar. Tapi ingat, practice makes perfect. Hal ini tidak mustahil, namun memerlukan latihan yang berterusan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjaga percakapan kita bermula daripada saat ini. InsyaAllah, mudah-mudahan mendapat pertolongan daripadaNya.
Wallahua’lam.

Oleh: A.H.


1 comment

Post a Comment

Apa ertinya saya menjadi doktor?

0 comments

Malam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stress memikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintu Accident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana  kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door, walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).

Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’. Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.

Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.

“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)

Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.

Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…
Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.

Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.

Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!

Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energetic selalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?
Sungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.
Doktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!

Dalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang  sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.
“Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)

Selain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.

Kesimpulannya, bestkan kerja doktor ni? Bersemangatlah! Kerjaya ini banyak sahamnya di akhirat…huhu… kalau ikhlas.


Post a Comment