Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Berikut merupakan beberapa berita semasa sepanjang minggu ini.
Moscow- Seorang wanita berusia 56 tahun membakar dirinya di hadapan bangunan kerajaan di Moscow, dua minggu selepas perdana menteri, Vladimir Putin melawat kawasan wanita tersebut di Nizhny Tagil untuk kempen presiden Russia yang akan datang.
Bagaimanapun, motif perbuatan wanita tersebut masih tidak diketahui kerana dia tidak membuat sebarang permintaan sebelum membakar dirinya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Berikut merupakan beberapa berita semasa sepanjang minggu ini.
Moscow- Seorang wanita berusia 56 tahun membakar dirinya di hadapan bangunan kerajaan di Moscow, dua minggu selepas perdana menteri, Vladimir Putin melawat kawasan wanita tersebut di Nizhny Tagil untuk kempen presiden Russia yang akan datang.
Bagaimanapun, motif perbuatan wanita tersebut masih tidak diketahui kerana dia tidak membuat sebarang permintaan sebelum membakar dirinya.
Jeddah- Seorang bloger dan kolumnis Saudi telah diterbangkan ke tanah airnya selepas melarikan diri dari ancaman maut yang disebabkan oleh komen yang ditulisnya di laman web sosial Twitter mengandungi unsur menghina kesucian terhadap Nabi Muhammad SAW.
Hamza Kashgari, 23 telah ditahan oleh polis Malaysia dalam perjalanannya ke New Zealand.Dia dikatakan telah menulis dialog imaginasinya bersama Nabi Muhammad di laman web Twitter.
Di Arab Saudi, komen-komen sedemikian boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang Islam yang dilaksanakan di sana.
Amman- Pasukan tentera elit Syria yang dilengkapi dengan kenderaan perisai telah membedil sebahagia kawasan Damascus, menembak secara rambang di udara.Pasukan itu membuat sekatan jalan di jalan utama kawasan Barzeh, menggeledah rumah dan membuat penahanan.Penduduk tempatan mendakwa, tentera tersebut mencari aktivis pembangkang dan ahli pasukan tentera pembebasan Syria yang menyokong protes menentang Bashar al-Assad.
PEDULI UMMAH, PEDULI SYRIA
Sedikit kronologi dan fakta berkenaan situasi yang berlaku di Syria.
26 Jan 2011- Momentum protes secara besar-besaran bermula dengan Hasan Ali Akleh membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap kerajaan.
3 Feb 2011- "Day of Rage" diisytiharkan pada 4 & 5 Feb secara meluas melalui laman-laman web sosial.Bagaimanapun sambutan yang diterima agak dingin.
15 Mac 2011- Protes secara besar-besaran berlaku hampir serentak di bandar-bandar utama.Bandar Daraa menjadi tumpuan dengan lebih 100 000 orang dilaporkan menyertai protes.lebih 70 orang terkorban pada hari itu.
1 April 2011- Sekurang-kurangnya 10 terkorban ditembak.
8 April 2011- Lebih 30 orang terkorban dalam satu demonstrasi.
15 April 2011- 10 000 orang peserta protes tidak dibenarkan memasuki Damascus dari Dauma.Seramai 88
orang terbunuh termasuk anggote keselamatan dalam kejadian berbalas tembakan seluruh Syria pada hari ini.
29 April 2011- Lebih 60 orang terkorban dalam demonstrasi seluruh Syria.
6 May 2011- Hampir 20 orang terbunuh dalam satu demonstrasi.
Sekitar hujung May- Jenazah Hamza Ali Al-Khateeb, 13 tahun telah diserahkan kepada keluarganya dengan terdapat kesan penderaan yang kejam termasuk tiga luka tembakan.Lagi berita mengenai kisah ini di sini
31 Julai 2011- "Ramadan Massacre".Pasukan tentera menyerang peserta demonstrasi seluruh negara dengan bantuan kereta kebal, artileri, dan penembak hendap menyebabkan sekurang-kurangnya 135 orang terkorban.
30 Ogos 2011- Eidulfitri pertama di Syria.Demonstrasi diteruskan di Homs, Daraa, dan Damascus.Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban.
14 November 2011- Lebih 70 orang terkorban di seluruh Syria selepas pertempuran antara tentera Syria dan tentera yang berpaling tadah serta rakyat biasa.
19 Disember 2011- Dilaporkan lebih 100 orang terkorban termasuk hampir 70 orang tentera yang cuba berpaling tadah.Tentera-tentera ini dikatakan cuba untuk melarikan diri dari pos-pos mereka yang terletak antara sempadan Syria-Turki.
6 Jan 2011- Satu letupan bom berlaku di tengah bandar Damascus mengorbankan 26 orang kebanyakannya penduduk tempatan.
PBB menganggarkan 6200 orang rakyat Syria dan anggota tentera pembebasan terkorban.
Manakala 1000 anggota tentera Syria terbunuh.
****
Marilah kita serba sedikit mengambil tahu perihal saudara-saudara kita di Syria.Kurangkan obsesi terhadap perkara-perkara lain seperti politik, bolasepak, drama dan filem.Semoga kita dikurniakan Allah hati yang celik seperti Abu Hafsah Abdul Malik Clare.
Dari Hudzaifah bin Yaman R.A, Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka." (HR At-Tabrani)
Assalamualaikum.
Post a Comment