GRADUATION DAY @VSMU 2006-2012

0 comments

VSMU GRADUATION DAY 2006-2012





















































Post a Comment

Tips Cuti Musim Panas.

0 comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Adalah diketahui umum - ramai dalam kalangan kita di Russia pada ketika ini sudah (atau akan) pulang ke Malaysia sempena Cuti Musim Panas 2012.

Bercuti Musim Panas - bukanlah bermaksud anda bercuti dari menjadi seorang 'hamba'.

Tidak sekali-kali.

Momentum perlu dikekalkan.

Penulisan kali ini akan berkongsikan dengan kita semua Lima Perkara yang mudah,tapi boleh kita laksanakan sepanjang berada di Malaysia nanti,untuk mendekatkan diri kepada-Nya :

1) Solat Berjemaah di Masjid.Adalah malang tatkala banyak Masjid terdapat di Malaysia,tapi kita memilih untuk tidak memakmurkannya.

2) Sentiasa membaca Al-Quran - biar sesibuk mana pun kita - paling kurang satu ayat sehari.

3) Jangan keluar bersama Rakan sehingga terlalu Lewat Malam sehingga tertinggal Subuh.Adalah difahami andai kita ingin berjumpa dengan Sahabat yang sudah lama tidak ditemui.Tapi,jika perjumpaan itu menyebabkan kita tertinggal Solat Subuh,apakah maksudnya?

4) Membantu Ibu Bapa di Rumah.Kadangkala,perbuatan kita yang kecil seperti membantu Ibu Bapa di rumah inilah yang bakal membantu kita di Akhirat kelak jika dilakukan dengan Ikhlas.

5) Menderma di Badan-Badan Kebajikan/Masjid.Kebanyakan dari kita adalah Pelajar Biasiswa - jadi apa salahnya duit itu kita gunakan untuk beramal?

Itu sahaja untuk kali ini.

Hidup ini singkat sahaja.

Gunakanlah ia sebaik mungkin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.



Post a Comment

EXPO HALAL 2012 @MOSCOW

0 comments



EXPO HALAL 2012 (MOSCOW)























Semoga cahaya Islam terus menyinari bumi RUSSIA ini... insyaAllah .. 


Post a Comment

Berjaya Bersama

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim,
Tarik nafas, dan hembus.  Lelah juga kalau asyik menghadap buku 24/7. Belajar pun belajarlah juga, namun tidak dilupakan, amalan-amalan yang biasa dilakukan harus terus dibuat! Andai tidak dapat ditambah bilangannya, biarlah makin meninggi kualitinya.
Oh, tidak lupa buat senior-senior yang sudah pun ‘merdeka’, tahniah buat doktor-doktor hebat kita ini. Harapannya, akan bertambah lagi doktor muslim yang berkualiti, yang bisa membuka mata dan hati ummah di Malaysia tentang keindahan Islam. InsyaAllah.
Bagi adik-adik yang lain (termasuk diriku jua), suasana peperiksaan masih menyelubungi kita semua siang dan malam. Ada yang suka menyendiri, untuk lebih fokus agaknya. Ada yang lebih selesa belajar secara berkumpulan, mungkin untuk mengelakkan rasa mengantuk disamping membuahkan perbincangan yang mantap. Pastinya, semua tengah serabut untuk memasukkan semua ilmu untuk berhadapan dengan para pemeriksa nanti.

[kredit]
Ditambah lagi dengan keadaan cuaca musim panas yang makin mengganas, memang merimaskan!!!
Tapi, serimas mana pun kita, seserabut mana pun, tujuan kita hanyalah satu: KEJAYAAN (dan juga mengecapi keredhaan Allah!)
Mungkin ada yang tidak perasan, atau buat-buat tidak tahu, perangai kita pun sedikit sebanyak berubah di saat yang genting ini. Rasa cemburu, perasaan ingin menang mengaburi mata kita dek persaingan yang wujud. Namun, sebagai sorang muslim, patutkah kita mengabaikan rakan-rakan yang lain dan maju ke hadapan seorang diri? Itu kedekut ilmu namanya! Astaghfirullah… Minta maaf ya sahabat sekalian, andai diri ini pernah begini…
Allah swt telah berfirman,
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
-Surah At-Taubah, 9:71
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia."
-Surah Al-Anfal, 8:74
Sebagai saudara semuslim, kita mempunyai tanggungjawab terhadap saudara kita sendiri. Bukan setakat tanggungjawab terhadap saudara yang miskin, bukan setakat tanggungjawab terhadap saudara yang sedang berjihad menegakkan Islam, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara kita yang berada di sebelah kita sahaja ini!!
Cuba lihat perkiraan yang berikut, molek sangat rasanya kalau hendak dianalogikan dengan kisah interaksi antara ubat (changes in pharmacodynamics):
1+1=2
Satu ubat yang dicampur pengambilannya dengan satu ubat yang lain membuahkan hasil yang lebih baik berbanding penggunaan satu ubat sahaja, sesuai dengan keupayaan setiap ubat tersebut. (Anda membantu kawan anda belajar, kedua-duanya akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, insyaAllah.)
1+1>2
Wah, ini lagi hebat! Dua ubat digunakan sekali, tetapi kesannya lebih daripada jangkauan keupayaan ubat-ubat itu sendiri! Inilah yang dinamakan sinergi.
(Anda membantu rakan anda, hasilnya kalian menjadi doktor terhebat di Malaysia setelah graduasi nanti ;])
0+1=1
Satu ubat yang tidak boleh memberikan kesan tanpa ada interaksi dengan ubat yang lain. (Bukan bermaksud lemah, namun ada juga rakan-rakan kita yang memerlukan booster daripada insan hebat seperti anda!)

[kredit]
Amalinya tidak susah, rajin-rajinkanlah diri menanyakan khabar sahabat-sahabat kita. Perlukan nota? Hulurkan. Ada yang tidak faham? Terangkan. Ada perselisihan pendapat? Bincangkan. Hilangnya motivasi? Sama-sama naikkan!  InsyaAllah, semua ini akan membuahkan hasil yang baik buat sahabat anda dan diri anda sendiri.
Men learn while they teach.” - Lucius A. Seneca
When one teaches, two learn.” - Robert Half
Semoga api-api jihad di medan ilmu ini masih marak, menghidupkan hati untuk terus mempelajari ilmu-ilmunya yang andai dibentangkan semuanya lebih luas daripada luasnya lautan. Setitik cuma yang ada pada kita ini pun, dah begitu banyak rasanya. InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kita, dan moga-moga ilmu kita ini diberkati dan diredhaiNya. Amin.
Wallahua’lam.
-A.H.-


Post a Comment

Air Mata Itu

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Masih punya ruangkah untuk aku bertaubat?
Air mata itu masin di lidah, berat di mata.
Namun air mata taubat, air mata merindukan Tuhan, berat nilainya pada akhirat nanti.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; [1] seorang pemimpin yang adil, [2] seorang pemuda yang tumbuh dalam [ketaatan] beribadah kepada Allah ta’ala, [3] seorang lelaki yang hatinya bergantung di masjid, [4] dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya, [5] seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan kerkedudukan dan cantik [untuk berzina] akan tetapi dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, [6] seorang yang bersedekah secara sembunyi-sumbunyi sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, dan [7] seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).” (HR. Bukhari [629] dan Muslim [1031]).
Air mata tidak menunjukkan kamu lemah..
Crying doesn’t indicate that you’re weak. Since birth it has always been a sign of survival.
Allah dengar rintihanmu. Allah tidak pernah meninggalkanmu.
[kredit]
Seseorang yang bergelumang dengan dosa, berenang di dalam lumpur yang kotor dan jijik, tatkala setitis air mata taubat membasahi pipi, pada saat itu, rahmat Allah terbuka luas untuknya.
Sesungguhnya manusia itu bersikap lupa. Manusia selalu berbuat dosa. Tetapi Allah menyediakan sesuatu bernama taubat.
Menyediakan panduan hidup bernama al-Quran. Kerana Allah lebih mengetahui hamba-hambanya dan membuka jalan bagi menghapus dosa-dosa mereka.
Bertaubatlah bersungguh-sungguh tatkala kamu merasakan Allah sedang menegurmu. Ia memerlukan penyesalan dan berjanjilah pada diri sendiri untuk tidak mengulanginya lagi. Kemudian, istiqamah dan tsabatkan diri.
Mengapa diturun ujian seberat ini
Tatkala dugaan datang satu per satu, dan dunia rasa seperti bermusuhan denganmu, air mata turun menangisi nasib.
Kamu mengeluh dan mengeluh. Allah tahu.
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah," [Al-Ma'arij 70:19-20]
Usah sedih. Allah tidak pernah melupakanmu. Sesungguhnya, Dia lebih dekat daripada urat lehermu.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Qaf 50:16]
Menangislah dan bersedihlah seketika. Kemudian, bangkitlah dari kesedihanmu itu. Kamu kuat dan mampu menghadapi ujian itu.
Ujian dan masalah itu tidak akan pernah lari dari hidup kita. Ia sebuah filter Allah untuk menguji sejauh mana kamu cinta akanNya. Renunglah kisah Nabi Ibrahim, diuji dengan ayahnya yang kafir, terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tengah-tengah padang pasir, Hajar dan Ismail, kemudian diuji lagi oleh Allah untuk menyembelih Ismail. Bagindalah Khalilullah, kekasih Allah.
Ketahuilah ujian itu tidak datang sia-sia. Ia membuatkan manusia yang lupa untuk mendekatkan diri lagi dengan Rabbnya.
Menangis itu bukan aku
Tidak mengerti apakah itu menangis?Jarang-jarang menangis? Tidak "cool "la untuk menangis?
Tatkala membaca ayat-ayat Quran, belajarlah menangis. Pada ayat-ayat azab, ayat-ayat menyembah kepada Allah, ayat-ayat bersyukur, jiwai dan rasailah setiap keadaan-keadaan itu. Tatkala membaca ayat-ayat doa, berdoalah sepenuhnya kepada Allah. Tatkala membaca ayat-ayat gembira, ayat-ayat syurga, berharaplah dan tanamlah niat untuk berusaha menjadi ahli-ahli syurga. Pada ayat-ayat berkisahkan neraka, berkisahkan orang-orang dahulu yang diazab Allah, tanamlah rasa takut, muhasabahkan dirimu. Bacalah Al-Quran dengan hati bagi membentuk hati-hati yang taqwa.
[kredit]
Sedangkan sahabat-sahabat sendiri, yang telah dijanjikan syurga, berasa resah dan dalam ketakutan, memikirkan apakah nasib mereka di akhirat nanti, yang bersimpang hanya pada dua jalan, syurga atau neraka.
Sedangkan Rasulullah sendiri yang tidak pernah membuat dosa, menangis teresak-esak tatkala menyerahkan diri kepada Allah pada malam hari, baginda menjawab, “Apakah aku tidak perlu bersyukur?”
Air mata bukan sekadar jatuh dan hilang. Ia permata di sisi Allah.
Wallahualam.

-hitamputih-


1 comment

Post a Comment

Jamuan Perpisahan MESSP 2012

1 comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu Jamuan Perpisahan (Malaysian Engineering Students of St Petersburg) MESSP, program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 6 petang dan berakhir pada 11 malam. Bertempat di Hotel Ibis, Ligovskiy Prospekt 54.

Program dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari Muhammad Azri & Tuan Mohd Alwafi. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan perbelanjaan persatuan oleh Bendahari, Hafiz Akmal, pembentangan ini penting untuk ahli-ahli persatuan mengetahui kemana hala tuju wang duit dibelanjakan. Diteruskan dengan dengan acara yang paling dinanti-nantikan iaitu ucapan presiden MESSP & pembubaran MESSP untuk penggal 2011/2012. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk semua.

Dengan terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru untuk penggal yg baru 2012/2013. Presiden baru yang telah dipilih dari undian adalah Tuan Mohd Alwafi. Manakala, Naib Presiden adalah Masnor Ibrahim.

Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu Norlin Azira Rosli & Izzul Izzat Mazlan. Kedua-dua pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami disini & diharapkan mereka berjaya dalam apa jua bidang yg akan diceburi kelak.

Terdapat juga acara cabutan bertuah untuk memeriahkan majlis.

Seterusnya, acara diteruskan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama & pelajar tahun kedua. Antara persembahannya adalah choral speaking, nyanyian lagu angan & sedar oleh Abdul Rauf & Ahmad Afiq, nyanyian rapuh oleh batch tahun 4.

Dengan tidak melupakan tanggungjawab sebagai Muslim, Azan maghrib telah dilaungkan oleh Amir Rahimi & Solat berjemaah dapat dijalankan walaupun terdapat sedikit batasan ruang untuk solat.

Akhirnya, semua dihidangkan dengan makanan & sembang2 dengan jemputan khas dari Malaysia untuk mengetahui sedikit sebanyak hala tuju kami selepas graduasi nanti.

Diharapkan, acara sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Jangan lupa untuk melayari laman youtube rasmi MESSP untuk mengetahui sedikit sebanyak intipati acara yang telah dibuat disini. http://www.youtube.com/user/messpmedia?feature=watch  




















1 comment

Post a Comment

Berbeza Itu Keindahan, Berusahalah.

0 comments
Assalamualaikum wbt.
Semua orang tak sama.
Ada yang dilahirkan hebat dalam matematik seperti Adi Putra , dikurniakan bakat dalam membuat video dan iklan seperti Yasmin Ahmad, ada yang Allah kurniakan suara lunak yang amat mengasyikkan seperti Faizal Tahir.  Ada juga manusia yang mempunyai kehebatan dalam menguasai pelbagai bahasa, handal berdebat dan berkebolehan merungkapkan perkara kompleks seperti Prof. Tariq Ramadan.
Tidak kurang juga ada insan yang hebat dalam pelajaran walaupun tidak perlu ‘struggle’ dan berjaga malam dan ada juga insan yang memang sangat pandai memasak walaupun menggunakan bahan-bahan asasi sahaja. Pokoknya Allah menjadikan manusia itu tidak sama. Masing-masing dikurniakan kehebatan dalam bidang yang berbeza-beza supaya saling mengenali dan supaya setiap insan merendahkan diri terhadap kekurangannya dan berbakti terhadap orang lain dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah berikan padanya.
 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (QS. 30:22)
Semua orang adalah hebat.
Alangkah kucar kacir jika semua orang menyukai wanita yang cerah, maka siapa pula yang akan mengahwini wanita berkulit gelap? Alangkah kelam kabut dunia jika semua orang ingin menjadi doktor, dan berkelayakan untuk menjadi doktor maka siapa pula yang akan berbakti menjadi jururawat, pemandu ambulans, pekerja sanitari dan "dietician". Produk Apple digila-gilakan kerana ia dibandingkan dengan product-product yang lain. Kualitinya sukar dibuktikan jika semua syarikat menawarkan kualiti dan "design" yang sama.
Alangkah tidak seimbang sekiranya semua manusia itu kaya, maka tiada siapa yang akan mahu berkerja  dek kekayaan yang tidak perlu diusahakan dan konsep zakat, sedekah sudah tidak releven. Berkecamuklah dunia jika semua insan ingin menjadi pemimpin. Maka bakat  kepimpinan tidak dikurnakan kepada semua orang, jika tidak, siapa pula yang akan dipimpin? Oleh itu Allah menciptakan kita dengan perbezaan keupayaan supaya dunia ini seimbang. Berbekalkan kehebatan dan kekurangan masing-masing kita merasa lebih harmoni dan sukar untuk angkuh.
 Salahnya dunia apabila mengukur manusia menggunakan skala yang sama. Sedangkan kita sendiri adalah manusia yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Mana mungkin kejayaan seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai, tanggungjawab yang besar serta mempunyai masalah kewangan boleh disamakan dengan kejayaan seorang wanita muda yang bujang dari keluarga yang kaya yang beroleh setiap sudut keperluan pembelajaran walaupun mereka berjaya dalam peperiksaan yang sama.
Mana mungkin seseorang yang buta dan pandai membaca tulisan Braille pada umur 7 tahun adalah sama kebijaksaannya dengan budak celik yang baru tahu membaca pada umur 7 tahun. Mereka tidak sama.
 Sudah tentu anak kelahiran Britain dan kelahiran Malaysia mempunyai keupayaan yang berbeza jika bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Adakah manusia itu adil, melihat kejayaan ibu dan wanita bujang adalah sama? Kebolehan membaca budak buta dan budak celik adalah sama? Dan semua manusia yang pandai bertutur Bahasa Inggeris adalah manusia yang hebat?
Sudah tentu tidak.
[kredit]
"If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid." - Albert Einstein
 Peperiksaan semakin hampir.
 Sudah tentu pada saat ini semua pelajar terutama di Rusia dan seantaro dunia sedang bergelut dengan peperiksaan. Untuk berjaya dengan cemerlang ada yang menampal formula-formula di dinding-dinding kamar dan bilik belajar masing-masing. Malah ada juga yang menampal formula "prescription" di bilik mandi. Semuanya adalah ikhtiar supaya mudah manghafal, untuk kegunaan peperiksaan. Kopi mula menjadi minuman wajib setiap hari. Facebook sudah jarang dibuka dan surat-surat elektronik sudah tidak dibaca.
Kepada yang berusaha teruskan berusaha. Memang kewajiban seorang pelajar adalah mencari kecemerlangan dalam peperiksaan. Namun bagi seorang mu'min yang terpelajar dan sedang belajar setelah Allah mentaqdirkan sesuatu untuk kita, seorang mu’min itu harus sangat bersyukur dan berlapang dada. Itulah konsep taqwa dan tawakal.
Kejayaan dalam peperiksaan itu bukanlah segala-galanya.
Kejayaan hari ini bukan selamanya.Ia bahkan, merupakan satu malapetaka jika kejayaan itu membawa kapada keangkuhan dan kejauhan dari kesedaran berTuhan.
Kegagalan pada hari ni bukan bererti kegagalan dalam hidup selamanya. Kegagalan itu adalah apabila gagal membaca hikmah Allah.
 Sudah tentu monyet lebih hebat memanjat pokok berbanding ikan. Oleh itu ikan tidak perlu gusar kerana laut terbentang begitu luas untuknya.
 "My friends passed all exams with excellence while I passed some exams and failed in some. Now my friends are programmers and workers at Apple Co Ltd and I am the owner of Apple company." –Steve Jobs

-alla-


Post a Comment