Merubah Diri - Dari Mana Kita Patut Mulakan?

3 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pertamanya,marilah kita sama-sama mengucap Alhamdulillah - segala Puji hanya bagi Allah SWT - Tuhan Sekalian Alam - kerana dengan izin dan rahmat-Nya kita masih di sini,masih diberi peluang untuk memohon keampunan-Nya.

Dan sama-sama juga kita memperbanyakkan Istighfar kita,Astaghfirullahalazim,memandangkan banyak dosa yang kita lakukan setiap hari.


*** *** ***

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103 : 2-3]

Penulisan ini ditulis semata-mata untuk menjadi peringatan - samada buat yang menulis atau yang membaca.Kerana sememangnya seperti yang dinyatakan dalam Terjemahan Surah Al-'Asr di atas,manusia itu sentiasa berada dalam kerugian,kecuali orang yang saling menasihati.

*** *** ***

Fitnah Akhir Zaman ini ternyata sememangnya kompleks.Dan Alhamdulillah,ternyata ramai dari kita yang semakin hari semakin cenderung untuk merubah diri.Dan ramai juga yang semakin tertarik kepada Islam.

Tetapi,timbul persoalan - dari manakah perubahan ini patut kita mulakan?Dari sini,atau dari situ?

Akibat pemahaman yang kurang jelas ini,sering kali kita melihat ramai dari kita yang ingin merubah diri - tetapi tewas di tengah jalan.

Mari kita lihat beberapa contoh ketewasan ini :

1) Amir seorang Anak Muda.Beliau sedar yang Beliau ini banyak melakukan maksiat dan kesilapan (sebagai contoh).Jadi,Beliau berkeputusan untuk mengubah diri.Bagaimana Beliau mengubah diri?Apa yang dilakukannya?Dengan terus 'break dari bercouple'.Tapi dalam masa yang sama,Beliau masih lagi melakukan perkara-perkara maksiat yang lain.Kewajiban Utama seperti Solat?Beliau tinggalkan.Setelah seminggu 'break couple',Amir tewas.Amir kembali bercouple.Tapi dengan Gadis lain pula.Dahsyat?Tentu sekali.

2) Situasi kedua melibatkan Amira.Beliau juga seperti Amir.Mahu merubah diri.Jadi,Beliau ini tonton sebanyak-banyaknya Video Islamik,baca blog Islamik etc.Tapi,bacaan dan tontonan itu semua hanya tinggal sebagai hobi semata.Ilmu yang didapati di dalam Artikel-Artikel itu - tidak diamalkan Amira.Akibatnya,Beliau kembali tewas.Di mana silapnya?

Situasi di atas ini,banyak berlaku dalam kalangan kita.Mungkin ianya berlaku kepada diri kita sendiri.

*** *** ***

Buruh yang mahu membina Rumah - apa yang paling penting untuk ditegakkannya?Tiang kepada binaan Rumah itu bukan?

Sama juga seperti Perubahan diri.

Tiang kepada Perubahan diri itulah yang pertama sekali perlu ditegakkan.Bukannya Atap atau Sinki.Mana mungkin Shower Mandi boleh dipasang di dalam Rumah itu,andai Tiang pun masih tiada dalam Rumah itu.

Kembali kepada Topik Perubahan Diri,apakah Tiang yang dimaksudkan di sini?

Tiang yang dimaksudkan di sini adalah kita merubah diri berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. [Sumber : ILuvIslam.Com]

Silap Amir dan Amira adalah mereka merubah diri hanya dari suatu Aspek semata.Tapi,Aspek-Aspek lain - mereka abaikan.

Ambil kata Amir,walaupun sudah break dari couple,tiada follow-up untuk perbuatannya itu.Solat Beliau tinggalkan.Al-Quran tidak dibacanya.Akibatnya,kefahaman tidak dipupuk di dalam dirinya.Kelalaian pula sering menghiasi dadanya.Anda faham apa saya cuba sampaikan?

Dalam Kes Amira pula,Beliau ini sudah banyak Ilmu.Tapi,akibat Ilmu yang tidak diamal,Beliau juga akhirnya berputus asa.Itulah sebab ada Peribahasa Tempatan berbunyi,"Tahu sahaja tidak cukup.Kita mesti walk the talk".

*** *** ***

Jadi,apakah perkara yang boleh dilakukan kita dalam merubah diri?

Di sini,ada beberapa cadangan.

1) Kita mulakan dengan menjaga Solat kita dahulu.Dalam Rukun Islam,selepas Kalimah Syahadah,Solat itu merupakan perkara yang paling penting.Kita perbaiki dan jaga dahulu mutu Solat kita.Solat yang baik,insya-Allah akan membawa kepada kebaikan dalam Aspek lain juga.Misal kata,jika Subuh masih terkontang-kanting,kita cuba baiki Subuh kita.Minta kawan-kawan kejutkan kita etc etc.

2) Dalam masa yang sama,mungkin kita boleh bersolat Jemaah dengan Rakan-Rakan Sebilik kita?

3) Membaca Al-Quran dan Terjemahannya.Al-Quran amat perlu untuk didampingi oleh kita yang mahu merubah diri.Kenapa?Dalam Surah Al-Baqarah Ayat Kedua secara jelas dinyatakan bahawa "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa".Bagaimana mungkin kita mampu menjadi orang yang bertaqwa andai Al-Quran kita tidak baca,fahamkan maksudnya dan amalkan ayat-ayatnya?

4) Tidak perlu baca sehingga satu Juzuk sehari.Cukuplah sebagai permulaan - kita baca satu muka surat (mungkin?) selepas Solat.Ikutlah kemampuan kita.Kita masing-masing tahu kemampuan diri.Jangan menipu diri.

5) Puasa Sunat Isnin Khamis.Kita berada di Russia.Adalah baik jika kita manfaatkan Winter sekarang ini untuk melatih diri kita berpuasa Sunat.Ianya dapat membina kekuatan rohani sebenarnya.

6) Mencari Persekitaran dan Sahabat yang baik.Mereka ini sentiasa ada.Cuma anda perlu buka 'mata' anda.

Saya rasa Enam Langkah di atas sudah cukup sebagai Permulaan.Malah,itulah perkara yang paling penting perlu kita jaga dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Orang bertanya,bagaimana untuk menjadi kuat?Jawapannya mudah : "Dengan menjadi seorang hamba yang taat kepada Maha Pencipta,insya-Allah kekuatan itu akan hadir".

Itu sahaja.

Kesimpulan untuk Penulisan ini : Hubungan Allah SWT perlu dijaga dalam merubah diri.Niat merubah diri perlu sentiasa diperiksa dan diperbetul.Ilmu itu sangat penting untuk dicari.Berubah itu biarlah dalam sedikit demi sedikit,tapi konsisten dan Istiqamah.Sentiasalah beristighfar,Rahmat dan Keampunan Allah SWT itu amat luas.Dan yang paling penting,walk the talk.

Renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini,

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. [2:5]

Siapakah mereka-mereka yang dimaksudkan dalam ayat di atas?Mereka yang berpegang dengan Al-Quran.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sesungguhnya Penulisan ini ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - harap dimaaf dan dibetulkan.

Dan ya,saya amat mencadangkan kepada sesiapa yang berminat untuk memuat-turun PDF Percuma bertajuk Zaman Orang Ganjil di link ini.Amat sesuai untuk mereka yang sedang merubah diri.

Wallahualam.Allah Knows best.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Hidup dalam zaman yang penuh Fitnah : Berubah atau 'terkorban'?Pilihan sudah tersedia.




3 comments:

  1. Untuk mengubah dunia, kita perlulah mengubah diri dahulu! :)

    Tegakkan Islam dalam diri kami, nescaya tertegak Islam di negara kamu.

    ReplyDelete