Assalamualaikum w.b.t
Pada
saat ini, hampir tiga bulan telah kita menjejakkan kaki semula ke bumi Soviet.
Tanpa disedari lagi, hanya tinggal sebulan setengah masa yang kita punyai untuk
mengulangkaji pelajaran agar kita dapat memboloskan diri ke perjuangan seterusnya
pada semester hadapan di mana cabarannya kian hebat berbanding kali ini.
Peperiksaan
yang lebih banyak pada musim panas, suhu yang tinggi melangit, dan waktu subuh yang
awal pula merupakan cabaran bagi umat Islam untuk terus beribadah kepada
Pencipta Alam. Tahap keimanan dan kesabaran yang memuncak amatlah diperlukan
untuk kita melalui jalan hidup ini.
Persoalannya,
adakah cabaran hidup kita ini dianggap sebagai beban yang amat berat untuk kita
pikul di atas bahu pemuda-pemudi yang gagah perkasa ini? Sangat beratkah
tanggungjawab ini bagi ‘pemuda harapan Bangsa, pemudi tiang Negara’ yang
dibangga-banggakan dan gah diperkatakan ketika ini? Adakah perjuangan ini sudah
tidak termampu untuk ditanggung oleh golongan Ash-Shabab yang merupakan tiang
pasak bagi kebangkitan umat pada zaman sekarang? Dan percayalah, perjuangan
kita ini hanyalah permulaan…
Jika
dibandingkan keadaan tubuh badan kita yang masih lagi sempurna dengan keadaan
seorang Orang Kurang Upaya (OKU), terlampau banyak perbezaan yang dapat dilihat
secara kasar mahupun teliti. Alhamdulillah Tuhanku, atas nikmat yang telah
Engkau berikan selama ini. Tanggal 22 September 2011, seorang OKU dari Yaman
telah berjaya menamatkan pelajaran dan menerima Ijazah PHD dari Universiti
Sains Malaysia dalam bidang Farmasi.
Walaupun
masa yang di ambil untuk menyelesaikan tesis pembelajarannya adalah selama 9
tahun, namun, graduan tersebut merupakan seorang yang gigih dalam menamatkan
pelajarannya dan tidak pernah berfikir untuk putus asa dalam keadaannya yang
kurang upaya. Dan dalam keadaan kita yang masih sempurna ini, sentiasa
terjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini?
Jika
dibandingkan keadaan kita yang muda dan gagah dengan orang yang sudah berumur
dan tua, sudah terang lagi pun bersuluh, golongan muda jauh lebih kuat dari
segi fizikal dan mental. Pada 23 September 2011 pula, graduan pada umur 74
tahun telah berjaya menamatkan Ijazah dan pasti membuatkan cucunya terharu
dengan kejayaan tersebut.
Walaupun
dalam keadaannya yang kurang mahir berbahasa Inggeris, namun usaha yang kuat
diperlukan untuk menamatkan pengajian. Lantas, kita yang masih muda dengan akal
fikiran yang masih lagi mantap seharusnya menggunakan segala yang kita punyai
untuk terus dan terus berjuang sehingga ke akhirnya. Sememangnya layakkah kita
digelar Ash-Shabab dan terus leka dengan nikmat yang kita perolehi?
Jika
dibandingkan lagi keadaan kita sebagai pelajar di bumi Russia dengan pelajar di
bumi Palestin, adakah sedikit cabaran yang kita hadapi di bumi asing dari kita
ini sama seperti cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tadika, pelajar-pelajar
sekolah di bumi Palestin itu?
Sama
sekali tidak! Dalam keselesaan yang kita berada sekarang, bandingkan keadaan
pelajar di Palestin. Cabaran yang kita hadapi cumalah ribut salji tatkala
mengorak langkah ke kelas, sementara mereka harus melalui beberapa laras
senapang dan kereta kebal yang bebas di jalan raya kepunyaan mereka.
Namun
begitu, seramai 3000 pelajar Palestin telah berjaya menamatkan pengajian
sebagai graduan dan siswazah-siwazah Universiti Gaza ini berikrar untuk terus
berkhidmat untuk negara. Seorang graduan dalam jurusan Sejarah berjanji untuk
meningkatkan kesedaran rakyat tentang sejarah Palestin, agar mereka teruskan
perjuangan mereka dan tidak sesekali berundur ke belakang, malah terus bergerak
ke hadapan. Seorang lagi graduan yang cedera akibat serangan Israel pada
2008-2009 berjaya perolehi ijazah dalam jurusan Kejururawatan. Israel cuba
menghentikan perjuangan mereka dengan memusnahkan makmal universiti di sana,
namu demikian, semangat mereka kian membara dan tetap dengan perjuangan mereka
itu.
Dari
itu, apa yang dapat dilihat adalah cabaran yang kita hadapi sekarang bukanlah
terlampau berat untuk dipikul di atas bahu masing-masing jika dibandingkan
perjuangan yang dihadapi oleh mereka yang lain. Terlampau banyak nikmat yang
kita tidak syukuri dan tidak kita gunakan sepenuhnya untuk jalan kejayaan kita
ini, InsyaAllah. Teruskan perjuanganmu sahabatku kerana perjuangan kita
hanyalah permulaan…
Post a Comment